
Adakah sesuatu gambar itu mencetuskan ilham untuk bersajak?
Kami mengundang anda untuk menyertai peraduan 'Potret Sajak'
SYARAT DAN PERATURAN
Kelayakan
1.Peraduan ini dibuka kepada semua warga Singapura dan penduduk tetap.
2.Semua karya perlu dihantar dalam Bahasa Melayu.
Keaslian
3.Gambar yang dirakam harus mempunyai latar Singapura.
4.Gambar/karya yang pernah memenangi hadiah di Singapura atau negara lain tidak akan diterima .
Kriteria
5.Tiada batasan jumlah penyertaan bagi setiap peserta.
6.Peserta bebas mengintepretasi gambar yang dipetik untuk menghasilkan sebuah sajak.
7.Peserta harus merupakan pemilik gambar dan penulis sajak yang mutlak.
Format gambar
8.Gambar berwarna dan monochrome akan diterima.
9.Setiap penyertaan gambar perlu mempunyai imej resolusi yang sekurang-kurangnya 1600 kali 1200 (pixels). Fail harus dihantar dalam bentuk JPEG (kualiti tinggi atau maximum).
10.Peserta perlu menghantar gambar digital yang asli dan tidak disunting.
Manuskrip
11.Setiap sajak yang dihantar mestilah ditaip menggunakan Times New Roman (font 12) pada kertas A4 dan berjilid kemas.
12.Manuskrip yang dihantar adalah hak milik Asas '50 dan tidak akan dikembalikan.
Pengadilan karya
13.Setiap penyertaan akan diadili berdasarkan kreativiti dan kualiti keseluruhan sajak.
14.Pihak penganjur akan melantik pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.
15.Pihak pengadil berhak untuk tidak menerima sebarang hadiah jika didapati tiada penyertaan yang layak menerimanya.
Hak
16.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi setiap gambar/karya yang dihantar, sekiranya tertimbul isu hak milik orang lain.
17.Asas '50 berhak menjadi pihak pertama menerbitkan/mempamerkan manuskrip-manuskrip yang dinilai. Sekiranya pihak Asas '50 bercadang untuk tidak menerbitkan, hak cipta akan dipulangkan kepada penulis. Tiada royalti akan dibayar bagi penerbitan pertama. Penerbitan pertama merupakan penerbitan dan penjualan buku bilangan pertama, terbitan berkala atau lain-lain penerbitan dalam bentuk elektronik ataupun cetakan. Asas '50 berhak menandatangani dengan sebarang penerbit bagi menerbitkan penyertaan yang berjaya itu.
Arahan pentadbiran
18.Tulis tajuk karya dan nombor kad pengenalan di sudut kanan bahagian atas setiap halaman manuskrip.
19.Letakkan tajuk karya dan nombor kad pengenalan pada gambar yang dihantar.
20.Jangan tulis nama anda pada manuskrip.
21.Penyertaan yang terlewat, sukar dibaca dan tidak lengkap akan ditolak.
22.Karya hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan iaitu, 15 Mei 2008.
23.Setiap penyertaan mesti disertakan nama, alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel dalam format berikut.
NAMA PENUH :
ALAMAT :
TARIKH LAHIR :
NOMBOR KAD PENGENALAN :
NOMBOR TELEFON :
ALAMAT EMEL :
Sila hantarkan gambar dan karya berserta maklumat anda ke alamat e-mel:
potretsajak2008@gmail.com
22.Peserta akan dihubungi melalui emel selewat-lewatnya pada bulan Jun. Keputusan akan diumumkan di lelaman rasmi Asas '50.
Hadiah
a.Pertama : $500
b.Kedua : $300
c.Ketiga : $200
d.10 Hadiah saguhati : $100 setiap pemenang
Semua peserta akan menerima sijil penghargaan.
Penyertaan menandakan bahawa peserta setuju dengan syarat yang ditetapkan.