Nov 20 2010

Hanya kerna sebatang rokok…

hanya kerna sebatang rokok,
manusia sanggup mengagungkan,
yang makruh dari yang wajib.

hanya kerna sebatang rokok,
manusia hilang segala hormat,
dari seorang pencinta alam

hanya kerna sebatang rokok,
manusia berbalahan,
mengakhiri sebuah keakraban hubungan

hanya kerna sebatang rokok,
manusia sanggup menipu,
untuk melindungi kenyataan yang sebenar

hanya kerna sebatang rokok,
manusia mampu berubah,
bongkak dan meninggikan diri

hanya kerna sebatang rokok,
manusia menjadi lalai,
wang ringgit hangus terbakar tidak dihiraukan

hanya kerna sebatang rokok,
manusia menjahanamkan,
kesucian dalam diri

hanya kerna sebatang rokok,
manusia memberi pelbagai alasan,
untuk tidak menghentikan

sesungguhnya,
wahai umat manusia,
jangan pernah cuba untuk memulakan

sesungguhnya,
ia tiada penghujungnya
kecuali mereka yang cekal mampu menahan

sedarilah wahai manusia,
penilaian itu penting,
fikirklah dengan akal yang sihat

Shaheda Bte Salim
07 Oktober 2009