Blog / News

ASAS’50 NAC International Residency Programme 2010

Posted by:

Program Penulisan  IRP-ASAS ‘50

Program Penulisan IRP-ASAS ‘50

PROGRAM PENULISAN ANTARABANGSA (JUN-NOV 2010)

Program Penulisan Antarabangsa ASAS ’50-NAC atau IRP-ASAS ’50-NAC adalah program penulisan bertujuan menyediakan seorang mentor (penulis luar negara) bagi membimbing para penulis Singapura melahirkan lebih banyak karya asli Singapura yang bermutu dalam bahasa Melayu.

Mentor yang dilantik khusus bagi program ini ialah Profesor Emeritus Dr Budi Darma dari Universitas Negeri Surabaya. Beliau merupakan seorang Profesor Kesusasteraan dan penulis terkenal Indonesia. Mentor tersebut akan menyediakan ruang bagi para peserta mendalami pengetahuan, kefahaman, keperluan dan kemahiran dalam bidang penulisan, khususnya genre novel.

Program ini adalah kursus intensif selama 6 bulan yang akan bermula pada bulan Jun 2010 hingga November 2010, dengan kemuncaknya para peserta menghantar sebuah karya berbentuk novel untuk dinilai dan diterbitkan.

Bagi pendaftaran sila muat-turun borang berikut dari lelaman alamat ini untuk Bahasa Melayu and Bahasa Inggeris (English)

0

Add a Comment