Ahmad Awang

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

AHMAD AWANG atau nama penanya Hamdi Wangi dilahirkan di Pulau Tekong Besar Singapura pada 1 Mei 1939. Menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Selabin, Pulau Tekong Besar (1951) dan Sekolah Rendah Inggeris Pulau Tekong (1958). Pernah menghasilkan Drama TV dan Radio di SBC. Selain itu beliau juga pernah menghasilkan Drama Pentas. Hingga kini lebih 50 buah cerpen telah dihasilkan. Kebanyakan cerpennya diterbitkan di akhbar Berita Minggu, Radio 2 SBC, Majalah Aneka, Majalah Pos Kota, Majalah Varia Pop dan Majalah Citra. Beliau bertugas sebagai Photo Setter Operator di Singapore National Printer. Mula menulis pada tahun 1977. Cerpen sulungnya berjudul 40 tahun tersiar di akhbar Berita Minggu pada 22 Februari 1977. Beliau juga banyak menghasilkan sajak , drama TV, sandiwara radio, drama pentas, esei, ulasan buku dan beberapa buah rencana di dalam ruangan Dwi Bahasa (Melayu) di akhbar Straits Times, Singapura.

Ahmad pernah bergerak aktif dalam Angkatan Sasterawan 50 selaku Setiausaha; dan Bendahari. Beliau juga pernah aktif dalam jawatankuasa masjid selaku Setiausaha Lembaga Pentadbir Masjid Tengku Abu Bakar, Pulau Tekong Besar, Singapura; dan anggota jawatankuasa Lembaga Pentadbir Masjid An-Naim. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha madrasah Tengku Abdul Jalil di Pulau Tekong Besar, Singapura. Beliau pernah mengikuti bengkel-bengkel penulisan cerpen, anjuran Angkatan Sasterawan 50; mengikuti bengkel penulisan skrip drama radio dan penulisan skrip drama televisyen di SBC.

Karya

Terdampar. Singapura: Solo Enterprises, 1982; Temasik (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; Jamu (Antologi bersama). Singapura: First Printers, 1988; Pertemuan Kedua (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995; Detik-Detik Masa. Singapura: Angkatan Sasterawan 50. 1999; Mencari Pelangi Malam. Singapura: Pustaka Nasional, 2002; Terjebak. Singapura: Persama Enterprise, 2005.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Cerpen Kebangsaan Kementerian Pembangunan Masyarakat: Cerpen Paip Bengkok (1985); Tempat ketiga Peraduan Menulis dan Membaca Puisi Radio Warna 94.2: Sajak Hujan Batu (1993); Hadiah Saguhati Sayembara Novel Watan I: Novel Mencari Pelangi Malam (2001).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Comments (1)

  1. Dee

    Saya sedang mencari contact saudara Ahmad Awang, kerana ingin mengetahui kisah2 P. Tekong Besar. Ibu saya juga dulu tinggal di sana.

Leave a Reply