Aidli ‘Alin’ Mosbit

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

AIDLI ‘ALIN’ MOSBIT dilahirkan pada tahun 1973. Menerima Ijazah dalam bidang drama daripada Universiti Teknologi Queensland, Australia. Beliau juga seorang pengarah, pelakon, pereka cahaya dan busana, serta penerbit program pendidikan kesenian untuk sekolah. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah penerbitan dan pernah diundang menyertai Minggu Penulis Muda ASEAN anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (1997).

Karya

Skrip persembahan Main-main (diterbitkan oleh Teater Ekamatra), Ikan Cantik, … Dan Tiga Dara Terbang Ke Bulan (diterbitkan oleh Teater KAMI); skrip televisyen Bisikan Bayangan, Kerja Overtime, Koridor dan Semarak Budaya; mengarah drama Madu II, Causeway; persembahan Melayu untuk drama Descendants of Eunuch Admiral berjudul Keturunan Laksamana Tak Ada Anu dalam Festival Kuo Pao Kun pada tahun 2003; menghasilkan drama La Libre Latifa, sebuah drama seorang wanita sempena Pesta Raya 2003 di Esplanade, Singapura.

Bisik (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn Bhd dan Teater Ekamatra, 2003; Prisma Pentas (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2004.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: drama Kosovo (1995); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Drama … Dan Tiga Dara Terbang Ke Bulan (1997)

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply