Blog / News

APA YANG MEREKA KATAKAN

Posted by:

Ada yang mengatakan
ia adalah kehendakNya
menunjukkan manusia alpa
akan kewujudan dan kemahahebatanNya
menghancurkan dengan air yang kecilnya menjadi minuman
demi satu kehidupan,
dengan gegaran yang maha kuat dan gempita bak halilintar
mencabuk bumi retak dan runtuh segala keangkuhan.

Ada yang mengatakan
ia adalah akibat satu hukuman
yang lama dinanti akan kemahahebatan keangkuhan manusia
yang diselimuti maksiat dan kedaifan akan ketuhanan
dengan air yang meragut segenap ruang
tanpa belas mahupun ikhsan.

Ada yang mengatakan
akhirnya mereka terima balasan setelah enam abad berlalu
setelah mereka memperkosa Malaya,
memancung sekehendak hati,
merobek perut insan tanpa ikhsan,
menghancurkan naluri insani
hingga menjadi sumpahan tujuh keturunan
dengan bumi merekah menelan sepuas nafsu.

Walauapapun mereka katakan,
insan tetap leka dan lena,
dibuai nafsu dan khayalan,
hingga lupa ceretera di dalam kitab mutlak
tentang air yang rakus dan bumi yang lapar
tentang segenap peristiwa yang berulang kini.

Makanya kita yang disayangiNya
wajar sedar dan sedia berkhidmat
ke jalanNya agar tidak kita dikatakan
sepertimana yang mereka katakan.

Mohamed Pitchay Gani BMAA
19 Mac 2011
7.24pm
Tampines Street 21

10

Discussion

  1. Hairani Asri  March 21, 2011

    Bendera SuriaOhayou gozaimasu,Jepun,Bumimu bergoncangmerkah dek gegaran,malapetaka menimpamenelan segala yang ada,ombak menerjahmusnah harta benda,loji nuklear memanasmengancam nyawamenewasi kebijaksanaan rakyatmu.Jepun,sejarah pernah merakam kehebatanmutikaPerang Dunia Kedua,kejadian Pearl Harbour,namun kini, jatuhmu bak ditimpa ombak sebesar bota,dibelah gempa sekuat raksasa,Tapi,tatasusila pendudukmubudi pekerti rakyatmukewibawaan pemimpinmukesetiaan jelatamutidak pernah goyahutuh lagi kukuh!*Ohayou gozaimasu bermaksud Selamat PagiHairani Bte AsriS0900006A

    (reply)
  2. sitinoraishasenin  March 21, 2011

    Ujianapabila bumi merekahmengubah putaran duniamenyingkatkan masa untuk manusia seduniaderuman ombak pula menghempasdaratan meranapkan segala dalam haluanmusibah demi musibah demi musibahtanah di mana matahari terbitmenjadi alam yang fanadalam sekelip mataranap semuajatuhnya sebuah negara kuasa besar duniabak jatuh ditimpa tanggakecerdikan manusiamembawa padah pada dirisehingga kini masih mencari-cari jawapan yang hakikidemi mengatasi ujian yang bertubi-tubiSiti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  3. shahedabintalib  March 21, 2011

    Takdir IllahiGegaran bumiMembelah dada MiyagiMerobek hatiMencengkam naluriRimbunan ombak berduri-duriBengis mendengus bagaikan gergasiMerantap nyawa tanpa sangsiMenghayun jiwa dengan pastiTeknologi canggih tiadalah kuasa Pabila takdir datang mendugaNuklear meleret menggempar duniaRadiasi menyelinap menikam si penciptaMalapetaka datang berlaga-lagaManusia kerdil menjadi mangsaSekelip mata jiwa merontaHilang perginya harapan bangsa.Shaheda Bte SalimS0900016K

    (reply)
  4. Ariff Rizwan Sahab  March 21, 2011

    Fikir MerekaFikir mereka, mereka pandai.Mereka bijak, mereka kuasa.Mereka mahir, mereka handal.Mereka fikir, mereka handalDisebabkan handal mereka, mereka angkuhAngkuh untuk menerima bantuan dari awalFikir mereka, mereka berkuasaHakikatnya, kuasa mereka berabad laluTakluk bumi nusantara dahuluPadahnya harini ditimpa balaFikir mereka, mereka mahirMahir mencipta teknologi canggihBenteng penghalang tsunamipun rebah menyembah bumiBijak mereka pula hanya dengan mesenMereka lupa dan alpaNamun, alpa mereka pembuka mataMelihat sang robot tersadai tanpa gunaYang bantu kesini kesanatetap manusia.Ariff Rizwan SahabIsnin, 21 Mac 2011

    (reply)
  5. shashasha affan  March 21, 2011

    Peringatan TuhanSemuanya tergendalapabilaGegaran sehebat 9.0 skala RichterdisambutOmbak tsunamimelanda JepunTanpa diduga,tanpa sesiapa menyangkaMusibahnya Menjejas Seluruh DuniaKrisis nuklear Jepun amat membimbangkanKereta, Minyak, Pasaran SahamMalangnya,Menjadi Perhatian Utama ManusiaResah Dan Kesedihanmenyelubungi jiwa rakyat Jepunnamunpersoalan utama berapa ramaikah akan insafSetelah bencana meragut nyawa? Wahai InsanMasih belum terlambat Untuk Kita memeluk tiang agamaKerna Itulah kebenaran yang sebenarKernaAkan Dia timpakan malapetakaAkan Dia datangkan musibahSatu PersatuAgar setiap insan Sentiasa Insaf Melaksanakan apa yang telah diperintahMenjauhkan diri daripada laranganNyaWahai InsanKadangkala Pelbagai Ujian persediaantidak boleh melawaniSuratan Takdir TuhanShahirah Bt. AffanS0900018Dhttp://shashasha-you-and-i.blogspot.com/2011/03/peringatan-tuhan.html

    (reply)
  6. Abdul  March 21, 2011

    Daisagai! Jika sejarah tidak berulang,Maka tidaklah tsunami kembali membahamJika Al-Waqiah hanya suatu rangkaian puisi,Maka wajarlah manusia muhasabah diriYang selama ini lemas dalam lautan nodaJepun, Dasyatnya bumimu bergoncangSuatu peringatan kepada hari-hari terakhir duniaIkan-ikan mati berlimpangan di tepi pantaiBukankah ia satu renungan?Bagi mereka yang kuasa Apabila manusia hilang kuasa Namun begitu, Semangat perjuanganmu JepunWajar dijadikan pedoman Apalah banjir jika dibandingkan dengan kebocoran radioaktif di lojimu?Akan tetapi sedikit sekali yang bersyukurSemangat nasionalisme mu Mengajar manusia akan eri kemanusiaanBersatu kita teguh, bercerai kita roboh*Daisagai bermakan bencanaAbdul Fattah Bin Abdul Rahim

    (reply)
  7. Shahirah Samsudin  March 21, 2011

    Ratapan Honshu & Ombak SeismosMengapa kau menghancurkansegala yang telah terbinaApa engkau terkelindandengan ucapan atau tindakan? kini engkau diam perhatikanratapan Honshu bergema… Engkau menggegar merentap kebahagiaanApa kau sedar?Engkau menggegarTanpa sebab dan amaranInikah natijahnya kisah kita?Salah siapa?Salah siapa? Mungkin benar kata merekaTiada yang kekal sempurnaTapi ini bukan masanyaEngkau tiba tanpa diundang terpaku kau turut menyaksikanombak seismos yang mencengkam.. Kini tinggal hanya debuanHarta hilang nyawa melayangKau masih lagi memerhatikanManusia yang sering alpa…Shahirah Binte SamsudinS0900017G

    (reply)
  8. Nur Syazwani♥  March 21, 2011

    Rentetan JiwaGoncangan mendadakTerdetik nadi ketakutanPeristiwa gempa bagaikan kejutan melanda insan JepunTerus diheret ditimbus kerasnya batu konkritMalapetaka demi malapetakaTangisan tiada berbicaraHanya terus mengalir mengenangkan akhir zamanSegala yang bergambarDi mata manusiaJelas menatap kematian dan kesengsaraanRentet peristiwa gempaDigeruni lagi dengan ombak sebesar apapunMembaham apa dijalannyaMengheret apa di laluannyaMenerpa segala ranjau jalannyaMungkin inilah takdir manusiaManusia yang kehilanganManusia yang alpa dan dahagakan duniaBagaikan cendana Kita hanya catur permainan kehidupanNYANur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  9. sally  March 21, 2011

    Sudah Lupa DiriNegara Jepunyang kenali sebagai negara terbaikdalam teknologi serta ekonomisetiap negara takut dengan mereka Ketibaan Tsunami memeranjatkan semuatidak disangka kecunculan iamenelan semua harta bendaserta manusia dan haiwanSerangan bala bencanaakan menimpa orang yang zalimorang yang melakukan maksiatorang yang terlupa dengan Yang BerkuasaKuasa Tuhandiketahui berat azab seksaNyalalu menerangkan menggunakan fakta Sainsdaripada berpandukan petunjukdan hidayah dengan fenomena alamdisebabkan malapetaka berulang lagiSiti Salmah Binte HamidS0900020D21 Mac 2011

    (reply)
  10. Sitti Maisarah  March 21, 2011

    SAYONARAKu ingin sekali ucapkankepada merekayang sudah hanyutditenggelam sama arusair deras.TsunamiGempa bumiRadioaktifKuasa nuklearSiapa yang bisa mengelak?Memang Engkau berkuasaMaha Esamengambil nyawa-nyawa merekayang sudahbanyak bergelumang dengan maksiatmaksiat yang teramat dahsyat.Justerudi sinilah ku inginucapkan Sayonara Jepunyang kian lama tiadatiada lagi kotoran-kotorantiada lagi dosa-dosaDantiada lagi orang-orang yang bersuka riaSayonara!Sitti Maisarah binte Abu BakarS0900021A

    (reply)

Add a Comment