Blog / News

GENERASI Z BERPUISI DAN BERILUSTRASI

Posted by:

Buku ini merupakan bukti kepada upaya Generasi Z yang mendahagakan bimbingan dalam dunia sastera (puisi). Ia juga membuktikan bahawa para pelajar bahasa Melayu Singapura masih mempunyai jiwa kepada warisan Melayu jika diberikan bimbingan dan pendedahan. Buku ini juga membuktikan bahawa mengajar dan membimbing perlukan inovasi dan kreativiti agar generasi masa kini memandang khazanah Melayu sebagai suatu yang segar dan mesra GEN Z, bukan sesuatu yang lapuk dan lesu.

Tanggapan golongan tertentu bahawa para pelajar hari ini tidak ambil peduli terhadap warisan Melayu adalah satu kesilapan. Sebenarnya, Gen Z hari ini memerlukan bimbingan dan pendedahan kerana mereka menghadapi cabaran hegemoni bahasa dan kolonialisasi budaya barat yang ekstrim hinggakan mereka hilang identiti kerana keliru bukan kerana mereka inginkan identiti sedemikian.

Apa yang terjadi hari ini adalah kesan akibat kelemahan perancangan berdekad yang lalu. Maka apa yang dirancangkan hari ini akan membawa kesan kepada berdekad akan datang.

12

Discussion

  1. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  July 12, 2010

    Pada pendapat saya, inisiatif melakukan program 'Heartland Poet' ini amat bermanfaat. Sebagai seorang pemuda-acara bagi program ini, saya secara peribadi berfikiran bahawa program ini telah sedikit sebanyak mendidik anak-anak muda kita untuk lebih mengenali khazanah Melayu seperti Sastera itu sendiri. Murid-murid begitu ghairah apabila mereka menghadiri bengkel ini, kerana struktur pelajaran mereka di kelas, kebanyakannya adalah khusus bagi Bahasa Ibunda itu sendiri. Mereka kurang didedahkan kepada keindahan sastera seperti menulis sajak dan menghasilkan Graftera, berdasarkan sajak yang telah ditulis. Buku 'Penyair Gen Z' ini telah berjaya memaparkan bakat pelajar-pelajar daripada sekolah menengah daripada pelbagai daerah dalam bidang Sastera (sajak). Ini membuktikan bahawa generasi muda hanya memerlukan didikan dan pendedahan kepada Sastera(sajak) untuk menghasilkan sesuatu yang begitu memanfaatkan masyarakat Melayu dari segi menjanakan Sastera. Lantas, saya berasa amat bangga dengan kejayaan yang telah diperoleh daripada Bengkel 'Heartland Poet' ini, dan hasil buku yang dilancarkan ini, adalah bukti dan dokumen bagi kejayaannya dalam memasyarakatkan dunia Melayu.

    (reply)
  2. IAN SIRNA AZALI  July 12, 2010

    Bengkel Penyair Marhaen merupakan sebuah inisiatif yang berjaya dan terbukti berkesan. Hasil daripada kejayaan ini boleh diraih ramai, terutama sekali remaja dan penggiat dalam bidang sastera. Kesan jangka masa panjang dapat disemat kepada pelajar dengan membuka ruang baru dan cara-cara tertentu untuk meluahkan perasaan mereka. Kini pelajar akan mencuba untuk berpuisi/bersajak segala luahan hati mereka.Pelancaran buku 'Penyair Gen Z' yang diadakan pada 3 Julai 2010, bukanlah penutup bagi program penyair marhaen, malah merupakan permulaan bagi perkembangan dalam sastera.Sambutan dan sokongan yang diberi oleh pihak-pihak sekolah yang terlibat, guru-guru, dan badan-badan lain telah membuktikan kejayaan program ini.Akhir sekali, melalui projek sebegini, dapatlah karya-karya Melayu didokumentasikan dan dicetak. Sekaligus, ia memartabatkan sastera dan bahasa. Ia juga merakamkan kejayaan masyarakat Melayu, terutama sekali mereka dari golongan muda.Mohd. Sophian

    (reply)
  3. fattah  July 12, 2010

    Buku Penyair Gen Z telah dengan secara kreatifnya memaparkan kerencaman karya-karya pelajar yang mana ia dihasilkan berdasarkan kreativiti masing-masing.Buku ini merupakan suatu bukti bagi sesiapa yang sering memperlekehkan bakat-bakat remaja hari ini. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana hasil kerjasama pelajar yang seringkali bakat mereka tidak diiktiraf, suatu buku yang mencetak karya-karya Melayu telah dihasilkan. Ini penting kerana dengan cara ini, dapatlah karya-karya Melayu menjadi sumber rujukan pada masa hadapan. -Fattah-

    (reply)
  4. Hairani Asri  July 12, 2010

    Majlis pelancaran buku 'Penyair Gen Z' pada 3 Julai 2010 di Perpustakaan Nasional merupakan satu acara yang harus dibanggakan. Hasil keringat para pelajar yang telah menyumbang daya kreativiti mereka dan sumbangan tenaga para pemudah cara selama menjalankan bengkel Penyair Marhaen harus ditabik. Penghasilan buku tersebut bukan sahaja mendokumentasikan karya-karya yang terpilih, malah ia secara tidak langsung merangsang minat para pelajar untuk terus menggiatkan bahasa Melayu tempatan. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan juga akan menjadi pemangkin supaya generasi pelapis kekal memartabatkan bahasa Melayu di Singapura.Lantaran itu, generasi Z menjadi harapan masyarakat dan bangsa untuk terus mempertahankan kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Ibarat pepatah, kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa, kita juga tidak harus memandang remeh terhadap kemampuan generasi muda hari ini.Hairani

    (reply)
  5. shahedabintalib  July 13, 2010

    Kejayaan pelancaran buku ‘Gen Z’ sesungguhnya telah membuka mata masyarakat umum bahawasanya anak-anak muda pada masa kini juga mempunyai potensi dan masih lagi berminat untuk berkecimpung dalam dunia persuratan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa anak-anak Melayu kini sudah tidak lagi berminat dengan dunia Melayu mahupun bahasa Melayu itu sendiri. Pembabitan murid-murid, dari sekolah-sekolah di merata Singapura dalam bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh ASAS ’50, menunjukkan satu inisiatif bahawa mereka ingin memartabatkan bahasa ibunda mereka. Pendedahan yang disediakan oleh ASAS’50 melalui bengkel, ternyata dapat membimbing para murid dan mendedahkan mereka kepada Persuratan Melayu.Natijahnya, pendedahan terhadap dunia persuratan Melayu perlu dilaksanakan dan diperluaskan agar khazanah Melayu satu-satunya dapat terus dikekalkan.-Shaheda-

    (reply)
  6. shashasha affan  July 13, 2010

    Saya berpendapat bahawa inisiatif ASAS' 50 untuk membangkitkan minat sastera di kalangan pelajar-pelajar Melayu Singapura menerusi bengkel Penyair Marhaen semamangnya dialu-alukan.Buku Penyair Gen Z yang dilancarkan baru-baru ini merupakan kompilasi pelajar-pelajar daripada bengkel tersebut. Ia bukan sahaja menunjukkan kreativiti mereka melalui seni lukisan malah ia juga menonjolkan kebolehan mereka untuk menghasilkan sajak-sajak yang berbagai tema. Buku Gen Z menjadi bukti kepada masyarakat Melayu Singapura bahawa pelajar-pelajar ini bukan lemah yang seperti dijangkakan. Isu bahasa Ibunda yang hangat diperdebatkan memberi fokus hanya kepada golongan pelajar-pelajar Melayu yang lemah.Sekiranya mereka diberi fokus dan dikritik kerana kelemahan dalam subjek Bahasa Melayu, guru-guru bahasa Melayu juga seharusnya dipersalahkan kerana mereka merupakan pemangkin pelajar untuk lebih meminati dan menyayangi bahasa Ibunda.Saya setuju bahawa sekiranya pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam Singapura sedia menolong pelajar-pelajar yang lemah bagi subjek Bahasa Melayu,prestasi mereka akan bertambah baik, sepertimana yang telah dilakukan ASAS' 50.Shahirah AffanS0900018D

    (reply)
  7. sitinoraishasenin  July 13, 2010

    Terhasilnya buku 'Penyair Gen Z' baru-baru ini membuktikan keupayaan para pelajar masa kini untuk menghasilkan karya-karya sastera. Pengiktifaran yang diberikan kepada para pelajar dalam buku ini merupakan suatu pemangkin kepada bakat mereka. Usaha sebegini perlu diteruskan supaya bakat pelajar-pelajar Melayu tidak disia-siakan.Idea ASAS '50 dalam memberikan kepercayaan kepada generasi masa kini untuk menghasilkan karya sastera perlu dipuji. Malah, usaha sebegini perlu diperluaskan dan dipraktikkan oleh badan-badan persuratan yang lain.Karya-karya berkualiti yang dimuatkan dalam buku 'Penyair Gen Z' adalah bukti bahawasanya kita masih punyai harapan bagi sastera Melayu untuk diteruskan pada masa-masa akan datang.Siti Noraisha Binte Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  8. Ariff Rizwan Sahab  July 13, 2010

    Buku 'Penyair GenZ' membuktikan keupayaan remaja dan belia dalam memberikan nafas baru terhadap persuratan Melayu. Inisiatif menghasilkan buku seperti 'Penyair GenZ' wajib diteruskan dan diperjuangkan kerana ia merupakan wadah bagi anak remaja untuk menghasilkan karya-karya puitis dan mencurahkan daya kreativiti mereka.Selain itu, inisiatif seperti bengkel Penyair Marhaen juga memberi ruang dan peluang kepada kumpulan belia untuk menjadi pemudah acara dan sekaligus membimbing anak remaja mencurahkan daya kreativiti mereka sehingga terhasilnya buku 'Penyair GenZ'.Buku 'Penyair GenZ' yang selari dengan slogan ASAS '50, yakni seni untuk masyarakat membuktikan bahawa persuratan Melayu di Singapura hidup lagi segar.Syabas kepada ASAS '50 & Sayap Belia ASAS '50!

    (reply)
  9. sally  July 14, 2010

    Pelancaran Buku Penyair GenZ yang berlaku pada 3 Julai 2010 di Perpustakaan Nasional merupakan hasil kerjasama Angkatan Sasterawan ’50 (Asas 50) dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam bengkel ‘Heartland Poet’ yang diadakan beberapa bulan yang lalu.Selain itu, tenaga manusia yang banyak harus ada sebelum buku ini diterbitkan agar acara itu boleh berlaku. Oleh itu, pelajar-pelajar dari serata sekolah di Singapura berminat untuk meruangkan masa mereka untuk pergi ke bengkel dan belajar kemahiran yang tidak boleh didapati dimana-mana kecuali dengan Asas 50. Remaja ini akan lebih kreatif untuk melukis isi hati mereka sebagai satu lukisan atau mereka boleh ekpresi dalam bentuk sajak. Perkara ini membuat remaja zaman ini lebih tahu tentang sastera Melayu tradisional.Oleh itu, misi Asas 50 ialah ‘seni untuk masyarakat’ disebabkan organisasi ini untuk menyumbang kepada masyarakat dengan kursus-kursus ini. Justeru, Buku Penyair GenZ adalah bukti bahawa itu remaja itu yang melakukannya dengan bimbingan Asas 50.Siti SalmahS0900020D

    (reply)
  10. Sitti Maisarah  July 14, 2010

    Pelancaran buku Gen Z jelaskan menunjukkan keupayaan belia-belia untuk menulis karya sastera iaitu, sajak. Kebolehan mereka menyerlah dengan pelancaran buku tersebut lantas, ini menunjukkan bahawa belia dapat mengecapi ilmu persuratan jika dibimbing dan dididik ke Arab penulisan kreatif. Tambahan pula, guru-guru memainkan peranan penting bagi memupuk pelajar-pelajar untuk berkarya juga memangkin minat para pelajar dalam dunia persuratan.Selain menggilap ilmu sastera belia, ia juga memberi kesempatan untuk para belia menunjukkan kemahiran mereka dalam bindan lukisan dan seni. Dalam buku tersebut, terdapat beberapa hasil graftera yang dilukis oleh para belia Dan yang terbaik dipilih untuk dibukukan dalam buku Gen Z tersebut. Asal mula acara Heartland Poet atau Penyair Marhaen ialah penciptaan sajak belia-belia dan lukisan yang berkaitan dengan sajak mereka lantas, hasilnya terbukti melalui pelancaran buku Gen Z.Sebagai seorang pemudah cara Heartland Poet, saya dapat melihat kesungguhan para belia dalam menghasilkan sajak dan graftera mereka dalam satu hari. Secara personal, saya benar- benar berpendapat bahawa belia-belia berkebolehan untuk menghasilkan karya tersendiri jika didorong dan dipupuk dengan betul.Akhir kata, inisiatif dalam menghasilkan buku Gen Z ini adalah amat baik sekali kerana hasil kerja pelajar-pelajar tersebut dihargai sepenuhnya malah dijadikan buku.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  11. Shahirah Samsudin  July 15, 2010

    Kenapa jawapan saya hilang ? :(

    (reply)
  12. Shahirah Samsudin  July 15, 2010

    Saya Membawa dunia persuratan Melayu Singapura ke satu tahap yang baru. Itulah yang boleh dikatakan tentang keseluruhan bengkel heartland poet Dan pelancaran bukunya seiring dengan festival santai. Ternyata peserta-peserta bengkel heartland poet merupakan golongan remaja/belia. Ini dapat membuktikan bahawa pemikiran 'budak-'budak tak minat dengan bahasa Melayu' tak betul. Sajak-sajak yang ditulis oleh mereka ternyata berkualiti. Salah satu kegemaran saya ialah sajak keadilan. Ditambah dengan lukisan atau grafik yang mencerminkan sajak itu, ia memberi satu makna yang baru kepda sastera Dan sajak, khususnya. Untuk menarik perhatian belia, kita perlu mengadakan program-program baru yang relevan, yang lebih menarik. Program bernafas baru ini boleh bersifat moden tapi ia tetap menerapkan nilai-nilai sastera Dan bahasa. Pada jangka masa panjang, kita boleh melihat evolusi sastera pula di Singapura Shahirah Samsudin pos yang kedua hampir sama dengan pertama

    (reply)

Add a Comment