Ahmad Afandi Jamari

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

AHMAD AFANDI JAMARI lahir pada tahun 1946. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1953-1959); sekolah malam anjuran LGPD hingga menengah tiga aliran Inggeris; dan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang aliran Melayu (1963-1965) hingga mengambil peperiksaan M.C.E pada tahun 1965. Beliau bertugas sebagai guru sekolah dan lulus kursus Diploma Pendidikan Lanjutan (ADE), NIE/NTU dalam Pengajian Bahasa Melayu. Beliau mula menulis sekitar tahun 1963-1965 di majalah sekolah dalam sidang pengarang Majalah Tun Seri Lanang.

Karya

Temasik (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; Pertemuan Kedua (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995; Hidup Seribu Tahun. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 1999; Anak Bumi (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2003.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Pertama Peraduan Menulis Cerpen NBDCS: Cerpen Berteduh Di Rumpun Layu (1972);  Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Cerpen  Mans Gila (1993).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply