Aliman Hassan

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ALIMAN HASSAN atau nama penanya Lela Kencana dilahirkan pada 18 Januari 1932 di Padang Jeringau, Kallang Road. Menerima pendidkan di Sekolah Melayu Kota Raja (1939-1946); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1949-1951). Beliau lulus peperiksaan M.C.E (1966) dan H.S.C (1967). Aliman pernah menjadi guru, Penolong Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Perguruan Singapura dan mempunyai pangkat Senior Education Officer dan akhirnya Principal Education Officer. Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Guru Pelawat (1952-1955); Penolong Nazir Khas (Seni Lukis dan kraftangan) (1970-1974); dan Penasihat Khas (Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) (1974-1980). Beliau bersara daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 1987. Kemudian bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan di MUIS sehingga Januari 1989. Beliau menulis beberapa siri rancangan-rancangan radio dan televisyen.

Aliman turut memegang beberapa jawatan dalam berbagai pertubuhan, antaranya; Setiausaha Kehormat SKGMS (1956-1960); Setiausaha Kehormat ASAS ’50 (1960-1963); Bendahari ASAS ’50 (1964); anggota Jawatankuasa KGMS (1965-1970); Pengamanah KGMS (1983-1989); Anggota Jawatankuasa Majlis Pusat (1967-1969); Pengerusi Tetap Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) (1983-kini); anggota Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (1987-1989); dan anggota Jawatankuasa Masjid Kampong Siglap (1987-kini).

Karya

Puncak Sembilan (Antologi bersama). Singapura: Pustaka Nasional, 1975; Singapore Writing. (Antologi bersama). Singapore: Society Singapore Writers, 1977; Puisi-Puisi Nusantara (Antologi Bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981; Tiga Warna Bertemu (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; Sekadar Pengisi Ruang. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 1993; Rhythms (Antologi bersama) Singapore: National Arts Council, 2000; Novel Empat. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 2002.

Pencapaian/Anugerah

Pegawai Yang Paling Berbudi Bahasa MUIS (1983 – 1985); Sijil Penghargaan LBKM (1985); Pingat Berkebolehan Pemerintah Singapura (1985); Pingat Bakti Setia Pemerintah Singapura (1987); Khidmat Cemerlang dan Khidmat Lama SKGMS (1981); Jasawan Guru KGMS (1987); Khidmat Jasa Bakti LBKM (1997); Khidmat Jasa Setia SKGMS (1997).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply