Home » Archive for the ‘M’ Category
Sort by:

Mahmud Bin Ahmad

January 10, 2011 | Author: | Posted in M

MAHMUD BIN AHMAD atau Mahmud Ahmad merupakan seorang pendidik, tokoh bahasa dan budaya Melayu dan juga seorang sasterawan. Dilahirkan pada 29 Mac 1906 di Kampung Kallang, Singapura. Beliau berasal dari Riau tetapi kelahiran beliau didaftarkan di Kampung Kallang Pokok. Beliau mula mengarang semenjak tahun 1929. Banyak buku yang telah dihasilkannya bercorak pelajaran, bacaan sekolah yang berunsur moral dalam bentuk novel, sajak, rencana-rencana dan esei-esei sastera. Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 1976.

Masuri Bin Salikun

January 10, 2011 | Author: | Posted in M

MASURI BIN SALIKUN atau lebih dikenali sebagai Masuri S N mempunyai nama pena Martina. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau dan Geylang dari tahun 1933 hingga 1940. Beliau menjadi guru pelatih di Singapura hingga tahun 1946. Dari tahun 1946 hingga 1949, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sesudah lulus dari MPSI, Masuri pulang ke Singapura dan menjadi seorang pendidik, sementara pada sebelah malamnya mengikuti kelas bahasa Inggeris di Mercantile Institution dan C.Y.M.A. College. Jawatan terakhir beliau ialah guru besar sekolah rendah yang disandang dari tahun 1971 sehingga beliau bersara pada 12 Jun 1981.

Mohd Taha Hj Jamil

January 10, 2011 | Author: | Posted in M

MOHD TAHA HJ JAMIL juga dikenali sebagai Mohd Taha Jamil menggunakan nama pena Toha Djamily. Beliau dilahirkan pada 29 Oktober 1943 di Guillemard Road, Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Guillemard, Sekolah Rendah Tanjong Rhu dan Sekolah Menengah Bartley.