Anuar Othman

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ANUAR OTHMAN juga dikenali sebagai Ridhwan Anuar dilahirkan pada 31 Julai 1957 di Pulau Brani, Singapura. Karya pertama beliau ialah sajak ‘Sabar’ yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura pada tahun 1978. Beliau mempunyai kelulusan G.C.E peringkat ‘A’ dan Diploma in Writing daripada London School of Writing (1981). Beliau merupakan anggota Perkumpulan Seni. Pernah mengikuti bengkel penulisan di West Dean College, England (1998); pernah mengikuti International Writing Programme di University of Iowa, Amerika Syarikat (2000). Kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Anuar Othman & Associates, yang menerbitkan buku-buku bagi penulis tempatan.

Karya

Tekad. Kuala Lumpur: Heinemann Asia, 1984; Terminal Terakhir (Antologi Bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992; Prisma Seni. Singapura: Perkumpulan Seni, 1995; 12. Singapura: Perkumpulan Seni, 1999; 1859. Singapura: Sasterawan Abad 2000, 2000; Mendonan. Singapura: Sasterawan Abad 2000, 2001; Sam. Singapura: Perkumpulan Seni, 2001; Menyeberang Selat (Antologi bersama). Singapura: Anuar Othman Associates, 2003; Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau (Antologi bersama). Singapura: Anuar Othman Associates, 2003; Anak Bumi (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2003; Kisah di Bukit Cermin Singapura: Anuar Othman Associates, 2005.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Cerpen (1997); Hadiah Sastera (Penghargaan)  MBMS: Cerpen 1859 (1997); Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Cerpen (1999); Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Sajak (2001).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply