Blog / News

PROJEK BUKU KUMPULAN PUISI DAN CERPEN 2016

Posted by:

PROJEK BUKU KUMPULAN PUISI DAN CERPEN 2016

ANGKATAN SASTERAWAN ‘50

Asas ’50 mengorak langkah menerbitkan kumpulan karya segenap penulis Singapura bermula dengan projek SG50 2015. Koleksi pertama bertajuk “Di Bawah Langit Tanah Pertiwi” mengumpulkan 110 karya penulis berbilang generasi telah selamat dilancarkan pada 31 Oktober 2015.

Pengalaman usaha SG50 membuktikan bahawa perlunya ada usaha pendokumentasian yang konsisten setiap tahun dalam merakamkan pengalaman rakyat Singapura dalam bentuk karya kreatif. Maka, Asas ’50 bertekad meneruskan usaha murni ini dan menjadi institusi yang memahatkan legasi bangsa, bahasa dan penulis tempatan bagi rujukan masa depan.

Bagi tahun 2016, Asas ’50 sekali lagi mengundang semua penulis Melayu Singapura untuk menyumbang 2 puisi atau 1 cerpen sahaja.

Tema bagi penerbitan tahun ini berligar sekitar ‘Zaman 1950 hingga 1965’. Isu-isu dan perkembangan semasa zaman yang penuh dengan gejolak sosial, ekonomi, politik, bahasa dan bangsa mahupun persuratan boleh direalisasikan dalam bentuk kreatif. Zaman tersebut menyaksikan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, rusuhan, perpisahan Singapura daripada Malaysia, penerbitan filem-filem P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Pop Yeh-Yeh, pembukaan sekolah-sekolah Melayu, bermulanya penempatan Melayu yang besar di Jalan Eunos/Kaki Bukit, dan bermacam lagi persoalan yang boleh diketengahkan untuk tatapan pembaca dan pengkaji.

Penulis digalakkan meneroka kepelbagaian dalam penulisan seperti meta-fiksyen, historiografi, sci-fi, jurnalisme baru, realisme magis, satira, satira komedi dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan beberapa garispandu yang perlu dipatuhi penulis :

  1. Hanya karya yang belum diterbitkan sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Karya yang sesuai dengan tema yang disarankan.
  3. Karya ditaip dengan menggunakan fon 12 Times New Roman, 1.5 langkau.
  4. Karya perlu diemelkan kepada panitia projek di emel pitchay@gmail.com
  5. Setiap penyertaan perlu dihantar kepada pihak panitia selewatnya 31 Mei 2016.

Setiap penulis akan diberikan 5 naskah buku secara percuma berupa honorarium bagi karya yang diterbitkan. Terima kasih atas sokongan padu anda dalam memakmurkan persuratan tanah air yang tercinta.

 

Panitia
Projek Asas50@Dokumentasi
DOKUMEN PAUTAN MASA DEPAN

BUKU2016

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5

0

Add a Comment