Home » Archive for the ‘S’ Category
Sort by:

Saeda Buang

January 9, 2011 | Author: | Posted in S

SAEDA BUANG dilahirkan di Singapura di Kampung Pisang. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Sepoy Lines; Sekolah Menengah Monks’ Hills; Maktab Rendah Kebangsaan; dan meraih ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Singapura (1979). Menerima ijazah Sarjana Sastera Pengajian Melayu (1986) daripada Universiti Nasional Singapura.

Samsudin Said

January 9, 2011 | Author: | Posted in S

SAMSUDIN SAID atau nama penanya Shamsaidilhairi dilahirkan pada 20 Disember 1960. Bertugas dalam Perkhidmatan Awam. Selain menceburi bidang penulisan drama, beliau pernah berlakon untuk drama terbitan Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).

Sapiee Bin Ahmad

January 9, 2011 | Author: | Posted in S

SAPIEE BIN AHMAD atau nama penanya Sapiee Ahmad Razaly dan Sary Abdullah (Sary sempena nama Sapiee Ahmad Razaly, Abdullah bermaksud Hamba Allah) dilahirkan pada 4 Mei 1952 di Telok Kurau, Singapura.