May 22 2013

Bandar Okhlahoma

Oh pawana,

Kepudaran kasihmu menggusarkan setiap jiwa

Hadirmu di sisi tuk menenangkan naluri namun

Lontaran badaimu mula membaham dengan rakusnya

Alangkah hebatnya sang pawana

Hanya dengan sekelip mata ia berubah menjadi pengganas

Oh pawana,

Mana hilangnya kelembutan dan keayuanmu

Adakah harapan kita tuk bersahabat kembali akan pergi tuk selamanya?

Shaheda Salim

22 Mei 2013

*Pada 20 Mei 2013, puting beliung telah melanda di Bandar Okhlahoma dan mengakibatkan hampir 30 orang terkorban.