Blog / News

KREATIF DAN INOVATIF

Posted by:

Manusia dicipta tuhan dengan pelbagai kelebihan untuk mencipta sesuatu bagi dirinya. Masa depan manusia itu biasanya tertakhluk kepada perancangan yang strategik berteraskan ilmu yang dijanakan secara kreatif. Idea yang kreatif ini menerima desakan inovasi maka terhasillah satu ciptaan baharu yang sebenarnya adalah pembaikan daripada yang sedia ada. Semua ini terhasil daripada pendekatan kritikal dan kreatif dalam pendidikan. Maka sikap guru terhadap alam pendidikan haruslah selaras dengan keperluan ini. Guru harus pandai memberikan ilmu sebagai sesuatu yang bermakna bukan sekadar keperluan kurikulum.

It is vital to a valuable education system that independent critical thinking be developed in the young human being, a development that is greatly jeapordized by overburdening him with too much and too varied subjects (point system). Overburdening necessarily leads to superficiality. Teaching should be such that what is offered is percieved as a valuable gift and not as a hard duty” – Albert Einstein on education for independent thought.

11

Discussion

  1. IAN SIRNA AZALI  December 30, 2010

    Pendidikan yang terlalu terikat dengan keperluan kurikulum akan besar kemungkinan menyekat daya kreativiti dan pemikiran kritikal seseorang itu. Oleh kerana ini, seseorang pelajar itu perlu didedahkan pada kurikulum serta aktiviti yang mampu menjanakan pemikiran yang lebih bebas dan tidak terikat. Mereka yang melalui pendidikan yang terlalu terkongkong akan membesar dengan asas pengetahuan yang seolah-olah terbentuk atau terikat dengan apa yang dipelajarinya. Seringkali, mereka ini dilabelkan sebagai seseorang yang terlalu 'by the book'.Maka, seseorang guru itu perlulah bersikap lebih terbuka dan berdaya fikiran yang kreatif serta kritikal. Guru perlulah mampu bersikap serta berfikiran sedemikian disebalik berilmu dalam subjek yang diajari mereka, kerana merekalah merupakan 'frontline' bagi seseorang pelajar itu ketika melalui alam pendidikan.Tidak ada gunanya seseorang guru itu memberi kerja rumah yang berlebihan tanpa sebenarnya mengenali atau mengetahui kelemahan seseorang pelajar itu. Lantas, perlulah seseorang guru itu mempersiapkan pelajar-pelajarnya dengan ilmu yang dapat membantu mereka dalam menangani cabaran marcapada ini.

    (reply)
  2. shahedabintalib  December 30, 2010

    Di dalam era pemodenan ini, kita dapat lihat bahawa pembaharuan akan sering kali berlaku dan sebagai seorang pendidik, mereka harus peka dengan perubahan di sekeliling agar tidak dianggap kuno dan terkebelakang. Teknik pengajaran dan pembelajaran haruslah sealiran dengan zaman tersebut agar murid akan sentiasa dapat menimba ilmu yang terkini dan dapat menjana pemikiran yang kritikal dan kreatif. Penyampaian ilmu kini tidak lagi semudah seperti zaman dahulu. Dahulu, pengajaran hanya berteraskan buku dan papan tulis hitam. Kini, pelbagai cabaran perlu ditempuhi seorang pendidik dari segi memilih cara penyampaian ilmu yang bersesuaian dengan era masa kini.Selain cara penyampaian yang variasi, para pendidik juga harus meneliti ilmu yang ingin disampaikan. Seorang pendidik tidak harus sekadar menurut kehendak kurikulum yang telah dilakarkan tetapi harus memberi nafas baru dan menyelitkan unsur-unsur pengajaran yang bersesuaian agar ilmu yang disampaikan tidak hanya dijadikan bahan untuk didengar tetapi ia merupakan ilmu yang bermakna dan mampu kekal dalam ingatan dan terus mekar. Oleh itu, seorang pendidik harus bijak menyampaikan ilmu dan tidak sentiasa terikat kepada kurikulum agar dapat mengasah minda yang kreatif dalam muridnya. Jika tidak, ilmu akan dianggap sebagai satu bebanan yang membosankan hingga setiap kreativiti yang dimiliki tidak dapat digarap. Murid juga akan sentiasa dilabel sebagai robot yang tidak mampu diberikan kesempatan untuk berfikir di atas kaki sendiri secara kreatif. Shaheda SalimS0900016K

