Biodata

MUHAMMAD ARIFF BIN AHMAD atau Mas juga dikenali dengan nama pena M.Arba (1940); P.L.Rajaudang (1940); M.Foerida (1943); Mas (1946); Mas Malaya (1947); Mas Tanjung Malim (1947); Mas Tomo (1947); S.P.10 (1949) dan Minamoria (1984). Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Pernah belajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar (1933-1937); Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1938-1940); Syonan Nippon Gakuen + Sihan Gakko (1943{ 2603 tahun Jepun}); dan Sultan Idris Training College, Malaya (1946-1949). Beliau memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1965); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1966); dan Sijil Perguruan SITC, Tanjong Malim, Malaya (1949). Selepas mengajar beberapa tahun beliau dilantik Pensyarah di Maktab Perguruan di Paterson Road, Singapura. Ariff merupakan salah seorang pengasas Asas 50 yang masih meneruskan perjuangan sejak pendaftarannya pada 26 Ogos 1950.

Biodata lengkap: Leksikon: Muhammad Ariff Ahmad 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *