Blog / News

POJOK

Posted by:

Pak Pici baru bertemu dengan Cikgu Ariff baru-baru ini. Alahai kalau dah jumpa cikgu Ariff pantang tak cakap pasal bahasa dan pendidikan. Banyak yang Pak Pici belajar darinya. Maklumlah ensiklopedia bergerak. Tergelak juga bila Pak Pici diberitahu tentang beza istilah Cikgu dan Guru. Cikgu Ariff kata, “gu” bermaksud “pengajar” “ru” bermaksud “pendidik”. Makanya “Guru” maknanya pengajar dan pendidik. Kalau gitu, “Cikgu” bermakna Cik pengajar aje tapi tak mendidik. Aduh! Risau juga jadinya. Kalau gitu siapa yang “cikgu” dan siapa pula “Cik Guru” kita. Masaalah jugak dibuatnya. Dulu Pak Pici ingat jadi cikgu dan cukup. Rupanya masih jauh lagi. Cik Guru Ariff kata mengajar aje tanpa mendidik tak lengkap. Siapa-siapa pun boleh. Macam kita ajar adik-adik kat rumah. Tapi nak mendidik, aduh lengit betul. Sampai hitam bawah mata mengejar ilmu dan pengalaman untuk santapan anak murid. Tersipu juga Pak Pici dibuatnya bila panggil Cikgu Ariff. Patutnya panggil Pak Guru Ariff macam juga Tok Guru Silat.

– Pak Pici
22

Discussion

  1. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 13, 2010

    Pak Atan : Apa khabar semua ha? Pak Atan harap awak-awak di luar sana sihat-sihat lah ye. Baiklah, bersama Pak Atan pada hari ini dalam rancangan ‘Bual Keras’, adalah Encik Jamil Bond, penggemar makanan rojak yang tergila! Di sebelahnya pula adalah Cik Ribut Binte Taufan! Whoosh! Dia ni pulak penjual rojak kat Geylang tu. Ekh, ekh, jangan salah sangka ye penonton, dia ni bukanlah penjual yang mengakibatkan 3 orang ehem,ehem bila makan rojak dia dan ramai lagi yang ehem, ehem. Maklumlah, kita ni kenalah jaga sikitkan apa kita bualkan. Tak fasal nanti, kene samanlah pula. Tak betul ye Cik Ribut? Cik Ribut : Ah, ye, ye! Saya ni dah jadi penjual kat gerai rojak saya tu dah lama. Biasalah, pelanggan pun ramai. Mereka memang suka sangat minum petang dan makan di gerai rojaklah kan. Gerai sipulan tu memanglah laku sangatlah kan…Malangnya, tak bersih rupanya. And you know what, gerai dia dah buka balik lah. Adakah orang yang berani pergi menjamu rojaknya ekh? Terfikir jugak Cik tau.Encik Bond : Biasalah, kalau sayalah, saya bedal saja. Apalah nak ditakutkan. Singapura ni kan safe. Kalau dibenarkan dibuka semula, maksudnya dah pass lah tu gerainya. Apa nak ditakut kan, kan, kan?Pak Atan : Topik kita pada hari ini semakin rancak diperbualkan dan diperdebatkan. Jangan sebat sudah ekh. hehehe! Ingatlah, jangan asal bedal saja, walaupun dapat terasa kelainan pada makanan. Ha, dah sakit, siapa jugak yang susah. Gerai dah pun selamat! Cuba-cubalah makan, rojak power beb! Baiklah, kita kembali selepas iklan ni!'Bual Keras bersama Pak A'Nur Syazwani ShaibaniTahun 1S000012L

    (reply)
  2. Abdul  March 14, 2010

    Kecoh betul baru-baru ini Mak dengar tentang pengarah filem yang dikaitkan dengan Tiger Woods. OOPS! Jangan salah faham! Bukan pasal kemahirannya bermain golf tapi tahu-tahu ajelah kisah skandal Encik Woods kita tu. Mak pun tak sangka sejarah akan berulang. Terperanjat juga Mak bila baca suratkhabar beberapa hari lepas. Lebih melucukan lagi tu pasal video si artis tu yang jadi perbualan ramai. Bila tengok video tu Mak tak kering gusi ketawa. Drama habis! Betul pepatah orang Melayu “menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus’. Yelah. Isteri mana kan yang tak sedih tengok suami dorang main kayu tiga? Dah tu yang si isteri pengarah filem tu nak sibuk-sibuk masuk televisyen tu kenapa pula? Kan diri sendiri merana! Sampai pengsan-pengsan! Dah itu pihak yang tak bersalah pula yang kena sorak di situ. Nanti ada ajelah si fulan nak minta maaf dengan pihak media pula. Mak rasa kalau si fulan buat filem pasal kisah skandal dia, mesti blockbuster hit! Taklah macam filem-filem dia yang lepas! Sini-sana copycat! Tulah ikutkan nafsu sangat, kan dah jadi lesu! Mak cuma harapkan rumah tangga si fulanbahagia kembali dan berkekalan.

    (reply)
  3. Hairani Asri  March 14, 2010

    Wa caya sama lu ah beb! Minah rasa gembira sangat sebab tak lama lagi Minah dah boleh mengundi. Maklumlah, umur Minah dah masuk 22 tahun, layak sangatlah untuk mengundi nanti. Bukan apa, Minah dah tak tahan tengok keadaan di Singapura ni. Nak kata Minah ni tak berkelayakan, lulusan universiti tempatan, aliran perbankan dan kewangan lagi. Nak kata Minah tak berpengalaman, Minah pernah juga bekerja sambilan semasa belajar dahulu. Orang tua Minah tak habis-habis berleter, sampai naik merah telinga ni sebab mereka panggil Minah: MAHASISWA MENGANGGUR! Bukan Minah malas nak cari kerja, dah beribu temuramah yang Minah pergi, tapi semua berikan jawapan yang sama: “We will call you back.” Sampai sekarang, satu habuk pun tak ada! Kawan-kawan Minah ada yang senasib tapi ada juga yang bekerja sebagai pencuci kereta di kedai minyak. Apalah nasib badan. Minah ada ura-ura juga hendak mengambil kelas bahasa Mandarin memandangkan kebanyakan syarikat swasta Singapura hari ni yang mahukan pekerja yang fasih berbahasa Mandarin. Kalau tak pun, Minah bekerja di luar negara sajalah. Luaskan pemandangan katakan! Tapi Minah ni bukan macam sesetengah orang tu, jadi guru atau pegawai kerajaan sebab dah terdesak. Paling penting, duit masuk dan kerja tetap. Tak kisah minat tu ada atau tidak. Bingit seh!

    (reply)
  4. shahedabintalib  March 14, 2010

    Tempoh hari, Mami dok dengar orang cerita tang orang-orang tua ni yang kena aniaya. Heboh jugak satu Singapura! Mami dengan kawan-kawan seangkatan pun dok sibuk komen tang nasib mereka tu. Mami rasa sedih dan kesian bila teringatkan nasib mereka yang sebaya dengan Mami ni. Apa ke tidaknya, Mami pun mempunyai perasaan jugak. Ada di antara mereka yang menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan yang lebih teruk lagi, depa yang lumpuh tu. Tapi ini semua depa tak ambil kira. Anak-anak depa tetap anggap mereka macam sampah seperti peribahasa madu diambil sepah dibuang atau lepas jambatan tongkat dibuang. Depa hanya diperlukan apabila anak depa inginkan wang saja. Oleh yang demikian, depa sering dipukul atau dihantar ke rumah orang-orang tua. Depa sering terbiar dan tidak mempunyai sesiapa yang menghulurkan bantuan ataupun luahkan kasih sayang untuk mereka. Cek rasa bersyukur sangat mempunyai anak dan menantu yang baik-baik belaka yang tidak putus-putus melimpahkan kasih sayang dan wang ringgit terhadap Mami. Cek cuma hairan. Di manakah letaknya hati nurani anak-anak zaman la ni sehingga boleh bertindak sedemikian? Inikah balasan yang diterima selepas bertahun depa besarkan mereka? Hang-hang di luar sana tu, dengar pesan Mami ni!…Janganlah mensia-siakan orang tua kerana kelak jika Tuhan tidak membalas kejahatan kita di dunia, tentunya di akhirat akan dibalas juga. Ingat tu!Mami Jarum @ Shaheda SalimS0900016KTahun 1

    (reply)
  5. Ariff Rizwan Sahab  March 14, 2010

    'SosehSokmo'Waktok ni kalau nak cakap tua, tak lah tua sangat. Cuma baru-baru ni kawan waktok ajak lah Waktok dekatkan diri dengan masjid. Maklomlah, nak buat amal sikit lewat-lewat umur ni. Jadi, kawan waktok ambil Waktok kat rumah Waktok naik kereta. Fuh…guru pencen sekarang kereta bukan main besar lagi. Maklomlah dulu masa pencen, duit dapat sekali hembus. Nak buat apa duit banyak-banyak kan, kalau tanam dalam kubur bukannya tumbuh berganda pun. Jadi kawan Waktok ni belilah kereta sebuah. Tapi dalam ‘SosehSokmo’ minggu ni, Waktok bukan nak cakap tentang guru pencen yang dah macam quran buruk tu, tapi waktok nak komen tentang bakal guru sekarang. Baru-baru ni, Waktok singgah lah rumah sedara Waktok. Mak dia punyalah bangga, siap tabik dada lagi cakap kat Waktok, anak dia sekarang belajar tinggi, esok katanya keluar jadi cikgu. Waktok pun berbual lah dengan anak dia ni. Cantik. Manis orangnya. Tapi hmm….asal Waktok Tanya je, berbual orang puteh tak habis-habis. Waktok pun hairanlah, kata guru pelatih, nak ajar bahasa Melayu lagi, tapi berbual orang putih tak habis-habis. Naik panas telinge Waktok dengar. Waktok pun tegur lah suruh cakap bahasa Melayu..tapi hampeh! Bahasa melayu nak sebut punya lah gagap. Tak fasih langsung. Waktok cakap kat si guru Melayu gagap Melayu ni, sudah, gi masuk buat air. Apa yang Waktok tengukkan hari ni, ramai guru-guru Melayu yang sekarang ni asyik cakap orang putih je tak habis-habis. Bile suruh cakap Melayu, sepatah dua je. Menyampah sebenarnya Waktok dengar. Tapia apa nak jadi, jadilah! Waktok pun dah tua, kubur kata mari, ruma kata pergi lah katakan!WaktokNS0900003KTahun 1

    (reply)
  6. Sarah Bakar  March 14, 2010

    Nek Nyah memang tak boleh tahan betul dengan idea nak buat air NEW WATER, air baru! Nek pun tak paham macam mana air tu boleh dipanggil baru kalau diputar semula? Ini lah dia. Semakin rosak orang-orang zaman sekarang. Yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Ishh.. Geram betul Nek Nyah ni, kalau boleh, hendak je Nek Nyah piat telinga dia orang tu. Tapi apa nak buat lah kan. Nak bersuara, si tua-tua tu mana nak dengarkan rintihan kita yang tak bermakna bagi mereka pun. Dia orang buat tutup telinga pulak. Biasalah, dia orang selalu cakap harus ikut keadaan, harus ikut keadaan tetapi keadaan apa yang membuatkan kita menghalalkan yang haram? Bukankah kotor air NEW WATER tu? Kalau tak salah Nek Nyah lah, air tu daripada air yang tidak suci, kalau nak ikutkan kata-kata beralas lah tapi kau tak beralas, alah… paham-paham je lah. Hehe.. Lagipun, kepala Nek Nyah jadi pening sampai dapat migraine dengar kawan-kawan Nek Nyah asyik complain tentang air jenis NEW WATER. Lagi-lagi anak Nek Nyah, dia tak suka benar dengan NEW WATER sebab dia rasa geli betul. Maklumlah, anak kerja doktor, asyik nak jaga kebersihan aje. Anak pangkat tinggi, tengoklah siapa maknyer. Cucu pulak sikit-sikit togok air tu, sikit-sikit, togok air tu. Ishh.. geram betul tapi apabila ditanya, cakap apa tu…shabe? Ah hah! Sabe water.. Jimat! Hai. Nek Nyah pun tak tahu apa nak cakap dengan dia orang. Nek Nyah pun keliru nak minum ke tak. Nak jaga kebersihan ataupun nak jimat air? Pening betul Nek Nyah dibuatnya.Sitti MaisarahS0900021ATahun 1

    (reply)
  7. IAN SIRNA AZALI  March 14, 2010

    Hamimah: Eh! Panasnya cuaca! (Mengomel sambil mengipas-ngipas leher dan muka)Zubaidah: Alah Mimah, macam tak tau je…(Mengesat peluh dengan tisu yang dikeluarkan dari tas tangannya) Dunia ni dah uzur… (Lontar tisu ke lantai)Hamimah: Takkan uzur sampai macam ni sekali… (kesat peluh dibibir dan pipi menggunakan lelengan baju)Zubaidah: Bukannya kau tak tau, tu ah, air batu kat kutub tu (jari telunjuk menunding ke hadapan) dah banyak cair. (mengipas mukanya)Hamimah: Yelah, aku tau (mencebik). Tapi kalau tak buat ape-ape, hah… lama-lama manusia pun cair… hehehe (bergelak)Zubaidah: (ketawa) hahhaa… kau ni pon… kau ingat kau boleh cair ke? (sinis) Lainlah kalau kau tu puteri lilin ke… puteri airbatu ke… ni tak… malah bukan puteri lagi.. dah macam mak puteri…. hahaha… (sindir)Hamimah: Amboi! Mulut.. takde lesen… (memuncungkan bibir) Zubaidah: Eleh! Gurau sikit pun tak boleh (mencebik)Hamimah: Kau ni eh Bedah… Aku tak tau nak cakap ape lagi…(geleng kepala) aku tegur sikit kau dah majuk… Yang kau mengata orang tu… semua boleh.. (muka tampak masam)Zubaidah: Alah kau ni.. macam tak kenal aku pulak… (merajuk) dah lah cuaca panas maut… ni kang pulak kau nak tambah pada panas cuaca… (buang muka)Hamimah: Bedah… panas cuaca dah tentu ada sebab-sebabnya… (pasrah) haiz… ok… ok.. lets forget it ok… (berserah)Zubaidah: Ok! Maaf ye… (tersenyum lebar) bukan sengaja nak marah-marah atau ape-ape… ni ah… panas sangat… kita duduk bawah blok pun rasa panasnya… (kipas muka dengan paket tisu)Hamimah: Alah! Sabar je… biarlah tu si pemerintah pikirkan cara nak selamatkan cuaca… Buat ape nak perah otak..(jeling)Zubaidah: Mimah, kau ni macam tak paham-paham je… dorang tu NATO… (menunjuk-nunjuk menggunakan jari telunjuk) buat setakat nak tunjuk-tunjuk je… Sampai sekarang… apa yang ada.. perubahan pun tak nampak… malah makin teruk.. (sambil mengebas pundak Hamimah)Hamimah: Ape tu NATO?Zubaidah: NATO?! No Exyen, Tok Oni… Alah! Ape tu… aaah…(geleng kepala) Cakap tak serupa buat…Hamimah: Oohh! Rupe nye.. Ingat ape binatang tadi..Zubaidah: Yelah! Kau tengok.. setiap tahun dorang adekan komperen-komperen kat luar luar negara… (bual-bual dengan penuh semangat) macam baru-baru ni… kat mana tu Kopehegen.. Kopehegen… alah.. kat Demak… ish! Demak… (tergaru-garu kepala)Hamimah: Maksud kau Copenhagen, Denmark?Zubaidah: Ahhh… Betol! Maklum lah lidah Melayu… sebut pun tak reti… (ketawa) hehehe… makan belacan hari-hari katakan… (beliakkan mata kepada Hamimah lepas itu dia jeling)

