Home » Archive for the ‘I’ Category
Sort by:

Isa Kamari

January 10, 2011 | Author: | Posted in I

ISA KAMARI dilahirkan di Singapura pada 19 Mei 1960. Setelah menamatkan pendidikan di Institusi Raffles dan Maktab Rendah Nanyang, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura sehingga berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (1985) dan Sarjana Muda Senibina (Kepujian) (1988). Pernah bertugas sebagai arkitek di Lembaga Perumahan dan Pembangunan, HDB (1988-1993) dan di sebuah firma senibina setempat …

Ismail Bin Haji Omar

January 10, 2011 | Author: | Posted in I

ISMAIL BIN HAJI OMAR atau Noor S.I. dilahirkan pada 5 Ogos 1933 di Changi Road, Singapura. Beliau menerima pendidikan Melayu di sekolah Melayu Kota Raja hingga darjah lima; sekolah Arab selama dua tahun dan akhirnya bersekolah Inggeris tetapi tidak dapat menghabiskan pelajarannya. Pernah berkhidmat sebagai pembantu doktor (dresser) di rumah sakit; juru ukur di Jabatan Ukur Singapura; dan penolong editor di Pustaka Nasional Singapura.

Ismail Sarkawi

January 10, 2011 | Author: | Posted in I

ISMAIL SARKAWI dilahirkan pada tahun 1952 di Lornie Road, Public Utilities Board Quarters. Beliau bersekolah di Dunearn Integrated Primary School, melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Sang Nila Utama hingga meraih Sijil Tinggi Pelajaran; meneruskan pelajaran di Singapore Institute of Management dan meraih Diploma in Management Practice (2000-2002). Minat menulis timbul setelah mengikuti beberapa sesi ceramah sastera anjuran Angkatan Sasterawan 50. Beliau mula menulis sekitar awal tahun 1970’an. Sejak 1977 mula menulis esei dan cerpen di akhbar Berita Minggu.