Blog / News

SIMPOSIUM PENULIS SINGAPURA 2015

Posted by:

SIMPOSIUM PENULIS SINGAPURA 2015

SIMPOSIUM PENULIS SINGAPURA 2015
Pertemuan Penulis Melayu Singapura Rentas Generasi

Anjuran Angkatan Sasterawan ‘50 dengan sokongan SG50 Celebration Fund, Taman Warisan Melayu Singapura, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakkan Bahasa Melayu, Majlis Ugama Islam Singapura, dan Yayasan Lee.

 

Tema:               Menjana Penulis Rentas Generasi
Tarikh:             Sabtu 31 Oktober 2015
Tempat:           Taman Warisan Melayu Singapura
Waktu:             11.00 pagi hingga 5.30 ptg

Aturcara

11.00 – 12.30 tgh         Perkongsian Penulis dan Media Massa
12.30 – 2.00 ptg           Makan Tengahari dan Rehat
2.00 – 3.45 ptg          Forum Penulis
3.45 – 5.30 ptg          Majlis Pelancaran Buku ‘Di Bawah Langit Tanah Pertiwi’

 

Pertanyaan:      96652644/90850824 atau asba47@gmail.com
Acara ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma.

 

Latarbelakang Acara

Acara ini bertujuan menjana idea dan saranan bagi mereka masa depan penulisan Melayu Singapura dalam masa yang sama meninjau ruang dan peluang bagi penulis masa kini untuk membangunkan bakat mereka dan menjalinkan hubungan yang luas dengan para penulis lain di dalam dan luar negara.

Fokus utama simposium ini ialah meninjau satu jaringan sosial penulis Singapura yang luas dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Fokus ini menggarap kerjasama semua pihak khususnya dalam kalangan penulis sendiri.

 

Perkongsian Penulis dan Media Massa

Acara ini bertujuan mendapatkan perkongsian oleh beberapa penulis yang sudah berjaya menghasilkan karya mereka serta memasarkan karya tersebut. Ia juga melibatkan perkongsian oleh pihak media massa dan penerbit mengenai karya yang berpotensi untuk diterbitkan.

 

Forum Penulis

Forum ini bertujuan mendapatkan laporbalik daripada masyarakat penulis dan masyarakat umum mengenai cara bergerak ke hadapan dalam menyediakan lebih banyak platform bagi sastera Melayu di Singapura khususnya. Ia akan dipengerusikan oleh seorang moderator dan 3 orang ahli panel. Ia bersifat santai dan dwihala.

 

Majlis Pelancaran Buku ‘Di Bawah Langit Tanah Pertiwi’

Asas ’50 telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Di Bawah Langit Tanah Pertiwi  yang mengumpulkan 109 karya kreatif yang baru diterbitkan daripada 67 orang penulis tempatan dari usia awal 20-an hingga 90-an. Karya-karya bermutu dalam bentuk sajak dan cerpen ini merupakan hasil karya semua penulis Tun Seri Lanang dan juga para penggiat sastera dewasa ini. Buku ini membekalkan khazanah penulis mapan dan para penulis generasi seterusnya. Buku setebal 368 halaman ini akan dilancarkan sempena dengan Simposium Penulis Singapura yang bakal berlangsung.

 

Rangkaian Penulis di Media Sosial

Rangkaian Penulis Singapura (RPS) sedang diusahakan dalam pelbagai platform media sosial untuk menyatukan para penulis Singapura agara mereka mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa dalam dunia persuratan dan peluang-peluang penulisan dan penerbitan.

 

0

Add a Comment