Comments for Angkatan Sasterawan '50

Comment on KONVENSYEN PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA KE-XVI & SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA DAN SASTERA KE II by tiub bocor
Selamat layari dan ikuti setiap hari blog: Tiub bocor.blogspot.com (sedih kegiatan bahasa dan kesusasteraan Melayu kini amat terpinggir dan tidak dihebakan seperti dahulu.

Comment on HIPOKRASI by sitinoraishasenin
Daripada Kamus Dewan edisi keempat, hipokrit membawa maksud (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik. "Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta" (63:1)Isu mengenai hipokrasi dan kemunafikan sudah pun terdapat dalam Al-Quran, lantas menjadikannya sesuatu yang nyata.   Mengenai sejauhmana persoalan dalam drama "Waktu Sesudah Itu" merupakan sesuatu yang nyata dapat dilihat pada perubahan sikap watak Bidin terhadap Hindun.  Manusia boleh mengubah sikap dengan sekelip mata oleh kerana tamakkan harta dan darjat.  Bidin yang pada mulanya amat benci dengan Hindun sehingga menghalau Hindun keluar dari kedai kopinya tiba-tiba berubah menjadi baik kepada Hindun setelah mengetahui Hindun merupakan srikandi negara dan akan dikurniakan darjat dan harta yang banyak.  Sikap hipokrit ini begitu ketara dalam drama ini.  Selain Bidin, watak anak Hindun, Hassan turut merupakan watak hipokrit yang mana dia mengaku bahawasanya dia merupakan anak Hindun hanya setelah mengetahui Hindun akan dianugerahkan harta yang banyak.  Penduduk setinggan di kawasan perumahan Hindun turut merupakan golongan hipokrit.  Pada mulanya, ramai yang menyokong tindakan Bidin untuk membakar rumah Hindun tetapi setelah Hindun dicam sebagai srikandi negara, mereka menyanjungi Hindun.  Perubahan sikap ini jelas diperlihatkan dalam drama "Waktu Sesudah Itu".  Hipokrasi ini turut dapat dilihat dalam keadaan sehari-harian, lantas menjadikannya sesuatu yang yang berlandaskan realiti.  Sebagai contoh, Allahyarham P.Ramlee yang pada masa hidupnya, beliau dikecam oleh orang media di Kuala Lumpur sehingga beliau menghasilkan lagu "Airmata di Kuala Lumpur".  Namun demikian, hanya setelah kematiannya, beliau diberikan darjat dan dialu-alukan sebagai seniman agung di Malaysia.  Siti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

Comment on HIPOKRASI by Nur Syazwani♥
“Money makes the world go round.”Seperti pepatah Inggeris di atas, sesungguhnya, manusia ini tamak dan haloba. Kita dipenuhi dengan nafsu yang senantiasa tidak puas. Apabila tahap ketidakpuasan itu sampai ke suatu tahap yang berlebihan, ianya membuat manusia lupa akan nilai kemanusiaan itu sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu yang diingini. Ini termasuk membunuh dan sebagainya.Sama seperti drama ‘Waktu Sesudah Itu’, watak-watak yang hipokrit ini, adalah jenis manusia yang wujud dalam alam nyata yang sanggup bertopengan di hadapan orang ramai semata-mata kerana keinginan mereka yang melampaui batas nilai kemanusiaan. Jenis manusia yang hipokrit ini seringkali mempunyai sifat mementingkan diri sendiri yang teramat banyak sehingga kesengsaraan orang menjadi kesenangan di mata mereka.Manusia sebegini patut dihina dan dikecam kerana kejayaan mereka bermula daripada penipuan dalam diri mereka sendiri. Sejujurnya, drama ini adalah realiti. Inilah yang berlaku pada zaman kini terhadap golongan tua yang mempunyai atau meninggalkan harta di belakang hari. Wang seperti menggelapkan mata manusia akan kepentingan kasih dan sayang serta sifat keperimanusiaan.Hakikatnya, watak Hindun, anak Hindun dan Bidin, adalah contoh jenis manusia yang wujud dalam dunia Melayu ini. Semua hanya mengejarkan kesenangan sehingga alpa akan erti nilai kemanusiaan itu sehingga menanam sikap hipokrasi bagi mendaki tangga kejayaan. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa setiap karya bertujuan memaparkan isu sebenar yang sedang berlaku dalam dunia realiti dan sesungguhnya drama fiksyen ini adalah tafsiran dan penceritaan daripada alam realisme itu sendiri.Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

Comment on HIPOKRASI by sally
Hipokrasi telah menjadi lumrah kepada bangsa Melayu zaman ini. Hiprokasi atau perbuatan berpura-pura baik adalah satu sikap manusia di dalam diri mereka sendiri kerana mereka ada tujuan atau motif tertentu untuk mendapat sesuatu yang mereka inginkan.Seperti di dalam drama 'Waktu Sesudah Itu', memaparkan seorang wanita tua yang bernama Hindun. Dia mempunyai sifat kegila-gilaan dan agak nyanyk, tetapi beliau masih waras.  Contohnya adalah beliau sering mengutip puntung rokok untuk diadun semula menjadi sebatang rokok yang baharu.  Perbuatan gigik ini membuat orang seperti Bidin menggangap Hindun kotor.  Hindun ingin mencabar fikiran orang Melayu bahawasanya orang ramai boleh terima dengan perbuatannya itu. Walaupun begitu, Karim berhati baik dan tetap menghormati Hindun tanpa mengira keadaan serta perubahan nasib Hindun itu.Walau bagaimanapun, Karim tahu bahawa Hindun adalah seorang wira yang terkenal daripada gambar yang diberikan oleh Yang Berhormat.  Hindun juga adalah seorang yang kaya dalam harta serta ilmu pengetahuan.  Selepas Bidin mendapat tahu hal sebenar tentang Hindun yang sebenar, Bidin tiba-tiba bersikap baik terhadap Hindun.  Tujuan Bidin adalah untuk mendapatkan harta-benda Hindun.  Walau bagaimanapun, Hindun tahu perubahan sikap Bidin terhadapnya tetapi beliau tidak menghiraukannya.  Persoalan yang dikemukakan ini adalah benar kerana drama ini mengenai kemanusiaan sejagat.  Ia dapat dilihat bahawa manusia yang miskin akan dihina oleh segolongan anggota masyarakat.  Namun demikian, masih ada juga yang berhati mulia untuk menolong insan yang tidak berdaya.  Selain itu, Hindun telah dihina sebagai “anjing” ketika hidup miskin dan melarat.  Dia pernah diusir oleh Bidin dari kedai kopinya itu.  Sikap Bidin berubah dan menggangap Hindun sebagai emak saudaranya agar pengiktirafan dan hadiah lumayan.  Penulis ingin pembaca tahu bahawa hal hipokrasi ini memangnya berlaku.  Penulis juga ingin menggambarkan cerminan masyarakat Melayu yang sebenar agar orang-orang lain berwaspada bahawa orang seperti Bidin pun wujud di muka bumi ini.Siti Salmah Binte HamidS0900020D

Comment on HIPOKRASI by Sitti Maisarah
Banyak watak dalam sejarah masyarakat Melayu dapat diperolehi dalam drama Waktu Sesudah Itu. Ia mengisahkan watak yang pernah menyumbang kepada masyarakat apatah lagi negara tetapi tidak diberi nama dan tidak dilayan dengan baik. Hipokrasi pula mula timbul setelah watak yang dihina mendapat nama dan harta yang melimpah ruah, mengaku diri sebagai saudara.Ini berlaku sama seperti Allahyarham P. Ramlee. Beliau diberi pangkat Dato' hanya selepas beliau mati dan beliau benar-benar dihargai dan disanjungi setelah dia ke alam kubur. Ini merupakan layanan kepada mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk negara dan masyarakat.Hipokrasi. Hipokrasi adalah sesuatu perkara yang lazim ada dalam diri tiap-tiap seseorang. Ada orang yang hipokrasi kerana tidak mahu kehilangan kawan dan dalam menghormati orang yang tidak disukainya itu, dia terpaksa pura-pura menyukai orang itu agar tidak menyakiti hati orang tersebut. Ada juga orang yang bersifat hipokrasi hanya untuk mendapat kebaikan dan manfaat diri sendiri daripada orang tersebut. Justeru, persoala hipokrasi dan plot drama Waktu Sesudah Itu merupakan satu realisme dalam kehidupan dan ia berjaya dipaparkan dalam drama tersebut. Realiti kehidupan bukan semuanya indah dan baik.Sitti Maisarah binte Abu BakarS0900021A