    (reply)
  3. Nur Syazwani♥  December 30, 2010

    Sesungguhnya, bidang pendidikan ini amat luas sekali. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan agar suatu pembelajaran itu dapat diterima dengan sebaiknya oleh para pelajar. Sebagai seorang guru, haruslah ada daya merubah dan mengadaptasikan diri pada pembaharuan. Kehidupan sejagat yang semakin membangun dengan pesat memaksa diri sekaligus supaya sering meningkatkan diri agar lebih kehadapan dan efisyen dalam melakukan pekerjaan. Daya kreativiti adalah sesuatu yang amat subjektif. Golongan para pelajar yang masih muda akal dan fikiran ini, lebih terdedah dengan pelbagai benda yang memerah daya kreativiti mereka. Adanya cara pembelajaran yang baru dan merangsangkan minat pelajar, upaya kreativiti tersebut akan keluar secara semula jadinya. Struktur kurikulum yang mungkin amat terhad, menghadkan daya kreativiti anak-anak muda zaman kini, lantas peluang menyelongkar bakat-bakat yang terpendam dan kebolehan dalam diri, tidak dapat dikenal pasti dengan mudah.Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  4. Hairani Asri  December 31, 2010

    Sistem pendidikan Singapura dewasa ini semakin pasif dan disebabkan oleh itu, matlamat yang didukung oleh para pendidik juga semakin berubah. Penekanan yang terlalu fokus kepada pencapaian merit semata, secara tidak langsung menjejas pembangunan kreativiti di kalangan para pelajar. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa teknik penyampaian semasa mengajar tidak mendatar. Sebaliknya, guru harus mengenalpasti kelebihan pada setiap pelajarnya dan memastikan bahawa ilmu yang ingin disampaikan dapat membantu dalam pembangunan kreativiti dan pemikiran kritikal masing-masing. Hakikatnya, generasi guru akan datang memikul tanggungjawab yang lebih berat kerana harus bijak menerapkan inovasi yang sedia ada semasa mengajar. Maka itu, guru bukan sahaja mengasah kemahiran intelek (IQ) malah kecerdasan emosi (EQ) para pelajarnya juga.Hairani AsriS0900006A

    (reply)
  5. Abdul  December 31, 2010

    Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    (reply)
  6. Ariff Rizwan Sahab  December 31, 2010

    Peranan utama seorang pendidik adalah memastikan bahawa setiap pelajar memperoleh ilmu yang seimbang. Kreativiti dalam setiap minda pelajar adalah penting. Kreativiti membentuk innovasi. Kreativiti juga amat berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis.Untuk membentuk pemikiran kritis dalam minda pelajar, kita memerlukan pendidik yang berfikiran kreatif. Misalnya, jikalau seorang pendidik hanya mengajar berlandaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian pendidikan dan tiada penambahan khususnya tentang maklumat dan isu-isu semasa, tidak mungkin seorang pendidik itu dapat membawa pelajar-pelajarnya ke arah pemikiran kritis. Sebagai seorang pendidik, kreativiti memainkan peranan utama. Seorang pendidik harus bijak mempelbagaikan cara pengajarannya supaya para pelajar dapat berfikir dengan kritis. Seperti contoh, seorang pendidik itu harus mengajak pelajar-pelajarnya untuk sama-sama berfikir, berbincang dengan memberikan pendapat-pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu perkara atau masalah. Seorang pendidik yang bertauliah sememangnya sudah mempunyai kemahiran asas. Namun, seorang pendidik harus mempunyai inisiatif untuk meningkatkan kemahiran diri dari segi cara mengajar dalam kelas. Selain itu, seorang pendidik juga harus memastikan bahawa pendekatan yang diterapkan dalam kelas harus menepati dan selari dengan keperluan dan kehendak para pelajar kini.Ariff Rizwan SahabS0900003K

    (reply)
  7. Sitti Maisarah  December 31, 2010

    Sememangnya, pendidikan merupakan suatu faktor yang amat penting sekali dalam tiap-tiap hidup manusia. Mengikut beberapa kajian yang dijalankan, telah didapati bahawa penuntut lebih mudah untuk mempelajari sesuatu perkara jikalau terdapat suatu perkara yang memangkin minat penuntut untuk belajar. Sebagai contoh, objek-objek yang berwarna terang dan cara pembelajaran yang berlainan dapat memangkin minat penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar. Tiap-tiap penuntut mempunyai kebolehan pembelajaran yang berlainan seperti visual, praktikal dan lisan. Mengikut zaman millieu ini, teknologi merupakan satu faktor penting dalam hidup harian manusia kerana kebanyakan kemudahan disediakan dalam aspek teknologi. Oleh sebab itu, idea-idea yang kreatif serta inovatif diperlukan bagi menjanakan kebolehan Dan keupayaan penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar untuk belajar.Justeru, seorang pendidik atau guru harus dilatih agar beliau cekap dan bersedia dengan pelbaai idea-idea untuk mendidik para pelajar secara kreatif dan inovatif. Dengan kecekapan seorang guru dalam menyediakan aktiviti-aktiviti yang memangkin minat pelajar, ia dapat membolehkan sesebuah mata pelajaran itu menarik dan membuatnya kontemporari. Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  8. Shahirah  December 31, 2010

    Tidak mudah mendefinasikan seseorang guru atau tugas seseorang guru. Seseorang guru mendidik sesuai dengan keperluan kurikulum sekolah serta di luar kurikulum sekolah. Seseorang guru membentuk 'character' atay perwatakan seseorang pelajar. Seseorang guru mempengaruhi pemikiran pelajar dan mengubah kehidupan pelajar. Seperti yang disebutkan Sophian, konsep 'by the book' terlalu sering dipraktikkan sehingga guru-guru takut untuk keluar dari kepompong syllabus atau kurikulum. Ya, benar sistem ini telah terbukti berkesan dalam mengembangkan lagi IQ pelajar-pelajar.Namun demikian, sejauh manakah sistem ini berkesan dalam mendidik seseorang dengan sepenuhnya ? Dapatkah ia membentuk perwatakan pelajar ? Dapatkah ia mempengaruhi serta mengubah kehidupan pelajar ?Disinilah dua elemen penting iaitu kreatif dan inovatif dimasukkan. Ssistem yang sedia ada ini diubah menjadi satu sistem baru yang lebih berkesan. Dasar-dasarnya tidak diubah, hanya caranya sahaja yang berbeza. Ini yang dimaksudkan dengan 'satu ciptaan baharu yang sebenarnya adalah pembaikan daripada yang sedia ada'.Contohnya pembelajaran Peribahasa yang selalunya dilakukan menerusi buku kerja atau kertas latihan boleh diubah menjadi satu yang lebih menarik, misalnya, guru boleh mencipta permainan baru seperti Treasure Hunt yang memerlukan pelajar mencari peribahasa dan maknanya kemudian memadankan dengan tepat. Contoh yang nampak sederhana itu memaparkan sifat kreatif dan inovatif guru itu kerana telah berjaya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Pelajar bukan sahaja mempelajari tentang peribahasa malah 'aksi mencari harta itu' telah menggalakkan mereka supaya memikir secara kritikal sesama ahli kumpulan mereka.Contoh ini juga menampakkan usaha guru itu supaya menjadi lebih relevan dengan keperluan zaman. Zaman ini bukan lagi zaman kertas, buku dan pena. Ini zaman baru dan lebih bersifat 'on-the-go'. Pelajar mudah bosan dengan suasana bilik darjah yang sentiasa sama. Ini melambatkan proses pembelajaran mereka kerana sama sekali tidak ada motivasi untuk belajar.Satu lagi faktor ialah profil pelajar yang kini berbeza dengan pelajar sepuluh tahun dahulu. Kini, majoriti pelajar, memiliki komputer, komputer riba, telefon bimbit bijak dan sebagainya. Mereka kini tidak boleh berpisah dengan internet kerana ia sudah menjadi sebati dengan kehidupan mereka. Malah pena dan kertas sudah menajadi 'redundant' atau tidak perlu sama sekali bagi mereka. Kemewahan pelajar-pelajar zaman sekarang perlu dimanfaatkan supaya boleh membawa kebaikan kepada mereka.Ahkir sekali, perubahan ini boleh dilihat sebagai evolusi sistem pendidikan singapura. Sedang negara lain semakin maju dari segi sistem pendidikan mereka, tidak salah bagi guru-guru singapura untuk memulakan langkah pertama, walau sekecil apa pun.Sya merumuskan komentar ini dengan sebari kata-kata hikmah yang tidak bertuan "A teacher's purpose is not to create students in his own image, but to develop students who can create their own image."SHAHIRAH SAMSUDINS0900017G

    (reply)
  9. sitinoraishasenin  December 31, 2010

    Sejak beberapa tahun lalu, para guru digalakkan untuk memberi ruang bagi para pelajarnya untuk berfikiran kreatif. Namun demikian, daya inovasi dan kreativiti bukannya sesuatu yang datang dengan mudah. Ia memerlukan masa dan sistem yang fleksibel agar pemikiran para pelajar dan guru tidak buntu dan terhad. Tambahan pula, guru sering ditekankan untuk menghasilkan prestasi yang baik dalam bidang akademik para pelajarnya. Penekanan ini membebankan para guru sehingga objektif utama dalam mendidik adalah semata-mata untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam akademik para pelajar. Akibatnya, aspek kreativiti murid-murid tidak diberi ruang untuk dicerna kerana guru itu sendiri tidak punya peluang dan ruang untuk berfikiran kreatif. “The principle goal of education is to create men who are capable of doing new things, not simply of repeating what other generations have done – men who are creative, inventive and discoverers” – Jean Piaget(pakar psikologi Swiss)Menurut Jean Piaget, prinsip utama pendidikan adalah untuk menghasilkan insan yang “creative, inventive and discoverers”. Namun demikian, ketiga-tiga aspek ini agak sukar dilihat dalam diri para guru dan pelajar. Guru yang enggan mencuba teknik-teknik dan cara pengajaran yang baharu turut menjejas kreativiti para pelajarnya. Akhirnya, yang terhasil hanyalah para pelajar yang hanya “repeating what other generations have done” dan tidak dapat menjana idea-idea baharu. Namun begitu, tidak adillah jika guru sahaja yang dipersalahkan sedangkan sistem masih lagi dalam takungan lama, iaitu mementingkan prestasi akademik. Lantaran itu, sistem pendidikan yang fleksibel dan progresif amatlah diperlukan bagi menghasilkan insan-insan yang kreatif dan inovatif. Siti Noraisha Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  10. sally  December 31, 2010

    Pemerintah Singapura telah mengenalkan rakyatnya terutama sekali generasi muda untuk berfikir secara keratif serta innovatif agar negara kita dapat maju ke hadapan dalam zaman millieu ini. Mereka mengenalkan pemikiran ini kerana pemerintah telah tahu kelemahan rakyat kita dan sebab rakyat kita tidak makmur. Oleh itu, pemerintah mencuba idea baharu ini. Positif bagi rakyat Singapura berfikiran kreatif dan innovatif adalah mereka akan lebih cekap mencari solusi kepada masalah-masalah yang bertimbul sejak dulu. Sebagai contoh, guru-guru akan mengajak murid-murid yang masih sekolah di sekolah-sekolah permerintah untuk berfikir secara begini. Alasan untuk membuat demikian agar murid-murid akan lebih menyesuaikan diri mereka untuk berfikir cepat ke arah kerativiti dan inovasi daripada mengajar mereka berfikir apabila mereka menjadi dewasa. Pemerintah juga mahu idea-idea baharu daripada generasi muda kerana kehidupan selalu berubah mengikut keadaan. Justeru, manusia juga harus berubah dengan cara pemikiran mereka.Selain itu, idea-idea yang berbeza dan juga baharu akan membuat setiap individu untuk menjadi unik dari segi pemikiran mereka. Bakat-bakat yang dipendam pada diri individu boleh mewujudkan satu laluan yang baik bagi mereka untuk dijadikan satu pekerjaan. Contohnya, Taufik Batisah tidak tahu bahawa beliau ada bakat untuk menyanyi sehingga beliau menjadi satu peserta di Idola Singapura. Rabiatul Adawiyah juga adalah lagi satu anak muda yang telah berjaya memenangi satu pingat emas dalam silat ketika bertanding di Sukan SEA pada tahun 2009.Anak-anak muda harus sentiasa berwaspada dalam perubahan dunia untuk berfikiran kreatif dan innovatif kerana ia adalah satu cabaran yang sukar untuk dilalui. Jikalau mereka dapat berjaya menyesuaikan diri mereka dalam perubahan ini, mereka dapat melangkah jauh dalam hidup. Siti Salmah HamidS0900020D

    (reply)
  11. shashasha affan  January 1, 2011

    Pendapat Albert Einstein terhadap pendidikan sememangnya harus dipersetujui dan diingati oleh orang ramai. Beliau juga memberikan pendapatnya terhadap guru-guru yang seharusnya melihat bidang perguruan sebagai satu hadiah yang berharga bukan sebagai satu kerja yang berat dan membebankan. Guru-guru harus pandai menarik perhatian para pelajarnya dengan mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif, bukan sahaja menggunakan buku-buku sekolah. Minda mereka harus sentiasa penuh dengan idea-idea yang baru dan di luar jangkauan orang ramai agar dapat menggugut fikiran pelajar mereka lantas menarik minat pelajar untuk belajar dan menyertai kelas. Sememangnya, inilah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru dalam bidang perguruan. Buku-buku sekolah hanya digunakan untuk bimbingan guru dan selain daripada itu adalah untuk guru-guru mereka aktiviti-aktiviti dalam kelasnya agar ia lebih bermakna bagi pelajar mereka.Sayangnya, pendidikan Singapura terlalu fokus kepada sistem markah atau merit sehingga membelakangkan bakat-bakat yang terpendam dalam jiwa para pelajar seperti seni, sastera dan seumpamanya. Namun demikian, pemerintah Singapura sedang cuba sedaya upaya untuk membangkitkan bakat-bakat tersebut dengan membina sekolah-sekolah seperti Sekolah Sukan Singapura(SSS) dan baru-baru ini, sebuah Sekolah Kesenian(SOTA) dibina agar para pelajar dapat mencipta nama yang boleh membanggakan rakyat Singapura.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)

Add a Comment