Oct 14 2013

Pernahkah?

Pernahkan kita tersentak dari lamunan

Bahawa dunia ini hanyalah fantasi

Yang dikejar-kejar cumalah bayang-bayang

Tika waktu terhenti

Semuanya hanya tinggal sebuah mimpi

 

Pernahkah kita berhenti sejenak

Daripada keasyikan dan ketaksuban dunia

Mengejar pelangi yang tiada penghujungnya

Kesibukan kota yang diagungnya

 

Pernahkah kita menoleh ke belakang

Melihat nasib sesama insan

Yang terseksa yang dihina yang tertindas

Atau kita hanya semarakkan lagi api kezaliman

Kerna dibutai oleh harta pangkat

Dan kekayaan semata

 

Pernahkah kita mensyukuri pada Illahi

Setiap detik setiap saat setiap waktu

Diberikan nafas tuk terus hidup

Atau kita hanya terus hanyut

Dalam mengejar cita-cita

Hingga terlupa siapa yang lebih berkuasa

Berpaksikan kalimah Kunfayakun

 

Mungkin kamu merasakan kegagalan

Mungkin kamu berasa kesepian

Namun

Pandanglah ke hadapan

Celikkan hatimu yang buta

Kerna yang pasti

Ada yang berasa syukur

Diberikan peluang tuk hidup

Walaupun hanya dianugerahkan

Sesuap nasi…

 

Pernahkah, Pernahkah, Pernahkah?

 

Shaheda Bte Salim

14 Oktober 2013

*Pengamatan terhadap 25,000 orang yang mati kebuluran setiap hari