Blog / News

NATIONALISME TERPIMPIN

Posted by:

Nationalisme merupakan satu prinsip yang penting bagi satu-satu bangsa untuk terus hidup dengan penuh kepuasan. Tanpa nasionalisme manusia itu adalah sebatang pohon yang tidak mampu mempertahankan diri daripada pukulan sang bayu dan cengkaman sang mentari apatahlagi serangan sang serangga. Nationalisme memastikan bahawa sang bayu, mentari dan serangga memohon izin sebelum mendodoi dedaunnya, memberi makan kepada dedaunnya dan membersih-suburkan dedaunnya.

Manusia yang bijak harus sentiasa sedar tentang harga dan maruah diri seperti yang digerakkan sendiri oleh pemerintah. Kita lihat bagaimana Singapura menentang negara-negara besar apabila berhadapan dengan isu Pulau Batu Putih dengan kebijaksanaannya, membangun pulau kosong kepada bandar dunia pertama dengan ilmunya dan mematikan isu air dengan teknologinya. Ini nasionalisme kerana mementingkan bangsa Singapura agar tidak dianiaya oleh mana-mana pihak akan haknya. Inilah namannya nasionalisme terpimpin.

Bagaimanakah bangsa kita boleh mengambil ikhtibar daripada pragmatisme ini?
For the strength of the Pack is the Wolf and the strength of the Wolf is the Pact
– Rudyard Kipling
12

Discussion

  1. Ariff Rizwan Sahab  March 21, 2011

    Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Semasa zaman penjajahan berabad lalu, perjuangan nasionalisme, misalnya pejuangan Melayu Raya sering dikaitkan dengan golongan-golongan radikal seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan sebagainya. Namun, gerakkan nasionalisme seperti ini bukan satu langkah pragmatik.Bangsa kita harus bangun dari leka alam romantisme mereka. Sesuatu harus dilakukan untuk mempertahankan kedaulatan banga. Misalnya, memperjuangkan bahasa di mata dunia. Ini boleh dilakukan dengan mempersembahkan kertas kerja dan kajian-kajian terhadap bangsa Melayu di persidangan dunia. Jikalau KMM, PKMM dan AWAS memperjuangkan kedaulatan bangsa menggunakan tenaga, bangsa Melayu hari ini harus mempertahankan kedaulatan bangsa menggunakan intelektual. Bangsa Melayu harus bangkit dan menanam benih benih intelektualisme dalam diri, dibaja dengan nilai budaya, supaya benih benih ini dapat mekar menjadi bunga yang subur dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa.

    (reply)
  2. Nur Syazwani♥  March 21, 2011

    Zaman kini dipengaruhi dengan bahan media yang banyak mempamerkan penggunaan Bahasa Inggeris dan oleh sebab, keserasian dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris, anak Melayu alpa dan mengira bahawa bertutur dalam Bahasa Melayu itu janggal. Singapura adalah negara yang amat maju dalam segi ekonominya dengan berhubunganan rapat dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan ini membawa masuk pengaruh Barat yang amat ketara di Singapura. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa pengantar di Singapura, lantas ianya lebih mudah dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, Bahasa Inggeris juga adalah sebagai ‘lingua franca’ di seluruh dunia bagi menyenangkan komunikasi antara satu sama lain. Bangsa Melayu di Singapura, tidak dapat dinafikan bahawa kita sudah kehilangan mercu tanda kita. Segala hak yang kita miliki dahulu telah diragut oleh pemerintah. Namun demikian, harus juga dipertimbangkan keadaan Melayu Singapura yang masih lagi hidup dalam kemewahan dan bawah kepimpinan mereka. Kita masih punya rumah, pekerjaan, pendidikan dan sebagainya. Hanya maruah identiti Melayu itu yang dirampas. Sikap orang Melayu yang mungkin terlalu cepat mendapat suatu kepuasan daripada suatu keselesaan yang membuat kita tidak begitu patriotik akan bahasa dan bangsa. Walauapapun, kehilangan mercu tanda orang Melayu di Singapura tidak menyusahkan orang Melayu di Singapura jika dibandingkan dengan orang Melayu di Malaysia. Walaupun kita adalah rakyat minoriti, tetapi kita tetap dipelihara oleh menteri-menteri kita. Lantas, walau sedih dengan diragutnya mercu tanda orang Melayu, kita masih bernasib baik kerana memiliki pemimpin yang bijak memimpin.Justeru dengan pernyataan ini, dapat dirumuskan bahawa bangsa Melayu hanya boleh bergabung dan memperkuatkan bangsa Melayu, melalui sastera dan bahasanya kerana bahasalah yang melambangkan bangsa. Sifat nasionalisme dalam diri orang Melayu itu kurang. Bersatu padu itu penting bagi meningkatkan lagi taraf bangsa itu sendiri. Kalau tidak orang Melayu membantu orang Melayu yang lain, siapa lagi?Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  3. shahedabintalib  March 21, 2011

    Iktibar yang dapat dicungkil ialah sebagai bangsa Melayu, kita harus mempertahankan hak kita daripada terus-menerus ditindas dan diperkotak-katikkan. Realitinya, masyarakat memandang orang Melayu sebagai satu kaum yang mundur dan lemah. Pemikiran ini diambil lantas melalui prestasi kita yang sememangnya menjurus terkebelakang dari segi pendidikan, status kehidupan namun demikian, tangga teratas bagi masalah sosial. Oleh itu, jika kita kibarkan semangat nasionalisme di dalam setiap jiwa orang Melayu, kita mampu bersatu dan menaikkan kembali taraf orang-orang Melayu di Singapura.Selain itu, para pemimpin serta organisasi Melayu yang tertentu haruslah mengorak langkah dan memikirkan langkah-langkah untuk membantu orang Melayu agar mereka bingkas dan merebut setiap peluang yang ada untuk mengubah segala tanggapan negatif dan merubah persepsi masyarakat mengenai orang Melayu. Konotasi klise seperti orang Melayu mundur dari segi pendidikan harus diubah. Budaya kita pula seringkali dijajah oleh orang bukan Melayu. Lihat sahaja pengkaji-pengkaji yang tersohor di Barat. Mereka sunggh tertarik mengkaji bahan dan budaya Melayu namun demikian, orang Melayu sendiri tidak menghiraukan tentang hal itu. Mereka juga tidak mengambil iktibar daripada sejarah silam kita. Oleh sebab kelembutan dan kebaikan kita, kita telah hilang hak sebagai peribumi. Sejarah kehilangan Singapura ke tangan penjajah dianggap hanyalah sebagai satu cerita. Mereka harus bingkas dan lihat kembali kesalahan yang telah dilakukan dan bersatu untuk membangunkan bangsa mereka sendiri. Mereka tidak boleh membiarkan bangsa lain menindas dan mengutuk mereka lagi.Shaheda SalimS0900016K

    (reply)
  4. Sitti Maisarah  March 21, 2011

    Pragmatisme ialah melakukan sesuatu perkara secara praktikal untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun melakukan suatu inisiatif. Melalui cara nasionalisme yang dipamerkan di atas, bangsa kita boleh mengambil ikhtibar dari pragmatisme ini kerana ia dapat mengasilkan aspek mekanisme dalam diri manusia.Mekanisme ini bermaksud cara sesuatu atau seseorang bekerja dan cara ia dibuat. Kewujudan mekanisme dalam diri manusia menunjukkan kelayakan seseorang itu untuk menjadi seorang pemimpin kerana seorang pemimpin harus mempunyai nasionalisme, mekanisme dan pragmatisme.Satu contoh yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai idola, contoh dan inspirasi tiap insan di dunia ialah Nabi Muhammad SAW kerana beliau mempunyai mekanisme yang tinggi dan dengan menggunakan mekanisme ini, beliau merupakan seorang pemimpin yang amat strategik dan berjaya. Mekanisme merupakan satu inisiatif dari seseorang dan ia membolehkan seseorang itu bertindak dengan pantas seandainya ada sesuatu yang berlaku.Justeru, selain nasionalisme, mekanisme juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk negara. Mekanisme merupkan satu prinsip yang penting bagi satu-satu bangsa untuk terus hidup dengan penuh kepuasan. Tanpa mekanisme, manusia itu diibaratkan sebagai sebuah patung yang hanya mengikut perintah dan arahan orang lain bagaikan lembu dicucuk hidungnya.Sitti Maisarah binte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  5. shashasha affan  March 21, 2011

    Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan,tempat berlindung kehujanan- yang membawa maksud pemimpin yang menjadi penaung dan pelindung kepada anak buahnya. Istilah nasionalisme menurut Kamus Dewan, ialah 1.perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Bangsa Melayu khususnya daripada Singapura seharusnya mengambil iktibar daripada pragmatisme sedemikian kerana sekiranya ia mahu bangsanya maju ke hadapan dan bersaing dengan masyarakat Cina dan India, maka ia harus mengambil langkah tersebut. Namun demikian, pemimpin-pemimpin Melayu harus mengorak langkah agar bangsanya juga dapat melihatnya sebagai satu ikon positif yang boleh dicontohi. Oleh yang demikian, seorang pemimpin memainkan peranan penting dalam membangunkan identiti bangsanya.Sikap mementingkan diri sendiri seharusnya dimatikan kerana pemimpin merupakan representasi bangsa. Bangsanya harus menjadi tumpuan utama barulah dirinya.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  6. sitinoraishasenin  March 21, 2011

    Masyarakat Melayu Singapura merupakan golongan minoriti. Lantaran itu, nasionalisme terpimpin diperlukan masyarakat agar dapat membangun sebagai bangsa minoriti yang boleh dibanggakan bukan sahaja secara nasional tetapi di peringkat dunia. Selain Singapura, golongan African American di Amerika Syarikat boleh digunakan sebagai contoh pembangunan sesebuah bangsa akibat nasionalisme terpimpin. Golongan African American telah berjaya meloloskan diri daripada cengkaman diskriminasi yang membelenggu masyarakat ini untuk berdekad lamanya. Mereka mempunyai para pemimpin yang berjiwa masyarakat dan ingin mempertegakkan bangsa, sebagai contoh, Malcolm X, Obama dan Martin Luther King. Mereka turut menggunakan pendidikan untuk memacu pembangunan bangsa agar separa dengan golongan majoriti. Nasionalisme bangsa yang ditonjolkan golongan African American sesuai dijadikan contoh perjuangan bangsa demi kepentingan masyarakat. Semangat ini juga dapat dilihat dalam bangsa Singapura, iaitu bangsa minoriti berbanding negara-negara besar. Semangat ini jika disalurkan dalam masyarakat Melayu setempat akan membolehkan kemajuan bangsa agar tidak mudah ditindas, menyerah kalah dan dapat bergerak seiring atau mungkin lebih baik daripada masyarakat majoriti. Pendidikan bersama penerapan semangat untuk membangunkan bangsa merupakan aspek yang penting. Iktibar yang dapat diraih daripada negara Singapura memperlihatkan bahawasanya pendidikan, kepandaian dan kecerdikan memainkan peranan yang penting dalam mengalahkan lawan. Semangat nasionalisme yang diatur secara sistematik untuk pembangunan masyarakat merupakan unsur penting agar bangsa dapat maju secara positif dan bukan sekadar mempunyai semangat nasionalisme yang tidak disalurkan secara progresif. Sekadar bersandarkan organisasi-organisasi seperti Mendaki, AMP, 4PM, ASAS 50 dan sebagainya tidak akan membuahkan semangat yang padu untuk memandu pembangunan bangsa Melayu Singapura. Inisiatif-inisiatif oleh setiap golongan dan usia diperlukan untuk membakar jiwa mereka agar ingin menyaksikan bangsa Melayu maju. Pendidikan yang tinggi tidak bererti masyarakat akan turut maju kerana ada yang hanya membangun secara individu. Lantaran itu, apa yang diperlukan adalah para pemimpin yang dapat menggembleng para intelektual Melayu setempat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Masyarakat Melayu memerlukan para pemimpin seperti Malcolm X dan Martin Luther King agar semangat kekitaan dalam masyarakat Melayu Singapura kembali mekar seperti zaman 1950an. Siti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  7. sally  March 21, 2011

