Ahmad Md Tahir

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

AHMAD MD TAHIR dilahirkan di Paya Lebar, Singapura pada tahun 1967. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Mattar; Sekolah Menengah Siglap; dan Sekolah Menengah Teknikal Tanjong Katong. Beliau merupakan salah seorang pengasas KAMUS; Setiausaha, Pegawai Perhubungan dan Ketua Unit Puisi KAMUS.

Karya

Bunga Makna. Singapura: Pustaka Nasional, 1992; Journeys: Words,Home And Nation (Antologi bersama). Singapore: The Centre for the Arts, National University of Singapore, 1995; Memories & Desires (Antologi bersama). Singapore: The Centre for the Arts, National University of Singapore, 1999.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1990); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1992); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1993); Hadiah Kedua Sayembara Sastera MBMS (1993); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1994); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS (1995).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply