Blog / News

TEROPONG BONG MAT

Posted by:

“Baru-baru ni sibuk hal integrasi kaum. Entah apa-apa aje yang nak diintegrasikan. Tak habis-habis kisah integrasi. Dah nak masuk 50 tahun bangsa-bangsa tinggal sebumbung di negara aman ini pun dorang asyik cakap kita belum sepenuhnya integrasi. Entah ape-ape ajelah ni. Tak ada isu lain agaknya. Bong Mat heranlah kenapa asyik bangsa Melayu aje yang kena rembat! Tak habis-habis cari pasal. Kan dia jugak yang jadikan kita macam ni – senegara, sebumbung di flat, sekerja, sefahaman, selagu kebangsaan. Hai pakai nampak semuanya se ajelah. Mana kita ada gaduh-gaduh selama ini selama kita se apa-apa ajelah! Heran betullah Bong Mat dibuatnya. Kalau tengok betul-betul dengan teropong Bong Mat, mana-mana tempat makan pun bersepah orang Melayu dan bangsa lain duduk semeja makan. Tak ada ape pun. Tak gaduh pun. Tak maki pun. Malahan lebih banyak kedai makan sekarang dah halal. Dengan halal ni pulak bisnis kedai-kedai begini makin laris maklumlah dia dapat dua pelanggan sekaligus – si Melayu dan bukan Melayu. Kan bagus begitu. Jadi apa masalah integrasi pulak? Lagipun orang Melayu sekarang bukan macam orang Melayu dulu. Orang Melayu sekarang kalau pasal makan-pakai, adoi mak kelas beb! Makan mahal pakai mahal pun dorang rembat. Yang penting kendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Aik, ini dah isu lain pulak. Hai Bong Mat ini meracau aje. Jadi yang penting orang-orang yang ada sikit boleh fikir, janganlah ambek kisah sangat tentang laungan integrasi ni kerana tak ade ape yang diintegrasikan. Sejak zaman datuk nenek noyang kita dulu pun dah integrasi dengan pendatang-pendatang ke pulau Temasek ni. Kan bangsa Melayu bangsa yang “accomodating” – ewah cakap orang puteh pulak Bong Mat ni. Speaking man! Sudahlah jangan buang masa pasal integrasi, yang pentinglahkan amacam nak kolaborasi supaya kita saling memanfaatkan demi kemajuan.”

Bong Mat

10

Discussion

  1. Abdul  February 15, 2011

    Kok tempoh hari suasana ribut dibikinnya seorang bekas pemimpin mantap akibat komen rasis yang diomongkannya secara terbuka. Om juga turut berdukacita dan sedar komen yang dilontarkan pasti menimbulkan perasaan kurang enak di kalangan masyarakat Melayu tempatan terutamanya. Malah ramai teman Om yang berasa kecewa dan khuatir bangsa dan agama mereka dianggap kayak melukut di tepi gantang. Sungguhpun begitu, Om pikir ada baiknya komen umpama itu ditimbulkan. Emangnya henggak salah kalau dikatakan agama tidak harus dijadikan alasan untuk penutup segala masalah dan tanggungjawab. Misalnya isu tudung yang pernah Om baca di koran Berita Harian dahulu tidak masuk akal kerana Om berpendapat sistem Singapura yang dilakarkan harus dihormati. Pada pendapat Om, kelakuan sedemikian hanya akan menjejas nama baik bangsa kerana stigma bangsa lain bahawa orang Islam ialah golongan ektremis akan terus melekat. Kenapa saja henggak dihantar anaknya ke sekolah madrasah? Kan kalau dihantar bukan sahaja dapat dipakai tudung tapi baju kurung segala! Apa gunanya kalau di sekolah pemerintah disuruh pakai tudung tapi pakaian seragam dipakainya blaus dan skirt? Bukannya itu satu pemikiran kolot semata-mata mahu mencetus masalah perkauman? Om juga diberitakan baru-baru ini seorang anggota Melayu Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ditahan di bawah ISA kerana ideologi jihadnya yang mengancam keselamatan Negara dan kesejahteraan kaum. Nah inikan suatu perbuatan yang tidak logik. Apa guna mahu memperjuangkan hak orang lain jika hak dan negara sendiri henggak diperjuangkan? Om juga bingung kenapa orang Melayu sering fikir diri mereka dipinggirkan walaupun Om lihat ramai yang maju dalam kehidupan. Sedang pencapaian pendidikan masyarakat Melayu semakin maju, lebih ramai orang Melayu yang memenuhi kriteria menjawat jawatan tinggi di tempat kerja. Contohnya, orang Melayu yang berkhidmat SAF mempunyai jawatan tinggi seperti dalam unit komando, meriam, dan sebagai juruterbang dan anggota tentera laut jika berbanding dahulu. Jelas, kehidupan masyarakat Melayu Singapura lebih baik dan bermutu jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu yang lain di nusantara ini. Jadi renung-renungkanlah dan bersyukur atas kehidupan mewah yang berjaya diraih orang Melayu Singapura zaman ini. Om minta pamitan dulu ya…Salam sayang Om kepada semua…

    (reply)
  2. Nur Syazwani♥  February 15, 2011

    Adik Cici ramai tau kawan-kawan lain bangsa. Adik Cici asyik dengar mama berbual dengan ayah tentang ‘intitasi’. Tak tawulah adik nak pronounce. Menurut mama, pakcik Singapura kite dah semakin melalut dengan speech dia. Entahlah, setahu adik, kita semua tak kira orang Melayu ke, Ciner ke, India ke, makan sama-sama time recess masa nursery. Makan satu mangkuk lagi ah! Takde kisah ape-ape pun?? Tu bukan ‘intitasi’ ke ekh? Nak ‘intitasi’ macam mane lagi ekh? Selalu kan, mama dengan ayah selalu bawa adik Cici pergi makan di hawker centre tau. Ade banyak sekali kedai makan orang-orang Ciner, tapi Melayu punye kedai sikit je. Kite ni memanglah minoriti, tapi kenapa selalu jadi target seyh. Adik ni berbual macam pahamkan. Hehe. Ni semua, mama yang cakap, adik kaypo, kaypo je. hehehehe

    (reply)
  3. Sitti Maisarah  February 16, 2011

    Laser Minah IndonAku enggak paham deh kata-kata si MM Lee itu. Dikata agama Islam terlalu tegas. Enggak boleh deh ganggu-ganggu agama orang. Bukan kasi orang suka, lagi tidak suka deh sama dia. Apa dia pikir, kita orang Islam ini bisa duduk diam dan lihat saja? Aku tak pasti deh. Selama ini, aku nantikan Ustaz atau Ustazah untuk pertahankan agama Islam tetapi mana deh mereka semua? Hilang begitu saja! Apa mereka semua gentar sama si MM Lee itu? Mana jihad orang Islam?! Buat malu aja engkau ngaku orang Islam. Iya…pokoknya apa sih yang dia mahu? Apa dia mahu kita kahwin sama lain agama dan buat dosa? Apa dia mahu kita integrasi? Integrasi apa lagi deh kok udah kita sambut keharmonian kaum apa lagi yang diinginkan? Kita sembah Tuhannya? Iya.. Pokoknya enggak bisa dan tidak mungkin sama sekali. Sekarang laser minah indon mahu bertanya sama kalian semua. Ada bangsa lain datang belajar tentang kita? Enggak pernah bukan. Ya. Begitu juga sih dengan kami.Laser Minah Indon(Sitti MaisarahS0900021A)

    (reply)
  4. Shahirah Samsudin  February 16, 2011

    Hey you all. Ni gegerl nak cakap sikit ni. Eh ape bende ni semua sekarang berbual bual pasal integrasi laaa pasal agama laaa. Tak de kerje lain ke. Ye laa kalau banyak sound, banyak action takpe jugakkan. Ini bunyi banyak satu haprak pun tak buat. Yang cakap-cakap banyak ni semua, ade buat ape-ape? Janganlah jadi macam tong kosong yang sentiasa nyaring bunyinye. Cehhh kan gegerl dah start falsafah. Bukannya ape you all. Gegerl rimas laaa. Orang-orang Singapore ni Kate aje pandai-pandailah, IQ tinggilah, tapi tak pandai nak tengok sesuatu berdasarkan konteks. Tengok Tajuk akhbar terus dah melenting. Rilek dulu bro. Brother bising-bising ni, brother dah bace ke buku the hard truths tu? Dah tengok video? Belum? Yek eleh. Inilah… Ini yang gegerl cakap… Tak tahu nak nilai sesuatu dulu. Asyik nak shoot aje. Lagi satu hal, you all ni pun nak Kate pandai, tak jugak, nak Kate bodoh lagilah tidak. You all tak realize eh you dah jadi mangsa manipulasi media. Hahhhh, Cubelah kaji kalau tak percaye ape yang gegerl cakap ni. Bende yang takde pape sengaje dibesar-besarkan. Make a storm out of a teacup laaa Kate om putih tu abeh you all percaye 100%. Ah kan tengok dah jadi kecoh tak pasal-pasal. So lain Kali selidik dulu bro, baru nak sound pun nampak cool kan. Gegerl sukeeeeee abang-abang cool. Hehehehe. Shahirah samsudin S0900017G

    (reply)
  5. Hairani Asri  February 16, 2011

    Hari tu Mat Rock ada terbaca di Berita Harian, pasal tips untuk dapat anak genius. Mat Rock ni bukan apa tapi banyak orang selalu pesan, kalau nak cari bini biar yang setara dengan Mat Rock. Kalau tak, clash brader. Mat Rock dapat tau kalau mat dengan minah universiti berkahwin, anak gerenti genius, masuk universiti. Parah beb kalau gini. Tengok Mat Rock ni; mak suri rumah, bapak pemandu teksi … bulan lepas Mat Rock baru je habis majlis konvokesyen di NUS. Zaman kanak-kanak dulu, kalau Mat Rock tak belajar selalu kena rembat dengan bulu ayam. Tapi mak bapak Mat Rock memang pentingkan pelajaran. Biar miskin harta tapi kaya ilmu. Ceh, macam real! Kalau nak tahu, banyak members Mat Rock yang tak masuk universiti walaupun mak bapak ada degree. Bisnes sana sini , buat apa nak risau pasal pelajaran beb. Dorang berwang, bukan beruang eh. Ha ha! Pucuk pangkal mesti rajin berusahalah. Mak bapak pun mesti kasi galakan. Jadi genetik ke tak, tu semua kuasa Dia. Mat Rock rasa biar cakap sini, habis sini ajelah. Yang penting, Mat Rock tak cerewet bila pilih pasangan nanti. Hairani Bte AsriS0900006A

    (reply)
  6. shashasha affan  February 16, 2011

    Mak Imah perasan zaman dahulu dan zaman sekarang masyarakat Melayu di Singapura berbeza betul. Bukan apa…diorang ni, mentang-mentang lah dah kaya, dah ada kedudukan, suka sangat belanja lebih dari kemampuan. Baru-baru ni, Mak Timah dijemput oleh jiran. Ingatkan majlis persandingan anak dia, rupa-rupanya majlis berkhatan 2 cucu dia. Buat besar-besaran pulak tu, macamlah nak kahwin! Mak oi, semuanya dijemput, dari hujung tanjung sampailah ke jiran sebelah.Kumpulan kuda kepang pun ada! Jangan main-main… Kadang-kadang, mak Timah rasalah, kan lebih baik simpan duit tu untuk pendidikan dan masa depan anak-anak? Kehidupan ni penuh dengan cabaran, sudah pasti ada pasang surutnya. Manalah tahu, satu hari nanti, kene buang kerja. Nasib baiklah anak-anak mak Timah semuanya pandai simpan duit. Dari dulu lagi mak Timah dah pesan, beli benda-benda keperluan sahaja, sekali-sekala nak beli ini itu boleh lah, tapi kenelah tengok keadaan. Mungkin inikah sebabnya Nabi SAW tak galakkan sambut hari jadi? Manusia ni, macam-macam fiil betul!SHAHIRAH BT. AFFANS0900018D

    (reply)
  7. Ariff Rizwan Sahab  February 16, 2011

    Ini minggu Papa Dhoti dapat cerita ada itu sensasi sikit. Ini cerita jangan kasi itu orang atas dengar. Sebab apa, itu pasar orang semua ada cakap, itu Muslim punya orang ada masalah untuk campor sama orang. Kedai makan ada dua, itu halal satu tempat, itu haram lain tempat. Itu Muslim punya orang tak da makan sama itu babi. Papa Dhoti ada tekan butang internet, cari kenapa Muslim punya orang tak da makan itu babi. Satu laporan ada cakap itu babi ada kuman, itu kuman tak boleh mati kalau masak kasi goreng garing-garing pun itu kuman tak da mati. Lagi satu, itu agama Islam, amalkan kebersihan. Papa Dhoti kampung juga duduk, itu babi berkeliaran, makan sampah, itu selipar juga makan, itu najis juda ada sondol, itu semua itu babi makan. Itu sebabMuslim punya orang tak da makan sama itu babi. Papa Dhoti ada pergi itu prata punya kedai. Cina, India dan Melayu semua makan kasi beli parata. Duduk minom kopi. Tapi Melayu kawan Melayu satu meja, itu Cina kawan Cina lain meja, itu India kawan India lagi satu meja. Papa Dhoti juga kadang-kadang ada nampak itu Melayu, Cina, India semua duduk satu meja minom todi, tapi itu cakap ‘betting’ kuda punya hal. Apa-apapun, Papa Dhoti mahu kasi itu kesimpulan. Halal punya makan, tak da halal punya makan jangan kacau. Penting, itu prata mesti ada Melayu, Cina, India makan!Ariff Rizwan SahabS0900003K

    (reply)
  8. sitinoraishasenin  February 17, 2011

    Anak ni apa khabar? Sihat? Ah…bagos lah kalau gitu. Pakcik khabar baik cuma ada batuk-batuk sikit…biase lah dah tua. Ah, anak ada dengar tak berita yang gaji rakyat Singapura rata-rata dah sampai $5000 sebulan. Banyak tuh! Pakcik bawa balik dalam $500 sebulan je, nak. Pakcik terperanjat berok bila dapat tahu rakyat Singapura semakin kaya sebab keadaan kehidupan Pakcik tetap terok malah makin sempit dan sesak. Nak makan nasi padang pun susah. Sekurang-kurangnya $5 mesti nak ada. Susah ni, nak. Bil api air semua dah naik. Kesian Pakcik tengok kawan-kawan Pakcik yang anak dia masih kecil…nak beli Pampers pon tak mampu…mana nak cekau duit kan? Pakcik nak tolong pon tak terdaya. Kalau beginilah hendaknya, yang susah akan bertambah susah, yang senang akan terus bertambah senang…goyang kaki jer. Ni Pakcik nak pesan kat anak ni…belajar sungguh-sungguh. Nanti dah dapat kerja baik, gaji besar….jangan lupa orang kat bawah, yang susah macam Pakcik. Ok lah nak, Pakcik nak kene sambung kerja. Banyak lagi blok yang Pakcik belum sapu. Jalan baik-baik nak. Siti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  9. shahedabintalib  February 17, 2011

    Assalamualaikum w.r.b. Kaifa haluki? Ana harap ente semua sihat-sihat sahaja. Alhamdulilah…Ana sebenarnya berasa syukur kerana berada di Singapura ini. Kehidupan di sini, masyallah, aman dan damai! Tapi, Ana amat sedih lah lihat negara lahir Ana sendiri lah dalam keadaan tak menentu. Kecoh jugak Ana dengar tentang saudara Islam Ana di sana. Ribuan orang merusuh dan mogok lah untuk mengguling si polan itu. Astagfirlah…ratusan orang mati dan ribuan orang tercedera. Mereka di sana kucar-kacir dengan kemelut yang Ya Allah! Dahsyat! Asatizah-asatizah Al-Azhar alhamdulilah semuanya selamat. Syukur! Mereka juga dihantar kembali kerana tidak tahan lagi dengan keadaan di situ…Lak, lak, lak…Ana harap perkara ini tidak berulang lagi…Ana harap gejolak di Iran juga cepat-cepat tamat. Ana sudah tidak tahan lagi dengan pergaduhan demi pergaduhan. Masyallah, apa nak jadi dengan negara-negara di Timur Tengah? Negara-negara Islam bergaduh sesama sendiri? Inikah orang Islam. Aib! Sungguh aib! Lihatlah Singapura! Walaupun berbeza bangsa dan agama namun mereka tetap bersatu! Syabas!Salam Ukhwah,Ukhti *kaifa haluki – Apa khabar*lak – Tidak*Ukhti – Kakak

    (reply)
  10. sally  February 20, 2011

    Pak Mee! Pak Mee! Pak tahu tak! Sekarang anak muda Melayu semakin sexy eh? Pakai terdedah sana, terdedah sini. Pak Mee tak perasan ke? Eheh.. Perasan lar. Saya kan ader mata. Ish! Pak Mee ni! Tengok jer. Abeh! mak Tah pun tengok. Lagipun, nak buat macam mana? Budak-budak tu dah tunjukkan, kita tengok je lar. Tapi yang kelakarnya, Ibu mereka pakai tudung, baju dan seluar tutup aurat tapi anak pakai short lar, tank top lar. Ibu mereka tak marah ke, Mak Tah? Entahlar. sekarang kan sudah jadi satu trend. Orang barat pakai begitu, orang Melayu pun nak ikut. Yang penting, anak kita tak pakai macam gitu. Kalau tak malu Mak Tah. Betul tu. Tapi sayang anak muda sekarang. Tak tahu jaga maruah dan imej mereka.  Entahlar. Pak Mee tak nak jaga tepi kain orang. Dah Mak Tah, mari kita jalan. Dah lambat kita nak pergi jemputan. Siti Salmah Binte HamidS0900020D

    (reply)

Add a Comment