Aku Bukan Penyair

Author : Abdul Ghani Hamid
ISBN : 978-981-08-1483-0
Publication : 2008

Abstract/Synopsis:
Kumpulan puisi ini mengetengahkan kepedulian dan keterpanggilan Abdul Ghani Hamid dalam kepengarangannya selaku seorang penyair. Kesemua 57 kuntum puisi yang dihasilkannya antara tahun 2003 hingga 2007 menampilkan elemen subtlety yang semestinya hadir untuk mengajukan teguran membina kepada masyarakatnya. Tambahan lagi, sajak-sajak beliau diselimuti dengan kekata penuh estetik, diplomatik dan didaktik untuk menjalin hubungan emosi, minda dan spiritual para pembacanya. “Puisi-puisi Abdul Ghani Hamid menyejukkan bumi Temasik ini. Suara sayu dan sepinya memuja keindahan alam membawa amanat betapa besarnya kurnia Ilahi kepada kita dalam menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Suara Ghani senantiasa tenang dan rendah nadanya dalam membicarakan masalah manusia, alam dan kemanusiaannya… antologi ini membuktikan sumbangan beliau bak air gunung yang mengalir terus membasahi bumi, antologi ini membuktikan beliau masih terus memberi reaksi kepada alam dan kemanusiaannya.”

Mohamed Latiff Mohamed
Sasterawan Negara

Regular Price: $14.50

Sale Price : $10.00 (30% Discount)

Qty: