Blog / News

LIBERALISME VRS KONGKONGAN

Posted by:

Banyak diperkatakan tentang gerakan dunia hari ini tertumpu kepada liberalisme. Hakikatnya kebebasan yang mutlak menjadi anutan pihak-pihak tertentu dalam merealisasikan motif masing-masing. Akibatnya terjadi apa yang dikenali sebagai hyper-liberalisme iaitu perlakuan atau tindakan mahupun pemikiran yang melampaui batas.
Liberalisme adalah baik kerana ia membuka minda dan menanam keyakinan manusia untuk bertindak dan berfikir bebas daripada kongkongan dan kekangan tradisi serta budaya feudalisme yang menghambat pembangunan insan sebagai individu yang bermaruah. Liberalisme bergerak dalam seluruh kehidupan manusia kerana agama Islam diturunkan ke bumi ini untuk membebaskan manusia daripada cengkaman kejahilan dan bebalisme serta memartabatkan kedudukan wanita kepada yang lebih mulia dan terpelihara. Malangnya setelah enak dengan liberalisme makin ramai yang bergerak ke arah hyper-liberalisme hingga lupa diri, lupa daratan, lupa adab, lupa kesopanan, lupa batasan. Segala-galanya dilakukan atas alasan inginkan kebebesan hak. Akibatnya berlakulah keruntuhan akhlak yang berleluasa hingga tidak mengenali erti malu mahupun menghormati hak dan tuntutan.

Kongkongan pula mendapat perhatian sebagai pendinding lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia hari ini yang terlalu bebas dan terbuka. Kongkongan memastikan bahawa sesuatu tradisi dan budaya terpelihara dan tidak terjejas oleh perubahan sosial. Akibatnya yang dikongkong tidak memahami erti liberalisme lalu sering dihimpit oleh fahaman sendiri tentang satu-satu ajaran atau struktur ia dibesarkan. Kesan daripada ini ia mula melihat dunia dari sudut mikro dan meninjau segala yang bertentangan dengan kepercayaannya sebagai salah atau melanggar aturan. Akibatnya lahirlah konsep fanatisme, ekstrimisme, dan terrorisme. baginya hanya dia yang benar dan yang lain harus dibimbing untuk mengikut “kebenaran”.
11

Discussion

  1. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  July 13, 2010

    Seringkali, kita berfikiran bahawa kongkongan adalah cara yang terbaik untuk menyelasaikan masalah anak-anak daripada didedahkan dengan bahan siber yang tidak harus mereka ketahui. Namun demikian, dengan dunia yang menuju ke liberalisme, alam siber bukanlah satu-satunya tempat untuk mendapat bahan-bahan sebegini. Lihat sahaja di sekeliling. Boleh dikiatakan hampir kesemua tempat awam di Singapura mempunyai gambaran wanita yang hanya berpakaian sedikit terpampang di poster-poster dan iklan-iklan. Lantas, kongkongan bukan satu solusi bagi menghalang anak-anak muda daripada liberalisme, tetapi ianya adalah satu jalan kecil untuk menghadkan penggunaan internet dan sebagainya. Namun, apabila di sekolah, pelbagai maklumat yang boleh diperoleh daripada rakan-rakan, oleh itu, kongkongan tidak begitu efektif.Namun demikian, saya setuju bahawa ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka daripada terpesong ke jalan yang sesat kerana liberalisme. Semuanya berbalik kepada landasan agama yang dipupuk dalam diri anak tersebut.

    (reply)
  2. Ariff Rizwan Sahab  July 13, 2010

    Saya berpendapat bahawa kongkongan adalah salah satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah sosial. Isu gelaja sosial seperti seks bebas boleh ditangani dengan mengongkong seseorang individu itu.Media massa misalnya memain peranan penting dalam menyumbang kepada berlakukan gejala sosial di kalangan remaja. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan negatif. Namun, kita harus akui bahawa ada segelintir rancangan televisyen yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja. Hakikatnya, program realiti TV serta rancangan-rancangan yang besifat hiburan semata-mata berjaya mengelapkan mata remaja sekaligus mempengaruhi para remaja dengan perkara yang ternyata bersifat negatif. Seperti contoh, pergaulan bebas remaja yang ternyata jauh dari sifat dan nilai-nilai ketimuran, cara remaja berpakaian yang ternyata kurang sopan. Natijahnya, disebabkan tiada kongkongan dalam media massa, remaja kian terpengaruh dan mula mengikut gaya hidup yang menuju ke arah liberalisme yang merupakan punca gejala sosial yang melanda para remaja hari ini.

    (reply)
  3. shashasha affan  July 13, 2010

    Pada pendapat saya, liberalisme mempunyai pengaruh yang positif dan negatif kepada manusia sejagat. Ini kerana sekiranya manusia sentiasa berfikiran terbuka dan bebas, maka kancah sosial akan semakin berleluasa di dunia ini. Sekiranya ditinjau isu-isu sedemikian, masalah-masalah sosial seperti lelaki dan perempuan homoseksual, perjudian dan pelacuran sememangnya disebabkan oleh pemikiran liberalisme.Agama Islam melarang maksiat kerana ia membawa kesan jangka panjang. Agama merupakan pendinding kepada manusia kerana ia mengajar manusia mengamalkan amalan-amalan baik dan melarang mereka melakukan perkara yang dikeji(ammar ma'aruf nahi mungkar). Sekiranya manusia tidak mempunyai agama yang kukuh, maka binasalah diri mereka. Mereka akan sentiasa mempraktikkan perkara-perkara yang dikeji kerana tidak tahu membezakan apa itu benar dan salah, apa itu halal dan haram dan sebagainya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka dikongkong.Pemerintah pula harus berpada-pada apabila mengongkong rakyatnya. Negara seperti Korea Utara dan China merupakan negara komunis, maka pemikiran mereka berbeza dengan liberalisme. Semuanya dikawal dan rakyatnya tidak boleh berbuat apa-apa, hanya menurut kata-kata pemerintah. Singapura adalah negara yang harus dicontohi kerana walaupun pemerintah mengamalkan liberalisme, pada masa yang sama, ia juga mengongkong rakyatnya dengan undang-undang yang tegas. Oleh kerana itu, jarang sekali kita melihat rusuhan atau pergaduhan di kalangan rakyat Singapura.Natijahnya, agama adalah liberal tetapi pada masa yang sama ia juga bersifat kongkongan.Shahirah AffanS0900018D

    (reply)
  4. sitinoraishasenin  July 13, 2010

    Saya bersependapat dengan Cikgu dimana liberalisme bukanlah sesuatu yang negatif; hyper-liberalisme yang sepatutnya dipersalahkan kerana mewujudkan pegangan-pegangan ideologi yang terlalu terbuka. Terhasilnya hyper-liberalisme adalah kerana manusia ingin menjadi sebebas mungkin baik dalam perlakuan, perbualan, pemikiran dan sebagainya. Akibatnya, sebarang kekangan untuk menjaga keadaban sebagai seorang manusia dianggap sebagai perkara yang negatif dan kolot. Agama Islam yang begitu sederhana dan liberal dipandang serong kerana cuba menegakkan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, hyper-liberalisme yang membenarkan manusia untuk berkelakuan liar, dipandang tinggi. Kesan inilah yang membawa ramai daripada kalangan penganut agama Islam berpendapat bahawa mereka mempunyai hak untuk berperawakan "liar" kerana ia akan membebaskan mereka daripada kongkongan agama. Malangnya, mereka tidak memahami bahawa nilai-nilai adab sebagai seseorang manusia yang diberikan agama itu sendiri yang akan membezakan mereka daripada haiwan.Kesimpulannya, agama jugalah yang akan memberikan manusia liberalisme yang diperlukan dan bukan sebaliknya.Siti Noraisha Binte Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  5. Shahirah Samsudin  July 13, 2010

    Bagi saya, ibu Bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak tentang perkara-perkara sedemikian. Namun demikian, semua harus akur bahawa soal mendidik anak-anak mengenai soal-soal yang subjektif begini sebenarnya merupakan satu "natural process" atau satu proses yang semula jadi. Semula jadi di sini bermaksud Ia Akan datang dengan sendirinya. Ibu bapa tidak perlu menetapkan lingkungan umur yang membolehkan anak itu mempelajari tentang Hal-Hal yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak Dan agama. Anak itu Akan sendirinya mempersoalkan sesuatu Hal jika anak itu boleh memahami, tidak salah untuk menerangkan. Jika tidak, mungkin belum masanya. Benar, anak-anak Akan mula belajar Dari kawan-kawan di sekolah Dan sebagainya, di sini peranan ibu bapa sebagai 'kawan' menjadi senjata Utama. Ibu bapa bukan memegang kedudukan diktator tapi lebih kepada sebagai seorang teman yang peka dengan Dan mengikuti perkembangan anak itu.Ramai keluarga yang tidak mengamalkan perbualan secara terbuka tentang Hal-Hal yang dianggap taboo ini tidak menghadapi masalah dengan anak mereka. Mungkin hubungan keluarga yang rapat Dan nasihat ibu bapa memainkan peranan yang penting. Didikan dan dedahan adalah dua perkara yang berbeza. Dalam dunia zaman milieu ini, semua orang terdedah kepada perkara-perkara yang kurang baik di mana-mana sahaja. Dedahan wujud di sekelilbg manusia. Namun demikian, didikan tidak Ada di merata tempat. Didikan tidak formal seperti menyindir boleh berkesan berbanding didikan formal tentang contohnya, seks bebas. Kongkongan tidak Akan berkesan kerana iaAkan merangsangkan lagi minat atau pengetahuan anak itu. Seperti yang dikatakan tadi, dedahan Ada di mana-mana. Anda boleh kongkong anak anda tetapi sejauh manakah kemampuan anda mengongkong persepsi dunia ?Pegangan agama penting walau dalam apa Cara sekalipun. Saya tidak menafikan bahawa liberalisme Akan mencengkam Kitasatu hari nanti. Namun demikian, pegangan agama yangkuat Akan secara automatis menghadkan tahap liberal seseorang itu Dari terus menuju ke tahap hyper liberalisme. Shahirah SamsudinS0900017G

    (reply)
  6. abdul  July 13, 2010

    Ibu bapa tentu sekali memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak mereka menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dalam hal ini, ibu bapa harus bersikap peka terhadap kesan liberalisme terhadap anak-anak mereka. Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.Pemerintah telah memainkan peranan bagi memastikan Singapura tidak terjerumus dalam sistem liberalisme.Contohnya, isu homoseksualiti yang seringkali menjadi isu hangat menampakkan kebijaksanaan pemerintah dengan cara mereka menangani masalah tersebut yang boleh dianggap profesional. Singapura walaupun sering dianggap negara liberal, ia tidak benarkan perkahwinan sesama jenis di sini, todak sepeti negara-negara barat yang lain seperti Canada dan LAs Vegas. Satu lagu contoh ialah mengenai tapisan yang dikenakan kepada filem-filem luar negara. MDA akan memastikan bahawa filem-filem tersebut sesuai untuk ditontoni ramai. NAmun demikian, selain daripada pemerintah, ibu bapa harus sentiasa memastikan bahawa didikan dan asuhan menjadi tunjang kepada pembentukan watak dan perawakan anak-anak mereka. Didikan agama di peringkat awal juga mampu memberikan penilaian yang lebih kritikan kepada anak-anak mereka kerana agama merupakan bimbingan yang terbaik untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul. -Fattah-

    (reply)
  7. shahedabintalib  July 14, 2010

    Di zaman yang pesat ini, kedua-dua faktor ini (liberalisme dan kongkongan) saling membantu dan memerlukan. Liberalisme penting dan berperanan untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Ia akan dapat membantu seseorang mengadaptasikan diri dengan tren-tren atau fenomena yang melanda agar kita tidak akan bertindak sebagai berat sebelah dan asyik mempunyai pemikiran yang kolot dan membataskan pencernaan idea-idea yang kreatif dan menarik. Liberalisme akan memberikan kita ruang untuk bebas melakukan sesuatu namun masih lagi di dalam lingkungan yang boleh diterima umum.Kongkongan pula berperanan sebagai penghadang agar kita tidak terjerumus terus ke arah hyper-liberalisme. Kongkongan, seperti pegangan agama, akan dapat membataskan seseorang daripada melanggar segala adab dan moral. Ia akan menyedarkan kita bahawa kita mempunyai akal fikiran yang membezakan kita dengan seekor binatang.Pada peringkat hyper-liberalisme, isu moral dan tatasusila tidak akan dipedulikan lagi. Manusia hanya ingin menjadi sebebas mungkin dan akan melakukan sewenang-wenangnya di luar norma kehidupan. Mereka tidak akan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan Tuhan sebaliknya menggunakan emosi, perasaan dan nafsu dalam setiap perlakuan mereka. Oleh itu, ini hanya merendahkan lagi martabat mereka sebagai seorang manusia.Natijahnya, kita tidak boleh terlalu ekstrim dan taksub terhadap sesuatu sehingga boleh menjejas kerohanian, moral dan juga tata susila kita sebagai manusia yang telah diciptakan serba-serbi lengkap dengan akal fikiran. Kita seharusnya bersikap sederhana dan menerima sesuatu dengan terbuka namun mengambil agama sebagai panduan dan pegangan hidup agar kita tidak terpesong dari landasan yang benar. -Shaheda-

    (reply)
  8. Hairani Asri  July 14, 2010

    Liberalisme lwn Kongkongan. Dua konsep yang jauh berbeza dan amat rumit tetapi berkait rapat.Setiap manusia dahagakan kebebasan tapi adakalanya kelalaian menyebabkan kebebasan itu disalahgunakan. Lantas, konsep kongkongan perlu diterapkan mengikut konteks supaya kedua-dua entiti tersebut menjadi seimbang.Hakikatnya, semakin ramai yang berkelakuan 'membabi buta' apabila membincangkan tentang isu liberalisme manakala ada pula yang bersikap defensif apabila isu kongkongan diutarakan. Akibatnya, percanggahan pendapat berlaku, maka lahirlah konsep hyper-liberalisme dan ekstrimisme atau fanatisme. Sememangnya, hakisan nilai-nilai moral dan agama sedang berlaku di merata tempat. Pengganasan atau terrorisme juga merangkumi sebahagian daripada masalah sedemikian. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Ilmu duniawi dan ukhrawi harus diberikan penekanan yang saksama oleh mereka. Selain itu, anak-anak harus sentiasa peka terhadap masalah sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat dan dididik untuk membuat penilaian secara kritis. Cara sedemikian dapat memastikan bahawa anak-anak mempunyai pendirian yang kukuh apabila berdepan dengan realiti kehidupan pada masa akan datang.Hairani

    (reply)
  9. sally  July 14, 2010

    Liberalisme merupakan seseorang itu condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik. Ia juga boleh dikatakan sebagai seseorang yang berpandangan bebas mengenai sesuatu hal. Walau bagaimanapun, konkongan itu bererti seseorang itu dibatasi, terikat atau tersekat dalam sesuatu masalah atau keadaan.Pada pendapat saya, ramai warga Singapura terkongkong kepada prinsip mereka kerana mereka beragama serta budaya mereka membuat mereka berpegang kepada prinsip mereka. Oleh itu, ramai warga Melayu konservatif tentang pelbagai hal. Sebagai contoh, homoseksual di Singapura masih belum diterima oleh khalayak ramai kerana mereka tahu perkara itu berdosa dan salah. Walau bagaimanapun, ada di kalangan kita menganggap bahawa hal homoseksual itu boleh diterima di negara kita sebab liberalisme. Mereka tahu bahawa perkara itu salah tetapi mereka dapat terima kerana perkara homoseksual ini disebabkan genetik ibu bapa kita yang digabungkan dalam badan anaknya membuat anaknya suka dengan jantina yang serupa.Oleh itu, sesiapa yang berprinsip itu tahu apa yang betul dan apa yang salah. Tidak semestinya negara itu menuju ke arah liberalisme, warganya harus mengikutinya. Oleh itu, seseorang itu boleh tahu jikalau perkara tersebut itu betul atau tidak.Siti SalmahS0900020D

    (reply)
  10. Sitti Maisarah  July 14, 2010

    Liberalisme seringkali dipandang sebagai sesuatu yang positif oleh sebab ia menggalakkan masyarakat agar berikiran terbuka lantas, secara tidak langsung memupuk pemikiran kreatif dalam minda masyarakat kini. Namun demikian, liberalisme boleh juga dipandang sebagai suatu yang negati jika seseorang itu terlalu ekstrimis. Oleh sebab liberalisme, budaya masyarakat Melayu hilang. Oleh sebab liberalisme, terjadilah kontroversi agama ketika di Amerika, seorang wanita boleh digelar sebagai imam dan lelaki adalah makmumnya. Liberalisme boleh membawa kepada kebaikan pada jangka masa yang pendek sahaja tetapi semakin lama, masyarakat akan mengambil kesempatan untuk mengubahkan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Lantas liberalisme boleh mengakibatkan kesongsangan keimanan seseorang itu.Kongkongan pula merupakan satu pendekatan yang sering digunakan terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa untuk mencegah mereka daripada melihat, mendengar dan melakukan perkara-perkara yang dapat mempengaruhi dan mengganggu nilai moral kanak-kanak. Namun demikian, jika mereka terlalu terkongkong oleh ibu bapa, kanak-kanak pasti akan ketinggalan dan tidak mengetahui beberapa hal. Penyelesaian yang terbaik ialah ibu bapa harus menunggu apabila anak-anak mereka sudah berusia dan matang untuk berfikir secara rasional serta dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.Liberalisme dan kongkongan adalah dua aspek yang berbeza yang dapat dipertikaikan bila untuk menjadi liberalisme dan bila harus mengadakan kongkongan.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  11. IAN SIRNA AZALI  July 14, 2010

    Sama ada liberalisme ataupun kongkongan, yang penting ialah untuk mengadakan keadaan atau suasana kehidupan yang seimbang. Keadaan seimbang bererti tidak terlalu ekstrim kepada sesuatu keadaan atau ajaran. Misalnya, jika keadaan atau suasana terlalu liberal,akan terjadi gejala-gejala yang tidak diinginkan. Gejala-gejala seperti rusuhan, kelakuan sumbang yang berleluasa, tidak mengendahkan hukum-hakam dunia mahupun agama dan sebagainya.Jika terlalu terkongkong dengan sesuatu kepercayaan atau dalam alam agama, isu fanatisme akan terjadi. seseorang yang terlalu fanatik akan besar kemungkinan tidak menitik beratkan hal-hal atau kehendak-kehendak agama seperti kemajuan, kejayaan dan sebagainya. Fanatik akan seringkalinya mementingkan isu halal dan haram, jihad yang membabi buta dan hal-hal solat. minda mereka tersekat beku.Lantas, dalam menimbangkan antara liberalisme ataupun kongkongan, saya berpendapat bahawa anak-anak perlu dibimbing. Bimbingan bukan bererti memukul-bantai anak itu jika dia menangis,atau tidak mengendahkan segala soalan-soalan yang dikemukakan olehnya. Bimbingan ialah untuk menjawab segala pertanyaannya, walaupun ia merupakan soalan yang sama setiap kali.Benar seorang ibu atau bapa akan merasa jengkel akibat tabiat anak yang begitu, tetapi ini adalah cara seseorang anak itu mempelajari dan memahami tentang sesuatu. Bertegas kalau perlu, berlembut jangan selalu.

    (reply)

Add a Comment