Abdul Wahab Bin Hamzah

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ABDUL WAHAB BIN HAMZAH juga dikenali sebagai A.Wahab Hj. Hamzah. Dilahirkan pada 2 Februari 1947  di Pulau Damar laut, Singapura. Menerima pendidikan asas di Sekolah Melayu Pulau Bukom; Sekolah Menengah Kallang (1960-62); Sekolah Menengah Sang Nila Utama (1962-64); Maktab Perguruan Singapura (TTC) (1965-68); calon persendirian HSC (1971); Sarjana  Bahasa & Sastera Melayu Indonesia, Universitas Nasional Jakarta Indonesia (UNAS) (1985); Diploma Pendidikan Lanjutan (ADE) (1992); dan Diploma Linguistik Universiti Nasional Singapura (1995). Mula menulis puisi pada tahun 1964 dan aktif menulis cerpen dan puisi pada tahun 1997. Cerpen Keputusan merupakan yang pertama tersiar di Berita Minggu pada tahun 1997 dan sebuah sajak tersiar di ruangan ‘Bicara Puisi’ di Radio.

Beliau pernah bertugas sebagai Guru Bahasa di Sekolah Menengah Singapura; Guru Bahasa Melayu Lanjutan di Pusat Bahasa MOE (1990-96); Guru Kanan Bahasa Melayu (1997-2003) dan bersara pada tahun 2003. Kini pembimbing Sambilan Penulisan Kreatif & Tip untuk Peperiksaan Bahasa Melayu G.C.E peringkat ‘O’. Beliau bergiat dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Pasir Panjang ZONE 2 (1975-1986); anggota Jawatankuasa penduduk Islam Dover Road (1975-86); Jawatankuasa (Penolong Setiausaha) Masjid Al-Khair (1986-1988); anggota Jawatankuasa Madrasah Al-Irsyad (1994-1995); anggota Jawatankuasa Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (1990-2002);  anggota Jawatankuasa Asas 50 (1990-2003); anggota Jawatankuasa Pertemuan Sasterawan Nusantara (1991 dan 2003 ); dan panel Juri Hadiah Sastera MBMS bagi Antologi Puisi (2003).

Karya

Pertemuan Kedua (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995; Igau. Indonesia: Persama Indonesia, 1999; Tuhan Masih Sayang. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 2002; Krisis: Kumpulan Cerpen Li Jian / Li Jian (Antologi bersama). Singapura: Singapore Literature Society & Toko Buku Haji Hashim, 2002; Berlalu Sudah Dukanya. Singapura: EDN Consultant, 2005.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Penghargaan JHS: Cerpen Hidup Satu Persinggahan (1982); Hadiah Kedua JHS  : Cerpen Ajal (1983); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS : antologi cerpen Igau (2001); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Antologi cerpen Tuhan Masih Sayang (2003); Cerpen Genggamnya terlerai dan Igau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan termuat dalam kumpulan cerpen Segelas Wine dan Secawan Susu oleh Chan Maw Woh; Antologi cerpen Tuhan Masih Sayang dicalonkan bagi Anugerah Singapore Literature Prize NBDCS (2004).

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply