Muhammad Ariff Bin Ahmad

January 10, 2011 | Author: | Posted in M

MUHAMMAD ARIFF BIN AHMAD atau Mas juga dikenali dengan nama pena M.Arba (1940); P.L.Rajaudang (1940); M.Foerida (1943); Mas (1946); Mas Malaya (1947); Mas Tanjung Malim (1947); Mas Tomo (1947); S.P.10 (1949) dan Minamoria (1984). Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Pernah belajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar (1933-1937); Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1938-1940); Syonan Nippon Gakuen + Sihan Gakko (1943{ 2603 tahun Jepun}); dan Sultan Idris Training College, Malaya (1946-1949). Beliau memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1965); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1966); dan Sijil Perguruan SITC, Tanjong Malim, Malaya (1949). Selepas mengajar beberapa tahun beliau dilantik Pensyarah di Maktab Perguruan di Paterson Road, Singapura. Ariff merupakan salah seorang pengasas Asas 50 yang masih meneruskan perjuangan sejak pendaftarannya pada 26 Ogos 1950.

Beliau telah memegang banyak jawatan dalam Asas 50 dan menerajui banyak projek yang menyumbang kepada perkembangan persuratan Melayu Singapura khususnya di peringkat nasional. Beliau merupakan penulis aktif dan prolifik dalam menghasilkan karya multi genre seperti puisi, cerpen, drama, novel dan esei. Kepakaran beliau dalam bahasa dan budaya sangat terserlah sehingga beliau dirujuk sebagai ensiklopedia bergerak.

Muhd Ariff banyak menyumbang penulisan di media massa seperti Utusan Zaman; Mingguan Melayu; Berita Minggu; Berita Harian; Terang Bulan; Majalah Pemuda; Majalah Kencana; Majalah Hiburan; Majalah Suara Guru; Majalah Mastika; Majalah Mutiara; Majalah Medan Sastera; Majalah Sekata; Majalah Beriga; dan Majalah Taman Pengetahuan. Begitu juga dalam banyak rancangan di radio dan televisyen.

Beliau juga dikenali sebagai aktivis persuratan, bahasa dan budaya yang ulung di Singapura. Kewibawaannya terserlah melalui jawatan-jawatan yang pernah dan sedang dijawat seperti Anggota Malay New Spelling Commitee (1965-1966); Pengerusi Tetap Majlis Pusat (1969-1983); Timbalan Yang Dipertua KGMS (1969); Pengerusi Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Kebudayaan, Singapura (1957-1967); Ketua 1 Asas 50 (1994-2001); Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Pengesahan Calon Masyarakat Melayu (1988); Anggota Majlis Penasihat AMP (1992-1994); Presiden Kehormat Seumur Hidup Asas 50 (2001); Anggota Pengarah Yayasan Taman Warisan Melayu; Ketua Dewan Dewan Adat dan Budaya Majlis Pusat (2001).

Dalam dunia kerjaya, Muhd Ariff pernah menjawat jawatan selaku Penulis Skrip Mestika Pusaka di radio Warna SBC (1988); Penulis Skrip Indah Bahasa di RSI (1996-2000); Ketua Editor Kehormat majalah SEKATA (MBMS) (1990-1999); Guru sekolah Melayu (09.11.1940-31.05.1959); Pensyarah TTC (IE) (01.06.1959-09.09.1979); Editor majalah MEKAR (MOE) (10.09.1979 – 31.01.1981); Editor majalah WARITA (MUIS) (01.06.1977-31.05.1988); dan Penulis Khas IRK/CDIS (01.03.1983-22.02.1987). Kini merupakan pesara dan Penulis Khas Bahasa & Budaya Berita Harian;  Penulis Khas Nilai Melayu Berita Harian dan Editor Kehormat Serambi Warisan Berita Harian.

Karya

Buku-Buku Teks

Jalan Bahasa Mudah (tatabahasa). Singapura: Geliga Limited, 1957; Bahasa Negaraku buku 1-6. Singapura: Marican & sons, 1959-1962; Asas Tatabahasa. Singapura: Pustaka Melayu, 1964; Panduan Tatabahasa Melayu. Singapura: Kader Brothers, 1982; Asas Bahasa Melayu Baru Bk 1-4. Singapura: Pan Pacific Book Distribution, 1983-1985; Pengetahuan lslam Buku 1-2. Singapura: CDIS-MUIS, 1983-1984; Buku kerja Pengetahuan lslam 1-4. Singapura: CDIS-MUIS, 1985-1986.

