Blog / News

CYBORG

Posted by:

Gerakan halilintar menghentak bumi
rekahan demi rekahan menular
ditelan dek laungan semboyan gergasi logam
bumi semakin ranah
cyborg merayau mencari mangsa
dari carikan kemanusiaan yang tinggal.

Aku terdiam di bawah tindihan palang-palang malang
cuba meronta lepas dari penjara yang menyekat atmosfera
menghimpit dan melemahkan
angkasa bak menghempap bumi.

Sekelip mata debuan bintang menembusi urat nadiku
penglihatanku semakin kaku
cecair logam dingin menyucuk segenap rongga urat sarafku
memaksa setiap nadi menelan sel-sel darahku.

Aku cuba melawan bagai haiwan meronta
namun cecair lebih deras meranapkan jiwaku
mengkakukan organ-organku
penglihatanku kini hanyalah geometrik
neon hijau melakarkan strategi
dalam alam sibernatik
alamku semakin mendekati sfera Dyson
kini aku… ak… u… … … …
101001001000111101110110

CYBORG!
9

Discussion

  1. Nur Syazwani♥  February 9, 2011

    GADIS LOGAMSempurnanya diaWajah bersihPutih melepak, berkilat tiada parutSempurnaTiada langsung melakukan kesalahanRambut kilat tampak rapi senantiasaRibut taufan tiada juga ia berselerakSenyuman sempurnaLirikan sempurnaKekasih 2030Terlalu sempurnaTiada satu cacat celanyaJalan diaturLangkah sempurnaHanya sempurna!Sayang, Kau hanya sempurna fizikalHati naluri kemanusiaankuTiada terbilangLebih ternilaiPerasaan, Emosi,Amarah,Nafsu,Ku mampu.Hatimu kosongBarangkali sama dengan bahan yang menjadikanmuLogamSungguhlah sempurnanya…Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  2. Hairani Asri  February 9, 2011

    TRONDunia nan sempurnaciptaan manusiadunia fantasibak permainan mimpiperlawanan dimulakanaku bersiap siagamelawan musuhberbekalkan cakerasebagai senjatakerapuhan si programserapuh kacamusuhdi depan matagagahsegakberkostum hitamenggan menyerah kalahprogram melawan manusia cakera berterbanganbertembungDUS!si musuh pecah seribuTron!program ciptaan sang ayah,Tak pernah membelotsanggup berkorban demi tuannyademi si penciptaLegasi Tron.Hairani Bte AsriS0900006A

    (reply)
  3. Abdul  February 10, 2011

    HUJAN BESIMasa berputar kian cepatSetahun di Azrala bagaikan sehari di duniaSungguh matahari mengukir senyuman Riang kepanasan mencecah 3500 Fahrenheit Diperintahnya besi Azrala Cair…Cair…Cair…Hujan…Hujan.. .Hujan…Rakan awan seperjuangTerburai membanjiri jantung dunia Punah sudah keindahan alamRetak seribu segala kebahagiaanInikah hujan atau mancis neraka?Bersenggama darah merah dengan karat besiKuncu-kuncu sorak keriangan!Alloy, Titanium, TungstenTiada indah seperti emas, berharga dan dihargaiCiuman beracun kembang syurga Tiada sehebat lambaian senyum simpul terataiAzrala! Azrala! Azrala!Sungguh meledak air hujanmuTiada tandingan tiupan sangkakala!-Abdul Fattah Bin Abdul Rahim-

    (reply)
  4. sitinoraishasenin  February 10, 2011

    MARIKHBumi tidak lagi berserimalah tiada lagi ertihakikatnya,bumi adalah sejarahpupus buat selamanyaDek manusia yang gila kuasaingin menaklukwalau apa cara Etika diketepi demi kebahagiaan duniawiKuasa menjadi tunjang perjuanganYang kaya terus hidupmeloloskan diri dari kesan penganiayaan bumike planet MarikhEvolusi berlakuSifat fizikal berubahmengadaptasi diri dengan keadaan sekelilingNamun merekaTetap mengabdikan diri kepada kuasaPenyesalan tiadaSiti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  5. Shahirah Samsudin  February 11, 2011

    Salam semua. Semua sajak amat menarik sekali :)Ini sajak saya. Cecair MisteriKu tenung Botol kecilCecair pekatApa ini, soal ku. Oh…itu… Vaksin…Vaksin untuk bayi iniJawab sang doktorVaksin untuk semua bayiTambahnya, teragak-agak Kekeluan mampirBingung hampirUyalem namanyaUyalem?AnehAneh amatAku memperhatikanVaksin ini tidak menyentuh semua bayiKecuali bayi-bayi tertentuUjian Demi ujian di makmalkuAku harus Cari tahuApa sebenarnya geranganCecair misteri ini APA?Apa benar apa yang ku lihat?Tidak… Tidak mungkin…Nama Molekul:B-B^L:$nn3Itu kodnya B B- eB B^ AL L: I$ Snn M3 E Molekul bebalisme????!!!!Disuntik ke dalam semua bayi ?TIDAK!!! Mata ku singgah ke botol kecilUyalemAku menatap lama Kesedaran merangkak terhadapkuNamanya ku tulis semulaMungkin juga di bawah sedarUyalemMelayu Tidak tidak tidak!!!Rupa-rupanya Kaulah pemusnah bangsaKau menyuntik bebalisme ke dalam bayi MelayuSupaya mereka membesar – menjadi bebal! tidak guna!Kau kejam!!!!Kalau tidak kerana kau,Mungkin bukan beginilahNasib bangsaku. Shahirah SamsudinS090017G

    (reply)
  6. Sitti Maisarah  February 11, 2011

    SAHABAT RAYANKUDerapan tapak memenuhi suasana hening,mengisi kesunyian malam hari,penziarahanmu ku anggapkan bagai,seorang sahabat yang menemaniku,ketika ku diabaikan oleh alam nyata.Oh Sahabat!Walau tak serupa bentuk wajah,keadaan keseorangan,kehilangan itu,senantiasa mengeratkan kita,dalam dunia yang jauh,dari duniaku ini.Wahai Sahabatku!Bawalah ku pergi bersamamu,ke alam yang didudukimu,agar tidak usah ku lihat duniaku ini,penuh kemusnahan,alam masyarakatku yang terjerumus,dan penuh kebobrokan. Kedatanganmu ku nantikan,walau hanya aku seorang,yang dapat melihat, mendengar dan bercakap,namun ku rasa bahagia berteman denganmu,entah dari alam mana kau muncul,memenuhi segala perasaan yang ku kehilangan. Selamat tinggal alam nyata,ku ucapkan pada dunia,sudah tiba masanya untuk ku berhijrah,ke dunia lain,dunia Fantasi.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  7. sally  February 11, 2011

    Manusia RAkuHairan dengan kelakuan kauBingung dengan perwatakan kau Kau Tidak menunjukkan apa kemanusiaanTidak memaparkan apa perasaanTidak menonjolkan apa kejiwaanKauMengikut ke arah destinasiDengan gerakan yang berbunyiZeek… Ziik… Zeek… Ziik…AkuMemasang chip programming Agar kau menemani akuWalau apa terjadiKau tidak akan matiKecuali kehabisan cecairDengan adanya kauPerkerjaan ku beresHanya sebutan perassanYang tidak didaftar dalam otakSiti Salmah Binte Hamid11.02.2011

    (reply)
  8. shashasha affan  February 11, 2011

    SADISTROIDPendengaranku tidak senang pada kebahagiaanPenglihatanku dikabur kabus Kecemburuan mencengkam naluriku,gerakanku…Kejam? Sinis? Penyeksa?Peduli apa orang kataKerna AKU telah diberi racun sadistKerna AKU telah disistemkan sedemikianKerna AKU… ANDROID!Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  9. Ariff Rizwan Sahab  February 11, 2011

    Isteriku ZelgaZelgaWujudnya  disedariMunculnya  dinantiBernyawakan bateriBerwajahkan bidadariDi import mariZelgaRautnya manusia sepertiLincahnya  bersaktiKerjanya mutu tinggiTarinya penghibur hatiZelgaMengenal cinta murniMerasa kasih abadiBertemu tuan kadiDiajar islam suciBateri menjadi isteriZelgaHayat lapan tahun hariSampai bateri mati…Di import mari…wujudnya disedari…munculnya dinanti lagi    Lapan tahun lagi      Sampai bateri mati        …Di import lagi,Ariff Rizwan SahabNS9028436C

    (reply)

Add a Comment