TEROPONG BONG MAT

“Baru-baru ni sibuk hal integrasi kaum. Entah apa-apa aje yang nak diintegrasikan. Tak habis-habis kisah integrasi. Dah nak masuk 50 tahun bangsa-bangsa tinggal sebumbung di negara aman ini pun dorang asyik cakap kita belum sepenuhnya integrasi. Entah ape-ape ajelah ni. Tak ada isu lain agaknya. Bong Mat heranlah kenapa asyik bangsa Melayu aje yang kena rembat! Tak habis-habis cari pasal. Kan dia jugak yang jadikan kita macam ni – senegara, sebumbung di flat, sekerja, sefahaman, selagu kebangsaan. Hai pakai nampak semuanya se ajelah. Mana kita ada gaduh-gaduh selama ini selama kita se apa-apa ajelah! Heran betullah Bong Mat dibuatnya. Kalau tengok betul-betul dengan teropong Bong Mat, mana-mana tempat makan pun bersepah orang Melayu dan bangsa lain duduk semeja makan. Tak ada ape pun. Tak gaduh pun. Tak maki pun. Malahan lebih banyak kedai makan sekarang dah halal. Dengan halal ni pulak bisnis kedai-kedai begini makin laris maklumlah dia dapat dua pelanggan sekaligus – si Melayu dan bukan Melayu. Kan bagus begitu. Jadi apa masalah integrasi pulak? Lagipun orang Melayu sekarang bukan macam orang Melayu dulu. Orang Melayu sekarang kalau pasal makan-pakai, adoi mak kelas beb! Makan mahal pakai mahal pun dorang rembat. Yang penting kendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Aik, ini dah isu lain pulak. Hai Bong Mat ini meracau aje. Jadi yang penting orang-orang yang ada sikit boleh fikir, janganlah ambek kisah sangat tentang laungan integrasi ni kerana tak ade ape yang diintegrasikan. Sejak zaman datuk nenek noyang kita dulu pun dah integrasi dengan pendatang-pendatang ke pulau Temasek ni. Kan bangsa Melayu bangsa yang “accomodating” – ewah cakap orang puteh pulak Bong Mat ni. Speaking man! Sudahlah jangan buang masa pasal integrasi, yang pentinglahkan amacam nak kolaborasi supaya kita saling memanfaatkan demi kemajuan.”

Bong Mat

MERENUNG KEMBALI MELAYUKU MELAYUMU

Telahku amati makna melayuku
dari mata dan bibir sejarah
yang pernah luka bagai selendang berdarah
yang pernah pilu bagai perawan berduka
mengalirnya melayumu
pernah lembut dan terus
menjadi embun
dingin mempesona
dan melayuku
suatu ketika bagai riak danau
terkandas di lumpur
berdebu dan kotor
masihku ingat melayuku
bagai serigala sengsara
sakit dan terseksa
di perut gua
gelap bagai jelaga,
telah kujumpa melayumu
pernah berjebat dan bertuah
menggenggam tangan membuka dada
mematahkan bianglala
yang melilit pinggang sejarahmu
namun kecundang
di hujung senja yang suram mimpinya
dan melayuku tidak lagi duka rindunya
walau dipeluk belantara kota
dibelai aspal jalan raya
melayumu hilang purnamanya
tiada lagi haruman cempaka wangian cendana
melayuku membina semula pelaminan patah
menerangi pusara legam
membawa purnama pada malam yang pasrah.

Mohamed Pitchay Gani BMAA
NIE – 14/06/2011

(sajak asalnya bertajuk “Melayuku Melayumu” ditulis oleh penyair Mohamed Latiff Mohamed yang diterbitkan pada 1983 di Dewan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka)

CYBORG

Gerakan halilintar menghentak bumi
rekahan demi rekahan menular
ditelan dek laungan semboyan gergasi logam
bumi semakin ranah
cyborg merayau mencari mangsa
dari carikan kemanusiaan yang tinggal.

Aku terdiam di bawah tindihan palang-palang malang
cuba meronta lepas dari penjara yang menyekat atmosfera
menghimpit dan melemahkan
angkasa bak menghempap bumi.

Sekelip mata debuan bintang menembusi urat nadiku
penglihatanku semakin kaku
cecair logam dingin menyucuk segenap rongga urat sarafku
memaksa setiap nadi menelan sel-sel darahku.

Aku cuba melawan bagai haiwan meronta
namun cecair lebih deras meranapkan jiwaku
mengkakukan organ-organku
penglihatanku kini hanyalah geometrik
neon hijau melakarkan strategi
dalam alam sibernatik
alamku semakin mendekati sfera Dyson
kini aku… ak… u… … … …
101001001000111101110110

CYBORG!

NAKHODA OH NAKHODA

Guru nakhoda bahtera ilmu
pencetus semangat waja

perintis titian kesedaran
peneroka segenap rekahan minda
mencarik helaian keraguan
mengadun menjadi rerumpai kecelikan
pembakar kerakusan kedaifan
menyinari kekelaman
walaupun diri bertemankan kitab dan kalam
tanpa mengenali waktu dan usia
uban merayapi umbun
kedutan meratapi wajah
senyuman tetap terukir
pemberi rangsangan
dan erti ilmu sebenar
dalam bahtera kehidupan.

KREATIF DAN INOVATIF

Manusia dicipta tuhan dengan pelbagai kelebihan untuk mencipta sesuatu bagi dirinya. Masa depan manusia itu biasanya tertakhluk kepada perancangan yang strategik berteraskan ilmu yang dijanakan secara kreatif. Idea yang kreatif ini menerima desakan inovasi maka terhasillah satu ciptaan baharu yang sebenarnya adalah pembaikan daripada yang sedia ada. Semua ini terhasil daripada pendekatan kritikal dan kreatif dalam pendidikan. Maka sikap guru terhadap alam pendidikan haruslah selaras dengan keperluan ini. Guru harus pandai memberikan ilmu sebagai sesuatu yang bermakna bukan sekadar keperluan kurikulum.

It is vital to a valuable education system that independent critical thinking be developed in the young human being, a development that is greatly jeapordized by overburdening him with too much and too varied subjects (point system). Overburdening necessarily leads to superficiality. Teaching should be such that what is offered is percieved as a valuable gift and not as a hard duty” – Albert Einstein on education for independent thought.

My Queen

MY QUEEN

Your are
my queen Nafertiti
envy of all Egypt.

For your are
the most beautiful creation
that God has ever created.

I am
your humble pharoah
who immortalised you
within my eyes, mind, and soul.

For I am
the most blessed
with your
mystery eyes that hook my heart,
mystical lips that drown my mind,
and angelic voice that caged my soul,
to your empire of passion.

Luv
Amanhotep IV

MEDIA DAN ETIKA – COCA COLA MINUMAN HARIAN MELAYU

Media merupakan satu wadah berpengaruh dan dapat merubahn serta mencipta trend. Banyak kajian retoriks media telah dijalankan dan ia membuktikan bahawasanya media memang merupakan wadah terbaik untuk mempromisikan barangan mahupun ideologi. Cuba ingat kembali nombor telefon ini; 2353535, semua orang di Singapura akan tahu secara spontan bahawa ia adalah KFC delivery. Ia lebih cepat ditangkap kerana diulang berkali-kali di media massa setiap minit. Maka tanggungjawap media massa ialah memastikan bahawa iklan yang dihasilkan perlulah penuh etika dan memanfaatkan pengguna bukan sebaliknya. Sehubungan perkara ini, radio Warna di sepanjang bulan Ramadhan ini ada memainkan iklan yang etika pengiklanannya boleh dipersoalkan malah boleh dianggap tidak selaras dengan dasar negara dan agama.

Iklan mengenai COCA COLA yang dimainkan setiap malam selepas sahaja azan magrib berkumandang dan umat Islam seluruh Singapura sedang berbuka puasa. Ringkasnya, iklan tersebut mengenai dua orang anak yang baru pulang ke rumah dan mengatakan letih dan lapar kerana berpuasa. Bukankah ini melambangkan satu sikap negatif terhadap ibadah puasa sekaligus memberikan gambaran serong kepada masyarakat lain mengenai kebaikan ibadah puasa. Adakah puasa itu membebankan? Ini tidak selaras dengan dasar agama.

Kedua si ibu memberikan keluarganya minuman COCA COLA untuk berbuka puasa. Air gas diminum untuk mengisi perut kosong. Memandangkan anak-anaknya menjadi bertenaga dan aktif setelah minum COCA COLA, si ibu pun bertekad untuk memberikan minuman itu setiap hari. Perbuatan minum air bergas sedemikian setiap hari sangat merbahaya dan memudaratkan. Masyarakat Melayu di Singapura ternyata mempunyai masalah kencing manis yang sangat serius, maka perbuatan radio menggalakkan mereka meminum air bergas sedemikian akan memburukkan lagi keadaan. Ini langsung tidak selaras dengan dasar kesihatan negara malah merosakkan lagi. Perbuatan ini juga merupakan sesuatu yang boleh membingungkan pendengar kerana pihak radio juga sibuk mempromosikan baranga-barangan kesihatan dan menggalakkan para pendengar supaya mengikuti gaya hidup sihat. Perbuatan seumpama ini hanya akan mengelirukan masyarakat Melayu yang sangat-sangat memerlukan bimbingan.

Dalam konteks ini, pihak media harus sedar dan akur bahawa tidak semua orang boleh membuat penilaian secara logikal. Malah ramai yang mudah termakan dengan iklan di media massa. Jika tidak mana mungkin iklan menjadi sumber kewangan terunggul media massa dan mana mungkin para peniaga mahu melaburkan jutaan dolar untuk iklan?

KESUCIAN BAHASA

Konsep kesucian bahasa merupakan satu ukurtara mutlak kepada kewujudan sesuatu bahasa. Kesucian yang dinodai bermaksud bahasa yang hilang citranya sebagai sesuatu yang dikagumi dan diagungi. Perihal ini berlaku apabila wujud pengguna yang menodai bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti dalam hal merubah keseluruhan mahupun sebahagian daripadanya. Kini kita dapati pihak media massa khususnya menganuti semakin banyak istilah Inggeris dengan mentalkinkan istilah-istilah Melayu sedia yang ada. Bahasa yang pada suatu masa menghiasi batu nisan kini menjadi penghuni kubur dengan nisanya dihiasai wacana Inggeris. Cengkeram menjadi deposit, maklumat menjadi informasi, lalulintas menjadi trafik, perbualan menjadi komunikasi, disyaki menjadi suspek dan senarainya semakin panjang.

Buat masa ini bahasa terus diragut kesuciannya tanpa belas ikhsan. Namun dunia yang fanah ini tetap berputar dan akan tiba masanya nanti bahasa diragut daripada lidah-lidah pencemar dan apabila sampai masa itu tiada lagi upaya yang dapat mengembalikan bahasa nan indah. Yang ada hanyalah lidah-lidah yang bercabang.

Dalam sejarah Melayu, zaman kegemilangan dan keemasan Melayu berlaku semasa zaman kerajaan Melaka. Pada zaman itu bermula dengan kepimpinan Sultan Muzafar Shah, bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, kerajaan Melaka terus tersebar luas, gagah dan penuh kekayaan. Namun demikian, keadaan berubah setelah kehilangan para pemimpin perkasa ini. Kerajaan Melaka terus hancur, hilang dan tiada lagi di muka bumi ini. Tiada langsung tinggalan sejarah yang dapat membuktikan adanya satu kerajaan berkuasa ini kecuali dalam kitab-kitab sejarah. Dua pengajaran yang boleh didapati dari sini ialah: Kepimpinan dan pendokumentasian.