Home » Archive for the ‘E’ Category
Sort by:

Eunos Bin Asah

January 10, 2011 | Author: | Posted in E

EUNOS BIN ASAH atau nama penanya Eunosasah dilahirkan pada 4 Disember 1946 di No. 7 Java Road Singapura. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sepoy Lines hingga tamat darjah 7. Kemudian menamatkan pelajaran di sekolah Menengah Sang Nila Utama. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Tun Seri Lanang. Mula menulis pada awal tahun 60-an. Beliau menulis dalam pelbagai genre termasuk sajak, cerpen, skrip drama dan lirik lagu. Sajak pertama beliau Pengemis diterbitkan di majalah Pandu (1963) manakala cerpen pertama beliau Dia diterbitkan di akhbar Berita Harian (1974). Eunos merupakan antara perintis Sajak Algebra di Singapura.