    Nasionalisme merupakan perassaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Ia juga adalah satu pergerakan pemimpin untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing atau boleh dipanggil sebagai semangat kebangsaan. Bangsa kita boleh mengambil iktibar daripada pragmatisme ini dengan mengingati perbuatan yang telah dilakukan oleh pemerintah kita. Sebagai contoh, isu air antara Singapura dan Malaysia. Pemerintah Singapura sangat kecewa terhadap kelakuan Malaysia yang tidak mahu memberi negara kita air walaupun ada orang Melayu tinggal di negara Singapura. Malaysia sangat egois terhadap hal ini. Pemerintah Singapura telah mencipta air Newater agar warga Singapura tidak kehausan. Oleh itu, negara Singapura seharusnya berterima kasih terhadap perbuatan pemerintah kita.Bangsa Melayu seharusnya bangkit dari tidurnya dan tahu bahawa mereka tidak boleh malas kerana pemerintah telah memberi semua faedah-faedah bagi keperluan manusia di Singapura. Mereka harus sentiasa ingat bahawa orang Melayu tidak boleh mengambil kesempatan pemimpin kerana bangsa kita adalah bangsa minoriti apatah lagi negara Malaysia juga sudah tidak mengendahkan orang Melayu di negara Singapura lagi. Justeru, orang Melayu harus bijak dalam pendidikan dan juga bakat mereka untuk berjaya dalam negara ini. Jikalau begitu, semangat nasionalisme akan ada dalam jiwa Melayu.Siti Salmah Binte HamidS0900020D

    (reply)
  8. Abdul  March 21, 2011

    TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIASemangat nasionalisme telah dibangkitkan oleh Hang Tuah sejak dahulu lagi melalui kata-katanya “takkan Melayu hilang di dunia”. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dengan tujuan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya tinggi. Hakikatnya, orang Melayu Singapura mengalami standard kehidupan yang jauh lebih tinggi dan baik jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu lain sekitar nusantara ini. Jika dahulunya orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tinggi di SAF, sekarang pula sudah lebih ramai yang mendapat peluang menjawat jawatan seumpama itu. Semuanya berbalik kepada tahap ilmu pendidikan yang diterima seseorang itu. Kelebihan sistem meritokrasi di Singapura ialah ianya merupakan sebuah amalan tanpa mengenal agama, bangsa dan latar belakang ekonomi seseorang. Maka masyrakat Melayu harus mengambil peluang ini untuk berjuang demi menjana masa hadapan yang baik dan mantap. Jika dipantau isu nasionalisme dari aspek pernyataan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew bahawa orang Melayu Singapura harus lebih berintegrasi dengan masyarakat lain di sini, ianya mengandungi unsur kebenaran yang harus diterima masyarakat Melayu. Sebagai contoh, kelakuan seorang bapa yang memaksa anaknya memakai tudung untuk menghadiri sekolah sekular suatu ketika dahulu sama sekali tidak masuk akal. Tambahan lagi, masalah terrorisme yang sering dikaitkan dengan pemikiran radikal dan ekstremis orang Melayu secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan masyarakat lain terhadap bangsa Melayu. Usahlah masyarakat Melayu sering dibelenggu pemikiran kolot bahawa bangsa lain lebih berupaya dan mendapat “keistimewaan” di tempat kerja dari segi kenaikan pangkat dan gaji. Sebaliknya, masyarakat Melayu boleh mengatakan “rezeki secupak boleh jadi segunung atau segantang”! Pepatah Inggeris ada menyatakan “the difference between the impossible and the possible lies in a person’s determination”. Jika bangsa kulit hitam boleh menghasilkan orang-orang terkemuka dan berjaya seperti Oprah Winfrey dan Barrack Obama, mengapa tidak kita? Abdul Fattah Bin Abdul Rahim

