Abdul Samad Bin Salimin

January 10, 2011 | Author: | Posted in A

ABDUL SAMAD BIN SALIMIN atau nama penanya Asmin dan Biduan Malam dilahirkan pada 7 Disember 1955 di 23 Jalan Yahya, Kampung Melayu, Jalan Eunos, Singapura. Beliau mendapat kelulusan G.C.E peringkat “O” daripada Upper Serangoon Technical School. Kemudian meneruskan pelajaran secara calon persendirian untuk mendapatkan kelulusan G.C.E peringkat “A”. Beliau juga memiliki National Trade Certificate in Building Drafting, National Certificate in Construction Supervision, Certificate in Building Construction Safety Supervisor dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (HRM) Universiti La Trobe Bendigo, Melbourne. Kini mengikuti program Sarjana Perniagaan (MBA) di Universiti Charles Sturt, Sydney. Beliau bertugas sebagai Eksekutif Pembangunan Masjid, Muis. Asmin mula menulis pada awal tahun 1975 dalam genre-genre puisi, cerpen, esei/kritikan, lirik lagu dan skrip.

Abdul Samad pernah menjadi anggota Jawatankuasa Asas ’50; pemangku Setiausaha Badan Kesenian Melayu; mewakili Singapura di World Poetry Reading di Kuala Lumpur 1995 & 1997; mewakili Singapura di 2nd ASEAN Literary Workshop, Makati, Manila, 1995; mewakili Singapura di Singapore Writers Week 1986, 1989, 1990 & 1997; anggota Panel Juri bagi Anugerah NBDCS; anggota panel Juri bagi Anugerah Persuratan MBMS; anggota tetap Majlis Sasterawan Nusantara bersama Masuri S N; pengadil tetap Peraduan Bahas 4PM (1998-2001); dan pernah berkhidmat sebagai anggota redaksi akhbar Mingguan Aneka.

Karya

Gema Temasik (Antologi bersama). Singapura: Majlis Pusat, 1983; Puisi Temasik (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; The Poetry of Singapore (Antologi bersama). Singapore: ASEAN Committee on Culture and Information, 1985; Antologi Puisi-Puisi ASEAN (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000; Tiga Warna Bertemu (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; Words for the 25th –Readings by Singapore Writers (Antologi bersama). Singapore: Unipress, 1990.

Pencapaian/Anugerah

Hadiah Sastera JHS: Puisi Nyamuk (1979); Hadiah Sastera JHS: Puisi Udara (1981); Hadiah Sastera (Penghargaan) JHS:Puisi  Sebuah Pondok Tua (1985); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Puisi Tikus (1997); Hadiah Pertama Sayembara Cerpen Nasional NBDCS: Cerpen Panas Tanahnya (1986); Puisinya bertajuk Nyamuk dipilih oleh NAC dan dipamerkan di dalam gerabak MRT pada tahun 1996 untuk projek ‘Poetry in MRT’ tajaan Bank OCBC.

Author:

This author has published 42 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply