Home » Archive for the ‘J’ Category
Sort by:

Jaafar Bin Haji Muhammad

January 10, 2011 | Author: | Posted in J

JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD atau nama penanya Jymy Asmara dilahirkan pada 29 Julai 1921 di Muar. Menerima pendidikan sehingga Darjah 5 di Sekolah Melayu Muar, kemudian berhijrah ke Singapura dan pernah menjadi anggota polis di sini sekitar tahun 1950’an hingga mencapai pangkat sarjan; bekerja dengan akhbar Melayu Raya sebagai pembaca pruf; menjadi tentera Heiho ketika Jepun memerintah Malaya dan Singapura. Beliau juga sangat terlibat dalam dunia penerbitan. Pernah bertugas dengan penerbitan Qalam iaitu memimpin dua buah majalah; Muda Mudi dan Pusparagam selama dua tahun (1961-1962). Kemudian bekerja dengan Penerbitan Ghani and Sons.

Jamal Ismail

January 10, 2011 | Author: | Posted in J

JAMAL ISMAIL atau nama penanya Al Ijma’ dilahirkan di Kampung Parit Ju Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1952. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Kampung Parit Ju. Kemudian berhijrah ke Singapura bersama ayahnya pada 1963. Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Beliau memperolehi kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan; Diploma Kesihatan Awam (1976) dan Diploma Pencegahan Pencemaran Udara (1979).

Juffri Bin Supa’At

January 10, 2011 | Author: | Posted in J

JUFFRI BIN SUPA’AT dilahirkan pada 8 Disember 1967. Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Westlake (G.C.E Peringkat ‘O’) dan Sekolah Menengah Beatty (G.C.E Peringkat ‘A’). Selepas menjalani Perkhidmatan Negara, beliau mengikuti kursus Diploma Lanjutan Perhubungan Massa Institut Pembangunan Pengurusan Singapura dengan kerjasama Universiti Oklahoma City (1996). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Journalism and Media Studies The University of Queensland dan Sarjana Pendidikan Queensland University of Technology (2004).