Adam & Eve
Di suatu senja kesuraman
dunia dimandikan
dari tangan-tangan tuhan
dengan cinta sayang
dengan rindu dendam
dari pelukkan erat
sekental nyawa di badan
keheningan berhubungan
kemesraan bersahutan
tuhan pun melukiskan
sad, Qaf, aliā£amin & alfatihah
yasin di gunong-gunong
bersalut kepura-puraan
maka tuhan kurniakan pelangi
biru & ungu
pun di bibir Eve
di mata Eve pada semua
maka jatohlah cinta malaikat murba
pada bumi, angkasa, laut & pawana.
Majallah Filem
Ogos 1975
Segumpal Api, Selingkar Pelangi