    (reply)
  8. IAN SIRNA AZALI  March 14, 2010

    Hamimah: Ye tak ye eh!… setiap tahun ade je… dorang mesyuaratkan tentang iklim kite ni… tapi… satu haram pun tak ubah… (bual-bual dengan penuh semangat) Kau tengok tu kat Cina… makin ramai budak-budak mati dan sengsara pasal susu yang beracun. Ish! Takot aku… kecian budak-budak tu smua… (geleng kepala)Zubaidah: Tu takpe… kau tengok ah budak-budak kat Somalia dan Aprika… takde makan… takde air…. kemarau pulak tu… (menunjuk-nujuk kehadapan dengan jarinya) kite kat sini dah tak leh tahan panas macam ni… ni kang pulak dorang kat sana yang idup dalam panas setiap hari… (mengipas-ngipas)Hamimah: Ish kecian benar! Tu ah pemerintah negara-negara lain tu… tak bis-bis pentingkan soal ekonomi… sana duit… (tunjuk kanan) sini duit… (tunjuk kiri)Zubaidah: Eeehh… kau Mimah, mesti lah duit tu penting… ekonomi tu penting… kalau takde ekonomi mantap… soalnye… laki kau tu akan menganggur lah nampaknye… (jeling)Hamimah: Betul kata kau tu Bedah… tapi pasal nak mantapkan ekonomi, dorang sanggup buka faktori-faktori yang keluarkan gas-gas racun… (berkata-kata dengan penuh semangat) sebab tu ah kau dengar ada negara kene hujan asid…Zubaidah: Betul jugak kata kau Mimah… Dorang tak abis-abis pentingkan pengeluaran kilang … langsung tak pentingkan bahan racun yang dikeluarkan dalam proses nak buat benda tu…. (jebik dan jeling)Hamimah: Alah Bedah.. tak yah tengok jauh-jauh… ni kat sini pun same je… elektrik abis siang malam kat Orchard tu.. kat chopping chenter pun sama… pas tu.. kita yang kene tanggung… smua dia naikkan… Zubaidah: Yelah… dahlah dorang naikkan harga bil… ni kang pulak suruh kita kawal dari gunakan elektrik dengan banyak… Merepek benar… ye! Lebih baik duduk kat kampung pakai lampu minyak tanah…Masnor: Hai Bedah…. seronok benor bercerita… (berkata sambil berjalan ke arah Zubaidah)Zubaidah: Hehehe… takde lah Bang… bual kosong je… (lihat Hamimah dan kenyit mata)Masnor: Dah.. kalau bual kosong.. lebih baik kita balik… Tak mau pulak kau ni terngumpat sana-sini… (cekak pinggang)Zubaidah: Abang perli saya eh! (beliakkan mata dan berkata dengan nada yang agak tinggi)Masnor: Tak lah… Abang nak balik cepat ni… anak kat rumah tu ngah tunggu sarapan perata ni… (tunjuk beg plastik di tangannya)Zubaidah: Ye tak ye eh! Eh Mimah, aku mintak diri dululah… mampos anak-anak aku kebuluran macam budak-budak Somalia tu…Hamimah: Aaahaah… Mimah pun nak balik ni.. nak masak katakan…. Zubaidah: Mimah, aku jalan dulu ye!Hamimah: Ok.. bye… see you tomolo… (berlagak macam datin-datin)Masnor: Ish! Speaking London nampak…Hamimah: Alah! Abang Nor ni… baru belajar sikit-sikit… ok lah… Mimah jalan dulu eh…Masnor & Zubaidah: Ok Mimah! Assalamualaikum!

