Blog / News

Wasiat Mohamed Latiff Mohamed (Penuh)

Posted by:

 

WASIAT BUAT MLM

Mohamed Latiff Mohamed merupakan sasterawan ulung Singapura dan anggota jawatankuasa Asas’50 yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan sastera Singapura. Beliau merupakan guru, mentor, dan inspirasi kepada ramai penulis dan aktivis tempatan. Beliau juga seorang pejuang bangsa Melayu yang banyak melahirkan karya-karya yang cuba menyedarkan mereka tentang upaya dan kemampuan mereka. Kini beliau akan berhijrah ke negara lain setelah lebih 50 tahun berjuang di tanah watan.

Pihak Asas’50 ingin mengundang para penulis, pelajar mahupun teman atau peminat Mohamed Latiff Mohamed untuk merakamkan penulisan dalam bentuk sajak, pojok, anekdot, puisi, esei ringkas dan sebagainya dalam memperingati jasa dan sumbangan beliau. Penulisan boleh dikirimkan dalam format berikut: tidak melebihi satu muka surat kertas A4, Font 12 Times New Roman tanpa langkau.

Penulisan hendaklah diemelkan selewat-lewatnya 1 Februari 2015 ke alamat: ariffrizwansahab@gmail.com

 

 

0

Add a Comment