Blog / News

DOA SEORANG PEMIMPIN

Posted by:

Inikah keadilan
satu negara dibedil dunia
sedang dunia tiada hak ke atasnya

Inikah keadilan
satu negara dihujani peluru
sedang dunia tiada hak ke atasnya
Inikah keadilan
dengan pantas dunia menyerang tanpa ikhsan
akan satu desakan pemberontakan
demi satu pembaharuan kepimpinan

Sedang negara lain lebih curang
lebih garang, lebih berang
menyerang dan menenggelamkan
memperkosa hak kemanusiaan
tapi dunia hanya berbicara
hanya berkata – kita adakan sekatan

Walhal negara tadi dihancurkan kuasa dunia
tanpa berfikir panjang
tanpa tolak ansur
inikah keadilan

Dunia kini dipimpin durjana-durjana
yang dahagakan minyak
demi kestabilan dunia
demi keempokan kedudukan
demi kecintaan kepada kebebasan dunia
Kini kuhimpun sepuluh jari
telah Kau janjikan
doa yang teraniaya akan dimakbulkan
datanglah gempa menggegar durjana
silalah tsunami menenggelami durjana
jangan kau biarkan durjana menjana kedurjanaan
berilah maruah kepada bangsa yang berduka.
Mohamed Pitchay Gani BMAA
23 Mac 2011
2.30 ptg
Tampines
10

Discussion

  1. Nur Syazwani♥  March 24, 2011

    PenamakManusia tidak pernah cukupNilai kemanusiaan hancur luluhDitelan sang halobaDunia bakal terbalikKerna pemimpin durjanaKesengsaraan adalah abadiPada yang tiada berkuasaTerus ditindasDilenyek dan dihenyakBegitulah hakikat hidupManusia penamakNur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  2. sitinoraishasenin  March 24, 2011

    Deja VuKeadilan hanya perkataanyang dibincangkan tiada aksi, tiada yang menegakkanKekata kosongBantahan kosongMereka duduk di meja bulatKononnya meja perdamaian duniaMengapa tiada serangan atas negara lainYang turut memberontakYang turut bercakaranKeadilan tidak dihiraukanAsalkan kemewahan dalam genggamanSesiapa sahaja dibedilnyaMengikut sesuka hatiDeja Vu keadaan IraqKuasa dunia mengambil kesempatanAtas dasar tamakkan hasil minyakDemi kepentingan sendiriKeadilan ditolak tepi.Siti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  3. shahedabintalib  March 24, 2011

    Warkah Seorang PemimpinPemimpinKau diberi kuasa mutlakKau diberi ketinggian ilmuMempertahankan hak Menerajui bangsamuPemimpinPabila rakyat meraba-rabaMengeluh dan meranaKau yang berwibawaBingkas bangun menjadi wiraNamun….PemimpinKau hanyalah tamak halobaMerentap hak dengan rakusnyaMembuat rakyat penuh hibaMemberontak tanpa segan silunyaPemimpinKezalimanmu ditutupiKekuasaanmu dimegahiKeberkesananmu diraguiAkhirnya kepercayaan itu hilang pergiShaheda SalimS0900016K

    (reply)
  4. sally  March 24, 2011

    Pemimpin Yang Melahirkan PemimpinPemimpinYang mengadakan perundinganAgar memperbaiki hubungan negaraUntuk mengelak peperanganPemimpinYang mempertahankan maruahUntuk memperkukuhkan kedudukannyaMenambahkan sayang daripada rakyatnyaPemimpinYang besar dari segi kuasaMenumpukan kepada kewanganSerta kemodenan negaraPemimpinYang kemaruh kekuasanTidak ada senang bebasLama-kelamaan termakan diri sendiriSiti Salmah BInte HamidS0900020D

    (reply)
  5. shashasha affan  March 24, 2011

    TuliPabila rakyatmu bersuaraBerikan keadilan yang saksama pada setiap bangsa Kerna barulah mereka tidak terasaTerbiar, tersingkir, tercicir.Pabila bangsamu bersuaraBerikan pemimpin yang bertanggungjawabAtas bangsanyaKerna itulah harapan merekaSekian lamaPabila kedua-duanya bersuaraHendaklah kamu laksanakannyaMalangnyaKamu bersikap apatetik, ingkar dan bebal Apalah nasib merekaHanya boleh bersuaraManakala kamuTetap membisu tuliShahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  6. Sitti Maisarah  March 24, 2011

    FIR'AUN SEBAGAI PEMIMPINSetelah puas identiti kami kau ragut,setelah puas tenaga kami kau resap,setelah puas kepercayaan kami kau pesong,akhirnya,kau mengaku diri Tuhandanmemperhambakan kami.Kau zalim!Kau dayus!Kaulah dajjal!Kami diperhambakan tanpa rela.Moga kau sedarKauTak layak jadi pemimpin!Sitti Maisarah binte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  7. Hairani Asri  March 24, 2011

    Pemimpin yang perlu dipimpinPemimpin,yang buta dibutakan,yang pekak dipekakkan,yang kaya diperkayakan,yang miskin dimiskinkan,yang bodoh diperbodohkan,yang pandai dipandai-pandaikan,yang berhak ditindas,yang adil diperlekehkan,yang hidup dimatikan.Hairani AsriS0900006A

    (reply)
  8. Abdul  March 24, 2011

    Nilai KemanusiaanPemimpin,Wajarlah engkau memimpindenganPengertian dan tanggapan setajam pisauTidak sesekali mengaku kalah menyerah nasibIlmu pengetahuan seluas lautanKebersihan jiwaDaya penggerak dan semangat perjuangan yang hebatAbdul Fattah Bin Abdul RahimS0900001E

    (reply)
  9. Ariff Rizwan Sahab  March 24, 2011

    Pemimpin Dipimpin Pemimpin Pemimpin yang memimpinjuga dipimpin pemimpin duniadipilih rakyat biasadirestu raja rajatidak mustahil diguling batalion tenterakerana zalim mereka yang selembut suterabicara kata merekabak butiran butiran mutiaralicik sikap merekaseperti ular beludakdan telusnya seperti merpatihanyalah idaman dan mimpirakyat yang menantisudah bergenerasi-generasisehingga hari inirakyat tertanya-tanyaapakah pemimpin merekaseorang pemimpin yang tegak berdiri memimpin atau hanya seorang pemimpin yang dipimpin pemimpin.Ariff Rizwan SahabNS0900003K

    (reply)
  10. Shahirah Samsudin  March 24, 2011

    Memimpin PemimpinTersebutlah kisah satu ceritacerita-cerita disebalik ceritacerita tentang cita-citacita-cita yang penuh ceritaPemimpin memimpin pengikutPengikut mengikut pemimpinpengikut dipimpin pemimpinyang menunggu pimpinan lain pemimpintidak ku sangka dunia terbalikbukan sahajaPemimpin dipimpin pemimpinMalahPengikut memimpin pemimpinapakah si pemimpin benar-benar memimpin?Atau dunia perlu memimpin pemimpin?Status Bangsa Kita:Pimpinan pemimpin yang sibuk meminping pemimpin lain tapi sama sekali tidak memimpinpengikut. Itulah kisah pemimpin kita. Shahirah samsudinS0900017G

    (reply)

Add a Comment