    (reply)
  9. sitinoraishasenin  March 14, 2010

    Waduh-waduh! Tinggi amat bangunannya ini. Namanya lucu kayak pineapple. 'The Pinnacle' benar-benar menakjubkan. Enggak pernah gue lihat bangunan perumahan seindah ini. Daripada apa yang gue tahu, harganya juga luarbiasa dong. Enggak bisa gue beli. Harga kayak beli condo. Kalau di Indonesia, wang itu dapat gue beli bungalow atau mungkin juga istana! Gue pening juga sih mikirin bagaimana orang Singapur mampu rumah semahal itu. Wah…apa mereka semuanya gajinya lumayan? Hmm…tapi enggak mungkin juga ya semua penduduknya kaya. Nah kalau gitu, yang miskin semuanya bagaimana? Enggak pernah gue lihat orang Singapur tinggal di jalanan atau mungkin juga sebagai pelancong gue enggak sempat lihat keadaan itu. Agaknya mereka yang enggak mampu semuanya merana dalam sepi. Apa tidaknya, protes aja enggak pernah gue lihat berlaku di Singapur. Kasihan ya. Mahu beli makanan aja sudah mahal, mahu beli rumah pastinya ramai yang sengsara, ya? Cuma, sebagai pelancong gue enggak dapat lihat keadaan mereka yang miskin di sini. Kalau gue tinggal di sini, enggak mampu gue tanggung kos hidup. Kalau rumah diberi gratis juga gue enggak mampu tanggung kos hidup di Singapur. Moga-moga aja pemerintah Singapur bantu mereka yang susah. Wah serius banget sih gue…haha. Gue benar-benar kagum sama infrastuktur di Singapur…semuanya sudah canggih! Memangnya asyik jika rumah gue begitu. Namun, ah! enggak sanggup loh! Cuma melancong di sini aja udah cukup bagi gue. -Cewek Indon @ SingapurSiti Noraisha Binte Mohamed SeninTahun 1

    (reply)
  10. shashasha affan  March 15, 2010

    Cucu Nek Bedah di Madrasah Al-Irsyad sibuk suruh nenek datang ke sekolahnya untuk bantu mengumpul dana. Itu apa yah, ah! untuk meningkatkan penggunaan teknologi agar pelajar-pelajar mereka dapat menggunakan 'e-portal'. Jangan pandang rendah dengan Nek Bedah ok. Nek Bedah pun tahu tentang perkembangan teknologi yang pesat di Singapura ini. Tak salah nenek la,'e-portal' tu…bahan pendidikan yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat dan menghantar tugasan mereka..betul tak? hmmm.memang bagus ‘e-portal’ ini. Nek Bedah duduk dan terfikir seketika, mengumpul dana untuk membuat ‘e-portal’??? Bukan apa, Nek Bedah hairan juga, Nek Bedah pernah dengar masjid kumpul dana untuk majlis Maulidur Rasul, acara kanak-kanak dan sebagainya tapi kali ini masjid kumpul dana untuk ‘e-portal’? Pelik sungguh ya. Nenek dengar dari cucu nenek yang sulung ni, ‘e-portal’ sudah lama wujud di sekolah-sekolah pemerintah. Lambat juga ya, madrasah cucu nenek ni nak ambil langkah ini. Nenek bukan apa, cuma sepatutnya, dana dikumpul untuk penggunaan lain seperti untuk ubah elok masjid ke, tolong keluarga-keluarga miskin ke…Ini tidak, manfaatnya hanya dapat dirasa oleh guru-guru, cucu nenek dan kawan-kawannya di madrasah itu.Banyak sangatkah duit yang diperlukan untuk membuat ‘e-portal’ untuk keperluan sekolah?Hmmm…

    (reply)
  11. shashasha affan  March 15, 2010

    Salam Cikgu Pitchay. Saya telah lampirkan pojok saya di atas.Shahirah Bt. AffanS0900018DTahun 1

    (reply)
  12. sally  March 15, 2010

    EH! Asal ramai nah orang Filipina pada waktu petang di Lucky Plaza? Bukankah mereka tak der kerja lain nak duduk di depan bangunan Lucky Plaza? hhmm… kenapa eh sudah ramai orang Filipina dapat duduk di Singapura? Aku pernah tanya kepada Cik Ros kerana dia ada amah Filipina. Dia kata amahnya cekap tangkap apa yang diajar olehya, bersikap proffesional dan dia akan selalu bercakap ‘boleh!’ dalam sesuatu apabila aku mengajarnya. Dia cepat tangkap apa yang aku belajar sei! Cik Rubiah, jiran kita juga berkata bahawa amah Filipina ni dengan percayakan mutu kerja mereka. Amah ni semua adalah pembantu rumah yang berkualiti. Ada dari mereka sangat fasih berbual dalam bahasa Inggeris kerana mereka ada sijil pendidikan dari kolej. Wah! kolej sei! mereka mesti lagi baik dengan amah Indonesia pasal amah Indonesia hanya ada pendidikan sekolah menengah sahaja. Amah Filipina. Mak Cik Leha juga ada amah Filipina. Amah ni dapat jaga bayi yang baru lahir. Amah Filipina ni harus menjadi satu pembersih dan mereka baik sekali serta lebih berpendidikan. Cara ini dapat Mak Cik Leha merealisasikan bahawa mereka cekap berpendidikan dan lebih pantas bertindak menghubungi majikan. Mak Cik Leha juga mengatakan bahawa amah Filipina berkomunikasi dengan lebih baik dan mereka cepat mempelajari sesuatu yang diajarkan. Tiba-tiba, aku terjatuh di depan bangunan Lucky Plaza. Aku terlupa untuk berjalan dengan betul sehingga mengingati peristiwa dengan rakn-rakan aku berborak-borak. Aku pun bangun dan berjalan dengan cepat.Siti Salmah Binte HamidS0900020DTahun 1

    (reply)
  13. Shahirah Samsudin  March 17, 2010

    As'kum Cikgu. Di sini saya lampirkan pojok saya. Shahirah Samsudin (S0900017G)Amaciam members ? Ada baik ? Ni Boi Ada cerita sikit untuk members-members Semua. Hari tu Boi pergi Cari kerja dekat town. Berjam-jam Boi rounding satu habuk pun BOi tak dapat. Semua company tanya Boi boleh cakap mandarin tak ? Come on uhh mesti uh tak boleh kan bro. Banyak orang cakap dengan BOi tak senang naK dapat kerja sekarang; aebab banyak main kulit sekarang.Tapi BOi pulak tak rase gitu macam uh. Ni Singapore bebb. Kita kan sumer based on merit. So Boi rase BOi nak rilek-rilek dulu luh. Lepas ni boi nak ambil degree pulak. eh!? Ingat BOi tkde standard ker ? Rilek suaaa Jack.

    (reply)
  14. sitinoraishasenin  March 22, 2010

    Assalamualaikum cikgu, saya pilih pojok Ariff Rizwan Sahab sebagai pojok terbaik.Siti NoraishaTahun 1

    (reply)
  15. Hairani Asri  March 22, 2010

    Salam cikgu,Saya memilih pojok AishaHairani

    (reply)
  16. IAN SIRNA AZALI  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya sokong Pojok Sdri. Hairani dan Sdri. ShahedaSophian

    (reply)
  17. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya amat tertarik dengan pojok Aisha.Lantas, saya memilih pojoknya sebagai pojok yang terbaik.Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012l

    (reply)
  18. shahedabintalib  March 22, 2010

    Salam cikgu,Saya memilih pojok Hairani.Shaheda

    (reply)
  19. Sitti Maisarah  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya memilih pojok Siti Noraisha.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  20. Abdul  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya pilih pojok Hairani sebagai yang terbaik.-Fattah-

    (reply)
  21. shashasha affan  March 23, 2010

    Salam Cikgu, Saya memilih pojok Hairani.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  22. Ariff Rizwan Sahab  March 23, 2010

    Salam Cikgu,Saya memilih pojok Hairani.SekianAriff Rizwan Sahab

    (reply)

Add a Comment