Alfian Sa’At

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ALFIAN SA’AT dilahirkan pada tahun 1977. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Tampines; Institusi Raffles; Maktab Rendah Raffles dan Universiti Nasional Singapura (NUS) jurusan Perubatan. Beliau prolifik dalam pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, drama dan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga aktif dalam pergerakan persuratan dengan menjadi anggota dan penulis naskah Teater Ekamatra (1997-2001) dan the Necessary Stage (2000-2001).

Karya

Skrip (diterbitkan oleh Teater Ekamatra) Dongeng; Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan, Madu II; The Miseducation of Minah Buki;, Tapak 7 dan Causeway; (skrip Inggeris) The Optics Trilogy; The corrected Poems of Minah Jambu; Poppy Dot Dream; Don’t Say I Say; What’s The Difference; Asian Boys Vol. 1, Sex..Violence; Blood; Gore; dan Yesterday My Classmate Died.

One Fierce Hour. Singapore: Landmarks Books, 1998. Corridor: 12 Short Stories. Singapore: Raffles, 1999; A History of Amnesia. Singapore: Ethos Books, 2001; Bisik. Kuala Lumpur: Teater Ekamatra; Pustaka Cipta, 2003; Prisma Pentas (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2004.

Pencapaian/Anugerah

Singapore Literature Prize Commendation Award: Fiction Corridor (1998); Life! Top Ten Book of The Year: Buku One Fierce Hour (1998); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Drama Causeway (1999); Pencalonan Naskah Terbaik Life! Theatre Awards: Skrip The Optic Trilogy (2001); Anugerah Seniman Muda (Sastera) NAC (2001); Kiriyama Book Prize List of Notable Books (From Asia Pacific Region): Buku A History of Amnesia (2001); Life! Top Ten Book of The Year: Buku A History of Amnesia (2001); Anugerah Pena Emas Mont Blanc NAC dan SPH: Puisi (2001); Life! Theatre Awards Winner: Best Ensemble Asian Boys Vol.1 (2001); Life! Theatre Awards Nominations Best Script: Skrip Asian Boys Vol.1 (2001).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply