Blog / News

KESUCIAN BAHASA

Posted by:

Konsep kesucian bahasa merupakan satu ukurtara mutlak kepada kewujudan sesuatu bahasa. Kesucian yang dinodai bermaksud bahasa yang hilang citranya sebagai sesuatu yang dikagumi dan diagungi. Perihal ini berlaku apabila wujud pengguna yang menodai bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti dalam hal merubah keseluruhan mahupun sebahagian daripadanya. Kini kita dapati pihak media massa khususnya menganuti semakin banyak istilah Inggeris dengan mentalkinkan istilah-istilah Melayu sedia yang ada. Bahasa yang pada suatu masa menghiasi batu nisan kini menjadi penghuni kubur dengan nisanya dihiasai wacana Inggeris. Cengkeram menjadi deposit, maklumat menjadi informasi, lalulintas menjadi trafik, perbualan menjadi komunikasi, disyaki menjadi suspek dan senarainya semakin panjang.

Buat masa ini bahasa terus diragut kesuciannya tanpa belas ikhsan. Namun dunia yang fanah ini tetap berputar dan akan tiba masanya nanti bahasa diragut daripada lidah-lidah pencemar dan apabila sampai masa itu tiada lagi upaya yang dapat mengembalikan bahasa nan indah. Yang ada hanyalah lidah-lidah yang bercabang.
13

Discussion

  1. Ariff Rizwan Sahab  July 20, 2010

    Masyarakat Melayu kini dikhuatiri dengan pencemaran bahasa yang berlaku sewenang-wenangnya. Pencemaran bahasa ini menyebabkan kesucian bahasa diragut dan Bahasa Melayu hilang citranya sebagai bahasa yang diangungi dan dikagumi. Namun, fenomena meragut kesucian bahasa ini berlaku disebabkan penutur, khususnya golongan generasi muda yang menuntut penggunaan bahasa yang lebih dinamik. Saya berpendapat bahawa, masyarakat Melayu terpaksa mengharungi satu dilema, yakni antara mempelihara kesucian bahasa dan memudahkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu. Misalnya, ramai Gen Z yang lebih cenderung kepada penggunaan Bahasa Inggeris sehingga menjejas kefasihan berbahasa Melayu mereka. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Gen Z sudah mula hilang minatnya bertutur dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, penghasilan istilah-istilah Inggeris atau bahasa yang bersifat dinamis dapat memudahkan golongan Gen Z menguasai Bahasa Melayu. Misalnya, penggunaan istilah radio dan tetuang udara atau antara penggunaan berhubung dan berkomunikasi.Selain itu, kesucian bahasa juga terjejas dengan penggunaan istilah-istilah yang direka masyarakat penuturnya. Seperti contoh, kita lazim menggunakan pelayan restoran, walhal istilah yang lebih tepat adalah pramusaji dan ramai yang menggunakan jualan habis-habisan sedangkan kita boleh menggunakan istilah jualan perabis.Kesimpulannya, mengambil jalan pintas dengan memelayukan istilah Inggeris bukanlah jalan penyelesaian untuk menarik minat penutur bahasa Melayu dan tuntutan penggunaan bahasa yang bersifat dinamis adalah satu alasan untuk mematikan pengunaan bahasa Melayu yang baku, sopan, suci dan indah. Ariff Rizwan SahabS0900003K

    (reply)
  2. shahedabintalib  July 20, 2010

    Kesucian bahasa Melayu sememangnya sudah semakin tercemar akibat ingin menurut dan menunduk kepada peredaran masa. Sinonimnya, bahasa Melayu perlu fleksibal bagi memudahkan golongan muda untuk menutur dan menggunakan bahasa itu. Namun demikian, secara tidak langsung, ini telah menghakis keaslian bahasa Melayu itu sendiri dengan penukaran kata-kata yang asalnya kepada yang disadur dari bahasa Inggeris. Jika kita tinjau di negara jiran, Malaysia contohnya, mereka juga tidak memartabatkan keaslian bahasa Melayu itu malah mereka semakin menghakis penggunaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, di saluran RTM1, slogan yang pada mulanya diusulkan sebagai satu pembaharuan ialah ‘Saluran infortainmen anda’. Kata ‘Infortainmen’itu telah diambil daripada gabungan kata informasi dan entertainment. Namun demikian, ini telah melanggar syarat-syarat tetap pemerintah yakni untuk menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. Ia telah menjadi satu perdebatan hangat dan kini ia telah kekal kepada ‘Saluran Inforia’. Pada pendapat saya, walaupun kita harus sejajar dengan peredaran masa, namun demikian, bahasa Melayu masih harus dikekalkan keasliannya. Guru-guru seharusnya bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak muda yang berada di bangku sekolah dan lebih mendedahkan mereka kepada kekata bahasa Melayu yang asli daripada menggunakan perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris. Murid-murid seharusnya diberikan nilai pemarkahan yang lebih tinggi jika mereka dapat menggunakan bahasa Melayu yang asli daripada yang disadur dari bahasa Inggeris. Natijahnya, ini dapat memastikan bahawa kata-kata itu terus digunakan dalam penuturan dan juga penulisan. -Shaheda-S0900016K

    (reply)
  3. Shahirah Samsudin  July 20, 2010

    Saya bersetuju dengan konsep kesucian bahasa yang telah tercemar. Saya berpendapat bahawa puncanya ialah sikap orang Melayu yang tidak mengendahkan asas bahasa Melayu itu sendiri. Wujudnya perkataan-prrkataan yang diambil dàri bahasa Inggeris kerana prrkataan Melayunya sememangnya tidak wujudnya mungkin boleh diterima. Namun demikain, kebiasaan itu membuat penutur mengambil kesempatan untuk menukar hampir semua perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kini sudah terdapat penggnaan perkataan deforestasi sedangkan perkataannya ialah pembasmian atau nyah hutan. Siapa yang patut dipersalahkan ? Mungkin media massa sepertimana yang tertera di dalam pos di atas. Media massa merupakan wadah penting yang menyampaikan sesuatu maklumat. Maklumat yang disampaikan itu haruslah yang betul kerana ia Akan sampai kepada masyarakat umum yang pada dasarnya mempelajari sesuautu dari media massa. Kedua, guru-guru di sekolah juga boleh dipersalahkan. Mereka merupkan guru yang mengajar bahasa itu. Oleh itu mereka harus pastikan apa yang diajar itu benar-benar mengikuti dasar Dan asas bahasa Melayu yang sebenarnya. Guy-guru moden seringkali menggunakan istilah istilah baru yang kononnya dapatmenggantikan yang lama. Namun demikian, silapnya ialah, perkataan-perkataan ini diambil Dari bahasa Inggeris. Di situ nilai bahasa Melayu hilang sekali gus. Lainlah kalau dilertikaikan tentang evolusi bahasa – contohnya daripada bahasa biasa ke bahasa Internet. Sekurang-kurangnnya bahasa Melayu itu tetap wujudnya tetapi dalam keadaan yang lebih relevan untuk generasi muda. Shahirah samsudinS0900017G

    (reply)
  4. Shahirah Samsudin  July 20, 2010

    * guru-guru moden seringkali menggunakan istilah baru yang kononnya dapat menggantikan yang lama * kalau dipertikaikan*sekurang-kurangnya bahasa melayu tetap wujud

    (reply)
  5. abdul  July 20, 2010

    Orang Melayu Singapura, baik yang muda mahupun yang tua, harus disatukan menerusi penggunaan satu, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu penting buklan sekadar untuk menjadi alat komunikasi tetapi penting sebagai penatar budaya. Bahasa itu terus kukuh dan berharga jika diguna pakai dalam penulisan, perbualan, ceramah, ucapan dan mesyuarat.Tanpa menggunakan bahasa Melayu yang betul dan meluas boleh menimbulkan kepincangan kepada pemupukan dan pemantapan patriotisme rakyat. Ia kerana bahasa kebangsaan adalah salah satu teras perpaduan dan jati diri orang Melayu Singapura. Memang ada alasan konkrit untuk membimbangi kecenderungan generasi kini lebih banyak menggunakan bahasa rojak daripada bahasa Melayu murni sama ada dari segi pemakaian frasa mahupun pembinaan ayat lengkap subjek dan predikatnya. Apabila pertuturan dan penulisan kita sudah bercampur aduk dan lebih banyak bahasa rojak daripada bahasa asli yang murni, dengansendiri kebimbangan tadi ada tebing kebenarannya.Apabila kita tidak dapat membezakan `boleh' daripada `dapat', `akhbar mereka baca' daripada `akhbar dibaca oleh mereka', dan `esei saya tulis' daripada `esei ditulis oleh saya', pastilah yang terbabit tidak tahu berbahasa Melayu dengan betul. Justeru, kecintaan terhadap bahasa masih diragui sehingga boleh melunturkan semangat jati diri.

    (reply)
  6. Sitti Maisarah  July 20, 2010

    Kesucian bahasa adalah sesuatu isu yang sensitif jika dipersoalkan dengan pakar-pakar atau pencinta bahasa. Bahasa yang suci bermaksud ia bersih dan qudus serta tidak dicemarkan dan dikotorkan. Demi menjaga kesucian bahasa itu, penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat Melayu harus baik dan tidak tercemar. Kesucian bahasa Melayu dapat dijadikan bukti kepada budaya masyarakat Melayu di Singapura oleh sebab kesantunan bahasa itu sendiri menunjukkan kesantunan budaya masyarakat.Pencemaran kepada bahasa Melayu yang asalnya suci sudah pun terjadi dalam negara Singapura oleh sebab golongan yang menganggap bahasa Melayu sesuatu yang melecehkan lalu diubah bahasa itu mengikut trend saman millieu ini. Media massa merupakan sebuah wadah yang paling banyak pengaruh dalam diri individu masyarakat lantas, penggunaan bahasa yang salah dapat mempengaruhi masyarakat dan akhirnya tercemarlah sebuah bahasa itu.Sikap memperlekehkan sebuah bahasa itu memberi kesan yang hebat kepada penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat. Justeru, sebuah bahasa itu akan tercemar oleh sebab faktor-faktor yang boleh memberi kesan yang buruk kepada bahasa itu. Guru-guru juga memainkan peranan penting bagi memastikan sebuah bahasa itu digunakan dengan baik dan sempurna. Ibu bapa juga harus membantu dengan menanam bahasa Melayu dalam diri anak mereka dan memupuk anak mereka untuk senantiasa menggunakan bahasa Melayu yang baik demi memartabatkan bahasa Melayu.Kesimpulannya, bahasa itu dapat dijamin kesuciannya apabila penganut-penganut bahasa Melayu mempelajari bahasa itu dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan serta minat. Selagi ada golongan masyarakat yang cinta dengan bahasa Melayu, selagi itu sebuah bahasa itu amat payah untuk meragut kesuciannya dan dibiarkan tercemar.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  7. shashasha affan  July 20, 2010

    Saya setuju bahawa bahasa Melayu semakin terjejas kesuciannya.Dalam konteks Singapura, masyarakat Melayu tidak dapat mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa rojak kerana Singapura mempraktikkan dasar dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kedua-dua bahasa dititikberatkan kepada pelajar-pelajar agar fasih berbual dalam kedua bahasa tersebut.Namun demikian, generasi muda semakin mengendahkan bahasa Melayu dan tidak lagi melihat kepentingannya di Singapura kerana mereka percaya bahawa bahasa Inggeris akan membawa kepada kemajuan. Misalnya, bahasa Inggeris akan memberi mereka apa sahaja pekerjaan yang diingini.Jika ditinjau, semakin ramai orang-orang Melayu yang terlibat dalam pekerjaan yang ada kaitan dengan media seperti radio DJ dan penyanyi. Sememangnya, kebanyakan daripada mereka berkelulusan tinggi dan mahir dalam bahasa Inggeris. Namun demikian, mereka terpaksa terlibat dalam pekerjaan sedemikian kerana ingin mencari mata pencarian wang dan tidak mempunyai banyak pilihan. Langkah sedemikian bukan sahaja menjejas profesionalisme pekerjaan malah ia juga menjejas kesucian bahasa Melayu. Seharusnya, pekerjaan sedemikian perlukan seseorang yang pandai berbicara dalam bahasa Melayu baku kerana merekalah yang akan menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya mengenai isu-isu Singapura pada ehwal semasa. Mereka juga memikul tanggungjawab yang besar kerana mempunyai khalayak yang mengharapkan bahan dalam bahasa Melayu secara formal/baku. 'Pelajar-pelajar' mereka merangkumi peratusan yang besar dalam masyarakat Melayu. Natijahnya, masyarakat Melayu seharusnya memilih seseorang bukan sahaja mengikut kelulusan mereka bagi pekerjaan sedemikian malah pada masa yang sama, mengikut penguasaan dan kefasihan seseorang itu dalam perbualan bahasa Melayu. Sekiranya gagal melakukan sedemikian, kesucian bahasa Melayu akan terjejas.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  8. Hairani Asri  July 20, 2010

    Kesucian bahasa yang diragut merujuk kepada pencemaran bahasa yang berlaku pada zaman mutakhir ini. Kebanyakan pencemaran bahasa berlaku dalam aspek ejaan, penggunaan istilah, perbendaharaan kata, sebutan dan penambahan. Selain itu, pencemaran bahasa dapat dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan.Masalah pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek.Hairani

    (reply)
  9. Nur Syazwani♥  July 20, 2010

    Kesucian bahasa itu terjejas akibat penuturnya. Bahasa sebagai alat komunikasi telah mengakibatkan penuturnya menggunakan bahasa itu dengan sewenang-wenangnya.Bahasa adalah sebagai medium atau perantara komunikasi dalam proses pembelajaran. Ia merupakan elemen penting dalam pembentukan jatidiri dan penguasaan linguistik seseorang individu. Maka adalah amat mustahak proses pendidikan bahasa itu dimulai dan dipupuk sejak dari peringkat awal pembelajaran formal seseorang.

    (reply)
  10. sitinoraishasenin  July 20, 2010

    Kesucian bahasa sememangnya telah dinodai oleh pengaruh bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Namun begitu, bukan sahaja Bahasa Inggeris yang telah mencemari bahasa yang indah ini. Bahasa-bahasa Mandarin, Hokkien, Tamil, Hindi dan sebagainya yang kini dicampuradukkan dalam perbualan bahasa Melayu juga menggugat kesucian Bahasa Melayu. Kesucian Bahasa Melayu di sini membawa erti penggunaan Bahasa Melayu secara rambang yang tidak mengikut tatacara bahasa yang sempurna. Bahasa Melayu pasar adalah antara contoh dimana bahasa dicemari.Dalam suatu sudut pandangan yang lain,kesucian bahasa ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana bahasa haruslah mengikut perubahan dan peredaran masa;bahasa perlu mengikut keperluan semasa. Apa yang diperlukan adalah ilmu mengenai bahasa Melayu yang standard supaya khalayak mempunyai kebolehan untuk membezakan bahasa yang telah dicemari dan bahasa asal Melayu yang masih suci. Ilmu sebegini akan memberikan khalayak tanggungjawab untuk menghargai bahasa yang asal tanpa pencemaran.Isu mengenai pencemaran bahasa ini telah membimbangkan beberapa golongan pelajar-pelajar Melayu Singapura. Mereka berasa bahawasanya bahasa Melayu kini mempunyai terlalu banyak kekata yang diambil daripada Bahasa Inggeris. Kenyataan ini telah saya ketahui ketika menjalankan suatu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar pengajian tinggi. Mereka juga berasa kurang selesa dan tidak senang dengan adanya kekata-kekata ini. Oleh itu, pada pendapat saya, kesucian bahasa Melayu sememangnya akan lebih tergugat akibat ancaman bahasa-bahasa asing.

    (reply)
  11. sally  July 20, 2010

    Konsep kesucian bahasa merupakan bahasa yang standard. Khususnya, bahasa Melayu di Singapura. Kini, ramai generasi muda tidak tahu konsep kecusian bahasa. Oleh itu, mereka merosakkan bahasa Melayu dengan menggunakkan bahasa pasar. Mereka gabungkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu standard. Justeru, mereka tidak boleh berkomunikasi dengan generasi tua dan mereka lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan mereka.Oleh itu, guru dan ibu bapa harus memupuk pemikiran anak-anak mereka bahawa bahasa Melayu standard itu penting. Jika mereka tidak melakukan tindakan yang wajar, kesucian bahasa Melayu akan musnah dan kemungkinan besar ia akan hilang dalam jangka masa yang panjang.Siti SalmahS0900020D

    (reply)
  12. IAN SIRNA AZALI  July 20, 2010

    Bahasa Melayu banyak menjalani perubahan dan perkembangan dalam pembikinan istilah. Istilah-istilah lama seperti lalulintas, matlumat, cengkeram dan sebagainya telah diperbaharukan dengan peminjaman istilah Inggeris dalam zaman millieu ini. Hal ini dapat dilihat penggunaannya oleh pihak media.Peminjaman istilah bukanlah selalunya mendatangkan keburukan. Kepentingan peminjaman ini ialah untuk mengembangkan perkamusan bahasa Melayu. Melalui ini, bahasa itu akan dapat berkembang dan kekal relevan di mata dunia. Ini adalah kerana, jika istilah-istilah diguna secara berlebihan, istilah itu akan dianggap klise. Kepelbagaian dalam penulisan tidak dapat dilihat. Penulisan akan kelihatan sebagai sesuatu yang membosankan dan tiada variasi dalam penggunaan istilah.Pihak MABBIM atau mereka yang menentu peminjaman istilah asing sebagai bahasa Melayu tidaklah terlalu 'keinggerisan'. Ini adalah kerana hampir setiap perkataan baharu merupakan istilah inggeris dan pastinya kita tidak mahu dilihat sebagai penutur dan pengguna bahasa Inggeris yang diMelayukan.Lantas, peminjaman istilah-istilah perlulah dipertimbangkan sebelum diterima bulat-bulat untuk dipergunakan. Bahasa Melayu itu sendiri perlu berkembang mengekori zaman agar kekal relevan penggunaannya pada masa-masa yang akan datang.

    (reply)
  13. sitinoraishasenin  July 20, 2010

    *Kesucian Bahasa Melayu yang dicemariSiti NoraishaS0900019A

    (reply)

Add a Comment