    (reply)
  9. Shahirah Samsudin  March 21, 2011

    Harus bangga. Harus belajar.Itulah dua konsep yang perlu ada pada sesuatu bangsa yang ingin maju dan terus maju. Mereka harus berbangga padi diri sendiri dan mereka harus sentiasa mempertingkatkan diri.Harus bangga.Kenapa harus bangga sedangkan kita tiada punya apa-apa? Mungkin itulah yang terlintas difikiran apabila menyentuh tentang kebanggan yang hilang. Itu sebenarnya tanggapan orang-orang yang tidak mencelikkan mata dan melihat di sekeliling mereka. Berdasarkan konteks bangsa Melayu di Singapura, kebanggaan orang Melayu terhadap bangsa sendiri sememangnya semakin menipis. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin berkurangan, amalan-amalan budaya Melayu yang berubah atau pupus dan identiti orang Melayu yang semakin hilang bentuknya merupakan antara bukti-bukti betapa orang Melayu sendiri tidak mempunyai semangat bangsa atau nasionalisme yang disebutkan tadi. Cakap pasal Melayu saja, "Melayu lembab, Melayu slow, Melayu mundur" Persoalannya, siapa yang mengatakan sedemikian ? Yang sedihnya ialah apabila melihat orang-orang sendiri yang mempelerlekehkan bangsa mereka. Jadi di sini terdapat dua konsep bangga. Pemimpin Melayu harus terus bangga dengan bangsa dan orang-orangnya, terus menggalakkan mereka supaya maju. Tanggungjawab mereka ialah untuk menghapuskan negativiti dalam pemikiran orang Melayu supaa mereka terus positif dan bersemangat untuk maju. Kedua, orang-orang Melayu sendiri harus bangga dengan warisan, legasi dan tradisi bangsa Melayu. Mereka sendiri harus memupukkan semangat nasionalisme dalam diri mereka. Bayangkan saja sketsa di bawah:Mr Jones: Are you Malay?Siti : Err.. yeah.. yeahhhh i guess..Mr Jones : that's awesome, I know the Malays created Pantun years ago. Its the most beautiful form of poetry I know. Siti : *errrrrr??*Berbanggalah.Harus Belajar.Sifat ingin dan terus belajar harus dipupuk dalam setiap insan. Belajar dari yang pandai, dari yang bodoh, dari yang maju, dari yang mundur, dari yang gagal dan juga yang berjaya. Mungkin kerana sudah lama didodoikan dengan konsep 'semuanya-tersedia-untuk-anda' orang-orang Melayu di Singapura sering alpa dan sekadar menerima sahaja apa jua keadaan yang menimpa diri mereka. Berdasarkan pemerhatian secara rambang sahaja, orang-orang Melayu mungkin tidak memiliki satu mekanisme yang cukup vital iaitu 'harus sentiasa ke depan, sentiasa hebat, sentiasa maju, senatiasa di atas'. Pemikiran 'ala-kadar-pun-boleh-lah' harus dihapuskan sama sekali kerana itu satu pemikiran yang bakal merosakkan dan mematikan pada jangka masa panjang. Singapura, walaupun sentiasa maju, tidak pernah melepaskan peluang utnuk belajar, mencari idea baru, teknologi baru, maklumat dan dapatan baru semuanya demi masa hadapan. Orang Melayu juga harus begitu. Sentiasa ingin ke depan, tidak boleh mundur. Namun demikian, satu perkara harus diingat bahawa, proses untuk memajukan sesuatu bangsa merupakan proses yang lama. Oleh itu, orang Melayu harus berusaha dan bersabar. Mudah-mudahan masa depan dan 'status' orang Melayu di Singapura akan berubah pada tahun-tahun akan datang kerana orang-orang Melayu sudah mula mempertingkatkan diri mereka dan sudah mula menghapuskan konsep ala-kadar.SHAHIRAH SAMSUDINS0900017G

    (reply)
  10. shashasha affan  March 21, 2011

    Harus bangga. Harus belajar.Itulah dua konsep yang perlu ada pada sesuatu bangsa yang ingin maju dan terus maju. Mereka harus berbangga padi diri sendiri dan mereka harus sentiasa mempertingkatkan diri.Harus bangga.Kenapa harus bangga sedangkan kita tiada punya apa-apa? Mungkin itulah yang terlintas difikiran apabila menyentuh tentang kebanggan yang hilang. Itu sebenarnya tanggapan orang-orang yang tidak mencelikkan mata dan melihat di sekeliling mereka. Berdasarkan konteks bangsa Melayu di Singapura, kebanggaan orang Melayu terhadap bangsa sendiri sememangnya semakin menipis. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin berkurangan, amalan-amalan budaya Melayu yang berubah atau pupus dan identiti orang Melayu yang semakin hilang bentuknya merupakan antara bukti-bukti betapa orang Melayu sendiri tidak mempunyai semangat bangsa atau nasionalisme yang disebutkan tadi. Cakap pasal Melayu saja, "Melayu lembab, Melayu slow, Melayu mundur" Persoalannya, siapa yang mengatakan sedemikian ? Yang sedihnya ialah apabila melihat orang-orang sendiri yang mempelerlekehkan bangsa mereka. Jadi di sini terdapat dua konsep bangga. Pemimpin Melayu harus terus bangga dengan bangsa dan orang-orangnya, terus menggalakkan mereka supaya maju. Tanggungjawab mereka ialah untuk menghapuskan negativiti dalam pemikiran orang Melayu supaa mereka terus positif dan bersemangat untuk maju. Kedua, orang-orang Melayu sendiri harus bangga dengan warisan, legasi dan tradisi bangsa Melayu. Mereka sendiri harus memupukkan semangat nasionalisme dalam diri mereka. Bayangkan saja sketsa di bawah:Mr Jones: Are you Malay?Siti : Err.. yeah.. yeahhhh i guess..Mr Jones : that's awesome, I know the Malays created Pantun years ago. Its the most beautiful form of poetry I know. Siti : *errrrrr??*Berbanggalah.Harus Belajar.Sifat ingin dan terus belajar harus dipupuk dalam setiap insan. Belajar dari yang pandai, dari yang bodoh, dari yang maju, dari yang mundur, dari yang gagal dan juga yang berjaya. Mungkin kerana sudah lama didodoikan dengan konsep 'semuanya-tersedia-untuk-anda' orang-orang Melayu di Singapura sering alpa dan sekadar menerima sahaja apa jua keadaan yang menimpa diri mereka. Berdasarkan pemerhatian secara rambang sahaja, orang-orang Melayu mungkin tidak memiliki satu mekanisme yang cukup vital iaitu 'harus sentiasa ke depan, sentiasa hebat, sentiasa maju, senatiasa di atas'. Pemikiran 'ala-kadar-pun-boleh-lah' harus dihapuskan sama sekali kerana itu satu pemikiran yang bakal merosakkan dan mematikan pada jangka masa panjang. Singapura, walaupun sentiasa maju, tidak pernah melepaskan peluang utnuk belajar, mencari idea baru, teknologi baru, maklumat dan dapatan baru semuanya demi masa hadapan. Orang Melayu juga harus begitu. Sentiasa ingin ke depan, tidak boleh mundur. Namun demikian, satu perkara harus diingat bahawa, proses untuk memajukan sesuatu bangsa merupakan proses yang lama. Oleh itu, orang Melayu harus berusaha dan bersabar. Mudah-mudahan masa depan dan 'status' orang Melayu di Singapura akan berubah pada tahun-tahun akan datang kerana orang-orang Melayu sudah mula mempertingkatkan diri mereka dan sudah mula menghapuskan konsep ala-kadar.SHAHIRAH SAMSUDINS0900017G

    (reply)
  11. Shahirah Samsudin  March 21, 2011

    maaf terhantar dua kali. terdapat masalah dengan akaun blogger tadi.terima kasih shahirah affan :)

    (reply)
  12. Hairani Asri  March 21, 2011

    Pragmatisme yang dimaksudkan di atas sebenarnya merujuk kepada sikap dan kebijaksanaan individu dalam menangani sesuatu isu itu secara berkesan. Bangsa kita harus lantang dan berani menentang pihak yang cuba merampas hak mereka di negara ini. Bukan melalui pendekatan ektremisme atau berjihad dengan Jemaah Islamiyah, sebaliknya menggunakan kebijaksanaan masing-masing. Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew pernah mematikan perdebatan mengenai hak bangsa Melayu yang diketengahkan oleh NMP Viswa Sadasivan di Parliamen dengan ilmunya. Hanya dengan membuat rujukan kepada Perlembagaan Negara, khususnya Artikel 152 sahaja. Bangsa kita perlu membangun supaya menjadi lebih telus, tegas dan berpendidikan. Mempraktikkan nasionalisme terpimpin sukar jika pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri. Contohnya peristiwa isu tudung, hilangnya nama-nama Melayu di jalan raya Singapura, pengganasan dan sebagainya. Hairani AsriS0900006A

    (reply)

Add a Comment