Home » Archive for the ‘A’ Category
Sort by:

Anuar Othman

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ANUAR OTHMAN juga dikenali sebagai Ridhwan Anuar dilahirkan pada 31 Julai 1957 di Pulau Brani, Singapura. Karya pertama beliau ialah sajak ‘Sabar’ yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura pada tahun 1978. Beliau mempunyai kelulusan G.C.E peringkat ‘A’ dan Diploma in Writing daripada London School of Writing (1981). Beliau merupakan anggota Perkumpulan Seni. Pernah mengikuti bengkel penulisan di West Dean College, England (1998); pernah mengikuti International Writing Programme di University of Iowa, Amerika Syarikat (2000). Kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Anuar Othman & Associates, yang menerbitkan buku-buku bagi penulis tempata

Aliman Hassan

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ALIMAN HASSAN atau nama penanya Lela Kencana dilahirkan pada 18 Januari 1932 di Padang Jeringau, Kallang Road. Menerima pendidkan di Sekolah Melayu Kota Raja (1939-1946); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1949-1951). Beliau lulus peperiksaan M.C.E (1966) dan H.S.C (1967). Aliman pernah menjadi guru, Penolong Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Perguruan Singapura dan mempunyai pangkat Senior Education Officer dan akhirnya Principal Education Officer. Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Guru Pelawat (1952-1955); Penolong Nazir Khas (Seni Lukis dan kraftangan) (1970-1974); dan Penasihat Khas (Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) (1974-1980). Beliau bersara daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 1987.

Alfian Sa’At

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ALFIAN SA’AT dilahirkan pada tahun 1977. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Tampines; Institusi Raffles; Maktab Rendah Raffles dan Universiti Nasional Singapura (NUS) jurusan Perubatan. Beliau prolifik dalam pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, drama dan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga aktif dalam pergerakan persuratan dengan menjadi anggota dan penulis naskah Teater Ekamatra (1997-2001) dan the Necessary Stage (2000-2001).