Blog / News

News: Projek Buku Singapura 2017 | Tarik tutup – 20 Februari 2017

Posted by:

Update1ProjekBukuSalam penulis budiman yang amat kami hormati,

Selamat Tahun Baru 2017. Semoga tahun baru ini menambah lagi kekreatifan kita dan meningkatkan lagi kedudukan kita di sisiNya, InsyaAllah.

Pihak Asas ’50 sekadar mengingatkan tentang usaha pengumpulan karya bagi 2017 yang sedang berjalan tika ini. Kami sangat berharap agar para penulis budiman dapatlah kirannya mengirimkan karya-karya tersebut selewatnya pertengahan bulan Februari ini.

Temanya ialah persoalan sekitar tahun 1965-1980. Ia boleh ditulis dalam pelbagai pendekatan sama ada sejarah, meta fiksyen, sci-fi atau futuristik, dan seumpamanya. Ia juga boleh ditulis dengan mewujudkan unsur-unsur yang berkaitan dengan tema dalam penulisan.

Para penulis boleh hubungi kami sekiranya timbul sebarang kemusykilan.

Terima kasih.

Salam
Panitia Projek Buku Singapura 2017

0