Biodata

MOHAMED LATIFF BIN MOHAMED dilahirkan pada  20 Mac 1950 di Lorong 23 Geylang, Singapura. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Guillemard, Sekolah Menengah Tun Seri Lanang, Sekolah Menengah Kaki Bukit dan Maktab Perguruan Singapura. Beliau mempunyai kelulusan Certificate In Education daripada Teachers’ Training College dan G.C.E peringkat ‘A’. Beliau merupakan seroang guru sejak 1968 hingga bersara pada tahun 2000. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penulis khas di Institut Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura (1982-1995). Beliau juga pernah menjalani  perkidmatan negara di Singapore Armed Forces Training Institute (SAFTI) pada 1968 dan Singapore Basic Military Training (SBMT 1971-1973). Beliau pernah dilantik Language Instructor untuk Pegawai-Pegawai Tentera (OCT) dan Pegawai Dokumentasi untuk Angkatan Udara, di Changi Air Base. Bidang penulisan beliau ialah sajak, cerpen, esei, drama dan novel. Latiff mula menulis pada tahun 1966.

Biodata Lengkap: Leksikon: Mohamed Latiff Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *