Bisikan Nadim

Author : Yazid Hussein
ISBN : 978-981-08-4522-3
Publication : 2009

Abstract/Synopsis:
Buku ‘Bisikan Nadim’ membawa kelainan dalam penglahiran sebuah drama teater “dari skrip ke panggung”. Naskhah yang memaparkan rentetan sejarah Temasek (Kota Singapura), Raja dan kerajaan baginda dan Melayu Singapura terpaksa diolah dan diadunkan dengan pelbagai aspek teatrikal agar kesan persembahan dan pementasan ‘menjadi dan berkesan’. Penggunaan bahasa juga perlu selari dengan latar yang ditonjolkan, iaitu masyarakat yang mendiam di Kota Singa dan yang diperintah oleh kuasa beraja yang mutlak. Dengan itu, skrip Bisikan Nadim perlu mencambahkan keanekaan dan keunikan masyarakat yang ada di Singapura ketika itu. Elemen-elemen ini perlu direalisasi demi melahir dan menghidangkan Bisikan Nadim dengan menarik dan menghibur. “…kelainan cipta naskhah teater ini mempelbagai genre teater yang inovatif, kreatif dan mendidik. Unsur-unsur dramatik dan teatrikal dengan dialog dan monolog yang sinis, humor dan serius dicernakan menarik dan memukau. Penulis, Yazid Hussein bijak menatanya dalam sebuah persembahan yang mengimbau sejarah silam, meski ada yang ditikamnya tetapi tidak melakukan dan ada yang disindirnya tetapi tidak terasa dosa-dosa sejarahnya. Namun, Bisikan Nadim berkesan dan dikemukakan dengan unsur-unsur metahistoriografik.” Dr. Mana Sikana Tokoh Sasterawan dan Pengkritik Malaysia.

Regular Price: $16.00

Sale Price : $11.00 (30% Discount)

Qty: