Blog / News

KONVENSYEN PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA KE-XVI & SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA DAN SASTERA KE II

Posted by:

20-21 Mei 2011 @ FURAMA CITY CENTER

ANJURAN
Angkatan Sasterawan ‘50

TAJAAN
Majlis Seni Kebangsaan (NAC)
Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC)

SOKONGAN
Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Angkatan Sasterawan Brunei Darussalam (ASTERAWANI)
Badan Perkembangan Bahasa Indonesia

LATAR PSN
Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) pertama dirintis oleh Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ‘50) di Singapura pada 24 Disember 1977. Sejak itu, ia menjadi satu gerakan persuratan di seluruh rantau ini. Kali kedua ialah PSN VII yang diadakan pada 1-4 Jun 1991 dan kali ketiga ia diadakan di Singapura pada tahun 2003 dan PSN XVI merupakan kali keempat yang berlangsung di Singapura.

‘Kembali kepada Akar Menjana Paradigma Baharu’ merupakan tema kali ini yang menghimpun pelbagai pandangan dan pendekatan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran di Singapura yang wajar dijanakan untuk menyesuaikan dengan keperluan kurikulum masa kini. Ia juga meninjau strategi dan persediaan dalam memastikan bahasa dan sastera Melayu dapat menyerlah sebagai unsur-unsur membina yang perlu ditanamkan bagi generasi masa depan. Sidang kali ini menyaksikan lebih daripada 20 makalah serta ucapan utama yang akan dibentangkan dalam sidang dua hari ini. Para pemakalah dari Brunei, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura akan terlibat. Memandangkan aspek pendidikan bahasa dan sastera amat utama, maka sidang kali ini akan menampilkan:

  • cara apresiasi bahasa dan sastera sebagai mata pelajaran utama dan juga sebagai mata pelajar pilihan (elektif);
  • persedian guru dari segi latihan dan perisian (sofwe),
  • program bahasa dan sastera secara awam.
  • rancangan mempopularkan bahasa dan sastera Melayu di peringkat antarabangsa,
  • proses penglahiran dan pemupukan sasterawan – peranan badan penulis, swasta dan pemerintah,
  • promosi bahasa dan sastera Melayu di pasaran serantau dan jagat menerusi internet, pesta buku dan kegiatan antarabangsa.

Selain pembentangan makalah, sidang akan diisi dengan Forum Sasterawan Mapan demi bertukar pandangan mengenai visi dan langkah selanjutnya.

KONVENSYEN PSN XVI

0

Add a Comment