Home » Archive for the ‘F’ Category
Sort by:

Fathol Rahman Abdul Hamid

January 10, 2011 | Author: | Posted in F

FATHOL RAHMAN ABDUL HAMID atau nama penanya FR Bahamid dilahirkan di Singapura pada 17 Julai 1938. Beliau pernah menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Melayu; Sekolah Inggeris Tanjong Rhu; Victoria School; Universiti Malaya dan Universiti Michigan. Beliau mempunyai kelulusan Senior School Certificate in Education; Sarjana Muda dan Sarjana Pendidikan. Beliau juga pernah mengikuti pengajian di Maktab Peeguruan. Beliau pernah menjadi guru sekolah rendah, menengah, bertugas di Kementerian Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan. Beliau mula menulis pada tahun 1957 dalam bidang cerpen, puisi dan esei.