Home » Archive for the ‘H’ Category
Sort by:

Hadijah Rahmat

January 10, 2011 | Author: | Posted in H

HADIJAH RAHMAT mendapat pendidikan di Universiti Singapura (1977-1979), Institut Pendidikan Singapura, dan meneruskan pengajian Sarjana Sastera dalam Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (1982-1984); pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Indonesia dan Melayu di SOAS, Universiti London (1992-1995). Mula bertugas sebagai guru geografi di Sekolah Menengah Changkat Changi (1985); Guru bahasa dan sastera Melayu di Maktab Rendah Yishun (1986-87); mengajar di ALC, Institut Pendidikan Nasional / NTU, Singapura (sejak 1987).

Hafiza Talib

January 10, 2011 | Author: | Posted in H

HAFIZA TALIB mempunyai berkelulusan G.C.E peringkat ‘A’. Beliau mula menceburi bidang penulisan sejak tahun 1987. Beliau aktif dalam penulisan skrip drama radio dan drama pentas pada tahun 1990-an. Skrip pertama beliau ialah skrip dua untuk drama televisyen Detik Penyesalan. Ini diikuti dengan skrip-skrip drama televisyen yang lain termasuk bangsawan.

Hamed Ismail

January 10, 2011 | Author: | Posted in H

HAMED ISMAIL atau Amar Hais dilahirkan pada 18 Mei 1948. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Melayu Siglap; Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran pada tahun 1967. Pernah bertugas sebagai Penolong Penyelidik Radio dan Televisyen Singapura; pembaca di Kementerian Kebudayaan dan penulis skrip di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC); Penulis Skrip Eksekutif Mediacorp TV12. Beliau mula menulis pada awal tahun 70-an.