Abdul Salam Ayob

January 7, 2011 | Author: | Posted in A

ABDUL SALAM AYOB juga dikenali sebagai A. Salam menggunakan nama pena A.Affan Segamat; Abdul Salam Affandi; Abdul Salam; Surya Nagara; Adi Negara dan Anjar. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1919 di Parit Besar, Muar, Johor. Beliau berhijrah ke Singapura. Pernah bertugas di Hospital Singapura; dan sebagai seorang guru pelatih. Beliau mula menulis pada tahun 1936. Beliau aktif dalam bidang puisi, cerpen, esei sastera. Penulisan beliau diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu; serta majalah Warna Malaya; Warta Ahad; dan Jenaka.

Karya

Gelanggang Hidup. Singapura: Pustaka Melayu, 1962; Tiga Warna Bertemu(Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.

Pencapaian/Anugerah
_

Author:

This author has published 28 articles so far. More info about the author is coming soon.

Leave a Reply