Blog / News

Singapore Writer’s Festival 2012

Posted by:

Singapore Writer’s Festival 2012

Pesta Penulis Singapura (Singapore Writers Festival – SWF) merupakan salah sebuah acara persuratan Asia yang terpenting, dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan. Dimulakan pada 1986, pesta ini berfungsi serampang dua mata iaitu memperkenalkan penulisan orang Singapura dan Asia yang baharu dan mula bertunas kepada khalayak antarabangsa, selain mengenalkan bakat-bakat persuratan dunia yang utama kepada orang Singapura.

Daripada Halaman Buku: A untuk Alfa 

Setiap yang ada itu sememangnya mempunyai titik permulaannya. Di mana letaknya permulaan sesuatu yang tertulis itu, pada saat idea diteroka atau ditulis? Di manakah keistimewaan sesuatu yang tertulis itu, pada huruf pertamanya atau terakhir? Apakah jentera utama yang menggerakkan sang penulis? Identiti, budaya, ruang atau bahasa? Ikutilah sesi penerokaan “A untuk Alfa” untuk menyelami pemikiran dan pencernaan ilham para penulis muda kita yang giat menceburi bidang novel, cerpen dan puisi dalam sesi santai yang bakal diadakan sempena Pesta Penulis Singapura 2012.

Diselenggarakan oleh Angkatan Sasterawan ’50.

9 Nov 2012 (Jumaat)
7.30 mlm – 9 mlm

Big Steps, School of Information Systems,
Singapore Management University 

 

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai SWF 2012, sila lungsuri  http://www.singaporewritersfestival.com/download/SWF Programme 2012.pdf.

 

0

Add a Comment