Bacaan Tambahan Bagi Kanak-Kanak

Tok Sumang. Singapura: Geliga Limited, 1957; Sri Tri Buana (Jawi). Singapura: Geliga Limited, 1957; Duabelas Orang Masyhur (Jawi). Singapura: Geliga Limited, 1958; Dang Anum (Jawi). Singapura: Geliga Limited, 1958; Adam Kena Hujan (Drama). Singapura: Marican & sons, 1965; Pak Pandir Moden. Singapura: Pustaka Melayu, 1966.

Antologi Bersama (Puisi)

Puisi Melayu Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1961; Pancaran Sajak. Singapura: Pustaka Melayu, 1967; Gema Temasek. Singapura: Majlis Pusat, 1981; Tiga Warna Bertemu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1987; Jangan Tak Ada. Singapura: Angkatan Sasterawan ’50, 1988; Mengenangmu 1933-86. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1989.

Antologi Bersama (Cerpen)

Mekar dan Segar. Singapura: Oxford University Press, 1959; Sembilan…(Persendirian) Singapura: Ghani & Sons, 1964; Ekspresi. Singapura: Pustaka Nasional, 1975; Temasik Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1987;  SITC – Begini Rupanya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993.

Novel

Sarah Pengarang Kecil. Singapura: Pustaka Melayu, 1957; Siapa Sangka (Jawi). Singapura: Geliga Limited, 1958; Menangkap Perompak Minigang. Singapura: Pustaka Nasional, 1972; Pipi Kirinya Bercalar. Singapura: Pustaka Nasional, 1973; Mail Mau Kawin. Singapura: Pustaka Nasional, 1976; Syarifah. Singapura:  Angkatan Sasterawan ’50, 1998.

Buku-Buku Lain (Bukan Fiksyen)

Mari Kita Bermesyuarat. Singapura: Marican & Sons, 1962; Bahasa Jiwa Bangsa. Singapura: Berita Harian / Times Publications, 1990; Dinamika Budaya. Singapura: Majlis Pusat, 1991; Resan dan Kesan. Singapura: JBMS / Mendaki, 1992; Bicara tentang Adat dan Tradisi. Singapura: Pustaka Nasional, 1993; Tinggal Landas ke Abad 21. Brunei: Dewan Bahasa Pustaka, 1994; Mari Berpantun – Satu Panduan. Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2004.

Suntingan

Panduan Tatabahasa Melayu. Singapura: Kader Brothers, 1983; Siri Mestika Bahasa I. Singapura: CDIS-MOE, 1984; Siri Mestika Bahasa II. Singapura: CDIS-MOE, 1985; Siri Mestika Bahasa III. Singapura: CDIS-MOE, 1988; Bahasa Melayu Aktif I. Singapura: Language Centre MOE, 1990; Bahasa Melayu Aktif II. Singapura: Language Centre MOE, 1992; Bahasa Melayu Aktif III. Singapura: Language Centre MOE, 1993; Madah Zhuang Zi (Terjemahan). Singapura: Asiapac Books Pte Ltd, 1993; Everyday English, Mandarin. Singapura: Kader Brothers, 1993; Bahasa Melayu Aktif IV. Singapura: Language Centre MOE, 1994; Strategi Berperang (Terjemahan). Singapura: Asiapac Books Pte Ltd, 1994; Kamus Ringkas. Singapura: Kader Brothers, 1994.

Pencapaian / Anugerah

Hadiah Sastera (Kepujian) JHS: Esei (1965); Hadiah Sastera (Kepujian) MP: Novel (1967) Pingat Bakti Setia Pemerintah Singapura (1980); Jasawan Budaya Majlis Pusat (1984); Jasawan Persuratan PWMS (1987); Jasawan Guru KGMS (1987); Cultural Medallion MCD: Literature (1987); NBDCS Book Award: Poetry (1990); Anugerah Jasa Cemerlang MUIS (1991); Anugerah Tun Seri Lanang MBMS (1993); S.E.A. Write Award Thailand (1993); NBDCS Book Award: Non-fiction (1994); Hadiah Persuratan (Kepujian) MBMS: Bukan Fiksyen (1995); Anugerah Pendeta Majlis Pusat (1999); Bintang Bakti Masyarakat Pemerintah Singapura (2000); Anugerah Suluh Budiman UPSI (2002).

Author:

This author has published 28 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply