Blog / News

MUTIARA KATA

Posted by:

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.
(Hamka).
Sesungguhnya agama adalah cara hidup. Agama menunjukkan kebenaran dalam kita melayari kehidupan ini. Akhir zaman ini terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mampu membelenggukan manusia kepada kedaifan dan kemungkaran. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Pengikut memimpin pemimpin dan pemimpin terus mencumbui kepimpinan. Anak-anak zaman kehilangan kerana tiada bimbingan dan pimpinan. Mereka terus hanyut dalam arus keseronokan yang menjadi landasan prinsip kepimpinan. Maka gunakanlah fikiran untuk membanding dan menimbang kerana kita adalah pemimpin sendiri dalam alam baharu ini. Bandingkanlah setiap perlakuan dengan kebaikan yang wajar dijanakan dan timbangkanlah setiap perlakuan demi mencapai hajat pembangunan diri demi kemaslahatan ummah.
30

Discussion

  1. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 13, 2010

    “We must embrace pain and burn it as fuel for our journey.” (Kenji Miyazawa)Saya dapat mengaitkan diri dengan mutiara kata ini kerana ianya padat dan mengetengahkan makna yang dalam. Bagi saya, untuk terus maju, adakalanya, kita harus lalui sedikit kesusahan, keperitan dan kesengsaraan. Hanya dengan berasa demikian, akan kita sedar dan lebih bersemangat jitu untuk bangun dan terus melangkah ke hadapan dan meneruskan kehidupan yang hanya sementara ini. Jika kehidupan ini seperti madu yang sentiasa manis sahaja, kita sebagai insan akan leka dan lalai dan terus dibuai arus kesenangan. Kepayahan mengajar kita untuk berusaha lebih gigih dan tidak malas terus dipukul ombak kelalaian. Sesungguhnya, Tuhan itu maha adil dan setiap insan tidak lepas daripada dugaan hidup dariNYA. Cabaran dan dugaan demikian yang akan membuat kita selalu ingat akanNYA. Jangan kita lupa bahawa dugaan yang diberi bukan untuk mematahkan diri kita, namun demikian, ianya adalah seperti pembakar semangat diri untuk terus mengorak langkah ke masa hadapan yang lebih baik. Kejayaan hidup bukan mudah untuk diperoleh, perlu banyak usaha yang gigih dan sikap tidak putus asa apabila kegagalan berlaku. Kegagalan itu bukanlah akhir segala usaha, kita boleh bangun dan bangkit semula. Oleh itu, saya berpegang pada mutiara kata ini kerana ia memberi saya semacam semangat apabila saya ada dalam kesusahan.Nur Syazwani ShaibaniTahun 1S0900012L

    (reply)
  2. Ariff Rizwan Sahab  March 14, 2010

    Jikalau orang perlu kawan, dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya, soal siapa orangnya, itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)Pada zaman kini, ramai yang berkawan disebabkan mempunyai tujuan yang tersendiri. Keikhlasan untuk berkawan itu semakin pudar. Jikalau dahulu manusia berkawan disebabkan ingin mengenali antara satu sama lain, ingin merapatkan silaturahim, kini, manusia berkawan disebabkan ingin mendapat bantuan, mengharapkan sesuatu misalnya mengharapkan jawatan-jawatan, ingin naik pangkat dan sebagainya. Keikhlasan dalam persahabatan itu sudah tidak ada disebabkan perasaan manusia yang pentingkan diri sendiri. Mutiara kata ini mengajar kita supaya mempunyai keikhlasan dalam persahabatan. Tolong-monolong adalah antara sifat yang wajib ada dalam sebuah persahabatan. Jikalau niat kita ingin menolong untuk mencapai kebaikan, kita harus menerima pertolongan itu tidak kira dari siapa. Akhir kata, kawan itu adalah kawan dan kawan itu bukannya lawan.

    (reply)
  3. shahedabintalib  March 14, 2010

    “Kadang kala ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita menangis, mencari di mana matahari?Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI.."Sebagai manusia biasa di dunia yang sementara ini, kita sering menyalah tafsirkan segala dugaan dan cobaan yang diberi oleh yang Maha Esa. Manusia akan cepat putus asa dan menyoal kenapa dia yang sering diduga. Manusia kadang kala merungut apabila diuji sedikit walhal ujian adalah sebahagiaan daripada cara hidup orang Islam sebelum mendapat sesuatu kebaikan di kemudian hari nanti. Manusia amat gemar dan sering membanding-bandingkan kesenangan dan kemewahan hidup orang lain dengan diri kita yang serba kekurangan. Kita janganlah sekali-kali menyalahi yang Maha Esa dengan dugaan yang diberi kerana Dia Maha Mengetahui. Sebaliknya, manusia tidak boleh lari dari pelbagai cobaan dan rintangan hidup namun kita harus percaya bahawa dengan berkat usaha dan doa kepadaNya yang berterusan, kita pasti akan dapat mencapai pelangi yang indah di suatu hari nanti. Akhir sekali, janganlah kita sekali-kali menyalahi Allah s.w.t. kerana Dia lebih tahu dan Maha Mengetahui kerana sesungguhnya, di sebalik setiap dugaan itu, Allah s.w.t. akan melimpahkan kebaikan terhadap setiap insan yang mampu bertahan. Insyallah.

    (reply)
  4. Hairani Asri  March 14, 2010

    hati wajib dibersih dan dijaga kerana hatilah markas semua gerakan kita(Shahnon Ahmad)Segala perbuatan seseorang individu itu berpusat kepada hatinya. Jika nawaitunya ikhlas, maka eloklah hasil pekerjaannya dan juga sebaliknya. Di akhir zaman ini, semakin ramai yang menjadi ‘buta’ sehingga tidak dapat menilaikan antara perkara yang baik dan buruk. Ada yang sanggup menjatuhkan martabat orang lain dan mengetepikan soal moral demi mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Hakikatnya, setiap perlakuan adalah refleksi yang mampu mencerminkan hati seseorang individu itu. Aspek fizikal atau luaran hanyalah imej yang diperoleh hasil daripada pandangan pertama semata dan tidak memberi sebarang makna yang kukuh mengenai sikap atau perangai seseorang itu. Walaupun dari sudut saintifik otak manusia mengawal segala gerakan kita, hati seseorang itulah yang sebenarnya menjadi markas kepada setiap gerakan kita.

    (reply)
  5. Abdul  March 15, 2010

    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.Mutiara kata ini amat digemari oleh saya kerana ia membawa pengertian yang begitu mendalam sekali. Mutiara kata ini bertujuan untuk memberitahu kita semua bahawa kehidupan ini penuh dengan cabaran serta dugaan yang rencam dan setiap daripada kita harus menghadapinya dengan tabah. Saya yakin maksudnya adalah jika kita berfikiran secara positif dan optimistik serta menaruh kepercayaan kepada diri sendiri, lambat laun kita akan meraih kejayaan. Sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha dan merancang kerana yang menentukan ialah Allah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika kita mendapat sesuatu kebaikan, kita harus bersyukur. Namun demikian, jika hasrat yang kita inginkan masih belum tercapai, kita harus terus berusaha dan berdoa kepada Allah kerana Allah telah berjanji akan mengabulkan doa-doa hambanya yang selalu meminta perkara yang baik-baik. Pada pendapat saya, setiap masalah di dunia pasti ada jalan penyeleraiannya dan kunci utama yang membawa kepada kejayaan ialah tekun berusaha dan menanamkan sikap sabar dalam diri.

    (reply)
  6. shashasha affan  March 15, 2010

    The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.-Eleanor RooseveltMutiara kata ini dapat membangkitkan semangat saya untuk memperjuangkan cita-cita saya dalam bidang perguruan. Masa depan seseorang individu itu bukan kerana dipaksa atau diseksa oleh sesiapa misalnya ibu bapa. Masa depan seseorang itu dijamin kebahagaiaan hanya apabila kita dapat melihat ‘kecantikan’ cita-cita kita. Hanya dengan melihat kecantikan cita-cita kita, barulah kita dapat menepis segala perasaan negatif yang telah dan akan hadir dalam diri kita. Jika kita percaya cita-cita kita akan membawa masa depan yang cerah, maka dalam bidang apapun, kita dapat melihat kecantikan dan keunikan cita-cita kita. Oleh sebab itu, mutiara kata ini dapat memberikan cahaya yang positif kepada saya, agar tidak putus asa dan berusaha dengan gigih. Tangga kejayaan itu merupakan usaha individu dan tiada sesiapa yang dapat menolong kita kecuali diri kita sendiri. Shahirah Bt. AffanS0900018DTahun 1

    (reply)
  7. sally  March 15, 2010

    "You can do it." –NikeMutiara kata ini bererti hal anda boleh buat sesuatu. Ia dapat dikaitkan dengan jernama kasut nike. Jernama 'nike' ini menerangkan bahawa seorang insan yang memakai kasut itu akan berlari cepat. Namun demikian, walaupun kita ada kasut terjenama itu, tidak semestinya kita akan mendapat kejayaan. Kita harus ada keyakinan diri apabila kita membuat sesuatu tidak kira kecil atau besar. Setelah itu, kita juga harus ada keupayaan dan bekerja keras agar dapat melakukan apa sahaja untuk mengejar impian. Setelah itu, kata-kata seperti ini harus sentiasa ada dalam sisi keluarga dan sahabat handai. Walaupun insan itu gagal pertama kali, tidak semestinya insan itu akan gagal sekali lagi. Justeru, mutiara kata adalah kata-kata motivasi agar insan itu mendapat kekuatan dengan kata itu.Siti Salmah Binte HamidS0900020DTahun 1

    (reply)
  8. Sarah Bakar  March 15, 2010

    “Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.”- Albert CamusMutiara kata tersebut telah menarik hati saya untuk mengambilnya dan menjelaskan maksudnya. Dalam mutiara kata di atas, ia menjelaskan bahawa manusia tidak ada kuasa untuk mencipta sesebuah pengalaman tetapi hanya boleh menghadapinya dan mempertikaikannya setelah memperolehi pengalaman itu. Pengalaman boleh didapati apabila seseorang mengalami sesuatu perkara dan dapat mempelajari daripada perkara tersebut. Lebih baik jika perkara itu merupakan satu masalah. Ia dapat memberikan pengalaman yang baik dan bermakna kepada orang yang mengalaminya. Pengalaman bukan suatu objek ataupun perasaan tetapi ia adalah suatu perkara yang dapat memanfaatkan kita supaya kita lebih bijak menilai sesebuah hal sebelum melakukannya. Oleh sebab itu, kita sering dengar ramai orang mengatakan “Mengikut pengalaman saya…”, “Menurut pengalaman saya, kita tidak boleh…” dan sebagainya. Secara tidak langsung, pengalaman itu dijadikan sebagai guru bagi menunjukkan dan mengarahkan mereka perkara apa yang harus dilakukan dan perkara apa yang tidak harus dilakukan. Oleh sebab itu, wujud istilah ‘alam terkembang dijadikan guru’, iaitu apa-apa yang ada berkaitan dengan alam, boleh dijadikan guru, termasuk pengalaman.Bagi menguasai pengalaman, kita harus meletakkan diri kita kepada pelbagai cabaran, dugaan, ujian dan sebagainya supaya kita dapat memperolehi pengalaman. Perasaan takut tidak harus wujud di dalam diri manusia jika ingin mencapai pengalaman yang dapat memanfaatkan diri sendiri.Sitti MaisarahS0900021ATahun 1

    (reply)
  9. sitinoraishasenin  March 16, 2010

    "Difficulties are meant to rouse, not discourage." William E. Channing Mutiara kata ini memberi kesan yang mendalam bagi diri saya kerana kata-kata ini memberikan saya semacam motivasi untuk tidak menyerah kalah ketika berhadapan dengan masalah. Malahan, segala masalah dan kesusahan yang telah saya hadapi adalah pemangkin supaya saya bekerja lebih kuat untuk mencapai kejayaan. Setiap kali saya berasa ingin berputus asa, saya akan mengingatkan diri bahawa segala masalah adalah pendorong kepada kejayaan dan bukanlah untuk memusnahkan diri. Mentaliti yang positif adalah penting bagi meneruskan hidup dalam menghadapi masalah. Tuhan tidak akan menduga kita luar daripada kemampuan kita, oleh itu saya percaya setiap rintangan adalah peluang bagi saya tingkatkan keadaan diri kepada yang lebih baik. Siti Noraisha Binte Mohamed SeninS0900019ATahun 1

    (reply)
  10. Shahirah Samsudin  March 17, 2010

    SHAHIRAH SAMSUDIN (S0900017G)“If you fail to plan, you plan to fail”Mutiara Kata di atas mungkin merupakan satu ungkapan yang sudah biasa didengar.Namun demikian, tidak dapat dinafikan betapa dalamnya makna lapan perkataanBahasa Inggeris itu. Ia bukan sahaja indah kerana bermain dengan kata-kata tetapi Ia juga membawa maksud yang seringkali tidak diendahkan orang ramai. ‘Planning’Atau perancangan itu penting ; tidak kira sama ada kecil atau besar ; teliti ataupun tidak.Setiap yang ingin dilaksanakan perlulah ada perancangan supaya ia berjalan dengan lancar ; supaya setiap perkara kelihatan sistematik dan teratur. Tanpa perancangan maka huru-haralah segala-segalanya dan dari situ, sukar bagi seseorang mencari tahu kesilapannya kerana segala persiapan tidak dilakukan dengan sistematik. Ungkapan Mutiara Kata ini sesuai untuk para pelajar – khususnya yang bakal menduduki peperiksaan. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar selama ini, saya sudah merasakan betapa pentingnya perancangan terutama sekali ketika sedang mengulangkaji untuk peperiksaan penting. Jadual – merupakan contoh terbaik sesebuah perancangan. Jadual itu penting supaya kita dapat membahagikan masa dengan betul. Disiplin yang kuat juga perlu supaya jadual itu dapat diikut dengan rapi. Kewujudan jadual ini memastikan sesi ulangkaji itu teratur. Dalam jangka masa panjang, ia secara tidak langsung, memastikan bahawa seseorang itu siap untuk menduduki peperksaan tersebut. Bagi saya, ungkapan ini telah saya pahatkan di minda dan hati saya sejak di sekolah menengah lagi dan hingga hari ini, saya percaya jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.

    (reply)
  11. syahirah nabilah  March 17, 2010

    Kehidupan anda dipengaruhi oleh pola fikiran anda. ( Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni)Fikiran seseorang itu sentiasa akan mempengaruhi kehidupannya sendiri. Fikiran atau minda mempunyai daya untuk menguasai nafsu atau perilaku seharian kita kerana apa yang berada di dalam fikiran akan menjadi penggerak kepada setiap tindakan, reaksi dan perilaku setiap insan. Mutiara kata oleh Dr. ‘Aidh sering menjadi pegangan hidup ini kerana ia memberikan satu tafsiran yang sangat bermakna. Sekiranya, pola fikiran seseorang itu sering memikirkan bahawa dirinya tidak boleh maju ke hadapan, selama-lamanya dia akan terperangkap dengan fikiran yang sedemikian dan tidak akan mempunyai inisiatif untuk maju ke hadapan kerana dirinya dan kehidupannya telah dikuasai oleh pemikiran yang negatif. Namun demikian, sekiranya seseorang itu sentiasa memikirkan tentang kejayaan, pasti dia akan berusaha untuk melakukan sesuatu untuk menuju ke hadapan walaupun banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi untuk mencapai kejayaan tersebut. selain itu dia juga akan sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan dirinya. Jadikanlah mutiara kata ini sebagai bekalan harian terutama sekali bagi generasi muda masa kini kerana mereka merupakan harapan bangsa dan negara untuk terus bangun dan bergerak ke hadapan di samping memajukan negara. Pupuklah pemikiran yang positif, sentiasa pastikan bahawa apa yang diinginkan itu jelas di fikiran dan di hati agar diri tidak teragak-agak untuk bertindak, berusaha dan bergerak untuk mencapai apa yang diinginkan. Buanglah segala pencemaran di dalam fikiran dan hati agar ia tidak akan menjadi penghalang bagi setiap kemajuan dan kebaikan.-Syahirah NabilahM202

    (reply)
  12. Mainura  March 18, 2010

    God, grant me,the serenity to accept the things I cant change;the courage to change the things I can;and the wisdom to know the difference.- Reinhold NeibuhrPenguasa alam yang telah menciptakan kehidupan alam semesta ini. Keagungan yang dimilikinya ini telah berjaya menyemai dan mengutuhkan rasa kepercayaan dan keyakinaan seseorang makhluk terhadap hukum alam yang ditentukan olehnya. Mutiara kata di atas menyarankan agar manusia memohon kepadanya agar diberikan 3K iaitu; ketenangan, keberanian dan juga kebijaksaan dalam mengharungi titian kehidupan ini. Ketenangan yang dimaksudkan ini merujuk kepada rasa damai dan ketenteraman yang dapat dirasai oleh seseorang manusia. Ketenangan ini penting dalam kehidupan. Ini terutamanya dalam menghadapi sebarang kemungkinan realiti yang berlaku. Setiap realiti yang berlaku dalam kehidupan sebenarnya merupakan satu kebenaran yang tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi. Oleh demikian, ketenangan ini dapat mengurangkan rasa kurang senang atau meragukan terutama dalam melaksanakan satu tindakan mahupun pertimbangan. Ketenangan yang diraih dapat memberikan seseorang itu ruang untuk mendengar suara hatinya. Proses ini mampu membuatnya bukan sahaja mampu untuk mengenali diri tetapi juga alam sekelilingnya dan akhirnya keagungan penciptanya. Keberanian seringkali merujuk kepada kegagahan dan keperkasaan seseorang. Namun demikian, dalam mengharungi titian kehidupan keberanian ini bermakna ketabahan seseorang itu untuk menghadapi dan mengubah disamping memperbaiki realiti kehidupan yang telah hadir dalam hidupnya. Seringkali banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang manusia itu adalah di luar bidang kuasa mahupun jangkaannya. Oleh demikian, keberanian yang diperlukan ini penting dalam usaha mengorak langkah untuk meneruskan perjalanan di atas titian kehidupan. Kebijaksaan dalam mengetahui perbezaan dan membezakan ini penting dalam kehidupan manusia. Perbezaan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada memilih di antara kebaikan dan keburukan terhadap. Kebijaksaan dalam memilih ini akan dapat menentukan corak perjalanan di atas titian kehidupan yang dilalui seseorang insan itu. Kombinasi 3K ini mampu mencorak titian perjalanan dalam kehidupan. – Mainura Bte Mawi

    (reply)
  13. aida norliza  March 18, 2010

    Ilmu itu adalah sebaik-baik pusaka- Ali Bin Abi TalibKesedaran terhadap kepentingan ilmu dalam menjana kehidupan yang sempurna perlu diterapkan dalam diri setiap manusia. Sesungguhnya, manusia dikurniakan dengan akal fikiran yang menjadikan ia lebih mulia daripada makhluk bergelar haiwan. Manusia perlu melengkapkan ilmu ukhrawi dan duniawi bagi menjamin keseimbangan dalam melakukan perbuatan ke arah kemuliaan. Ilmu itu juga akan menjamin kesejahteraan dalam membina rumahtangga. Manusia harus sedar bahawa ia merupakan suatu kerugian sekiranya tidak menuntut ilmu semasa hayatnya. Malahan, manusia pula akan mengalami kerugian paling besar kerana tidak mengamalkan segala ilmunya. Ilmu itu dikaitkan dengan pendidikan. Dengan yang demikian, seorang guru memegang amanah besar untuk menyampaikan segala ilmu yang ada kepada para pelajarnya. Sebaliknya, para pelajar juga mempunyai ilmu yang boileh dikongsi dengan gurunya. Setiap manusia tidak akan pernah lengkap menuntut ilmu, maka itu seseorang manusia harus terus menuntut ilmu hingga akhir hayatnya. Setiap sesuatu yang wujud di muka bumi mempunyai unsur ilmu yang dapat dipelajari. Dengan yang demikian, janganlah manusia berasa jenuh dan mengeluh untuk menimba ilmu. Setiap manusia akan mengalami mati. Sesudah mati, manusia mungkin akan meninggalkan nama, nostalgia, harta atau waris. Setiap manusia yang berilmu tentunya akan meninggalkan ilmu sebagai pusaka yang akan kekal turun temurun sekiranya ilmu itu direalisasikan dengan perbuatan. Sebagai seorang guru yang mahir dalam apa juga bidang pengajian yang disalurkan kepada pelajarnya, tentunya mendapat pahala atas manfaat yang dapat ditimbal. Dengan yang demikian, teruskanlah melayari kehidupan dengan melengkapkan diri dengan apa juga ilmu yang ada, kerana setiap sesuatu yang dipelajari pasti mempunyai manfaat dan keperluaannya kepada manusia. -Norliza Sukri

    (reply)
  14. Shamira  March 19, 2010

    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.Dalam kehidupan yang mengejarkan material ini, mutiara kata di atas dapat menyedarkan seseorang itu bahawa harta kekayaan yang diraih tidak setanding dengan nasihat, didikan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada diri kita. Cabaran dan dugaan yang kita hadapi ada kalanya mampu melemahkan semangat kita untuk terus berusaha dan mencapai impian. Kita leka dengan godaan, nafsu dan hiburan dunia. Sehubungan itu, kita memerlukan orang-orang yang akan membantu dan menyokong impian kita. Mereka merupakan golongan yang membawa unsur-unsur positif supaya kita tidak mudah leka dan lalai. Oleh yang demikian, nasihat-nasihat yang telah disumbangkan kepada kita akan kekal segar di ingatan setelah kita mencapai kejayaan.

    (reply)
  15. Nur Hafizah Mohd Rashib  March 19, 2010

    “Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.”- Mahatma GandhiMasa sentiasa mencemburui manusia. Masa membahagikan manusia kepada dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang berjaya kerana bijak memanfaatkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang menguntungkan kehidupan manakala golongan kedua pula terdiri daripada mereka yang selalu dalam kerugian dek membiarkan masa berlalu tanpa amalan yang berfaedah. Kehidupan dan masa adalah amanah daripada Allah s.w.t. dan akan dipersoalkan pada hari kiamat. Lantas, menyedari hakikat ini, manusia harus mencipta kecermelangan dan kejayaan hidup dalam tempoh masa yang dipinjamkan-Nya ini. Ilmu juga adalah milik Tuhan. Manfaat ilmu terlalu banyak. Hasil disiplin ilmu inilah yang menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna dan serba moden. Secara ringkasnya, sumbangan ilmu dapat dilihat dalam ruang lingkup yang amat luas. Tidak keterlaluan dikatakan kehadirannya membawa seribu rahmat kepada seluruh warga alam ini. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawasanya tidak ada sesiapa yang dapat menafikan kelebihan ilmu. Kata-kata, "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan "Tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China" bukan ungkapan yang asing. Ilmu mempunyai kelebihan yang luar biasa. Ilmu bagai lampu yang menyinari kehidupan seseorang, malah menerangi seluruh alam ini. Semuanya bergantung kepada setiap individu, bagaimana mereka mahu menggunakan ilmu dan masa yang dipinjamkan Allah s.w.t; untuk kebaikan atau keburukkan. Tepuk dada, tanyalah selera.-Nur Hafizah Mohd Rashib

    (reply)
  16. MissVanity  March 19, 2010

    "Semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu." – Benjamin FranklinKata-kata mutiara Benjamin Franklin di atas ini merupakan kata-kata yang sangat bermakna dan benar. Ia bermaksud bahawa kemarahan akan membawa kepada keburukan. Keburukan ini merangkumi pelbagai aspek seperti kehilangan kawalan diri, tidak menghormati orang lain, dan lebih teruk lagi, memalukan diri sendiri dan diri orang lain pada akhirnya. Seseorang yang sedang marah itu akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan perasaan orang lain kerana terlalu ikutkan nafsu. Selain itu, perasaan marah itu sangat ditegah agama Islam kerana ia dapat membawa kepada kemusnahan akhlak, iman dan harga diri seseorang. Manusia sentiasa disuruh bersabar dan menahan perasaan marah. Perkara ini disebutkan dalam beberapa surah Al-Quran:"…Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" [Ali ‘Imrân : 134]Manusia yang dalam keadaan marah tentunya akan mengatakan perkara-perkara yang akan disesalinya kemudian. Lantas, lebih baik jika seseorang yang sedang marah itu mendiamkan diri sahaja agar tidak mengungkapkan kata-kata yang buruk.Rasulullah s.a.w juga mengajar apabila seseorang itu sedang marah hendaklah ia diam. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:"Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam" ( Kutubus Sab’ah.)Jika seseorang itu tidak mendiamkan diri, dia akan lebih mudah mengeluarkan kata-kata mengikut perasaannya, tanpa berfikir panjang akan kebenaran kata-kata itu. Ini termasuklah tuduhan-tuduhan, fitnah dan pelbagai lagi kesalahan yang hanya akan memalukan orang tersebut. Lantas, mutiara kata itu sangat benar kerana sifat amarah akan berakhir dengan malu. Malu terhadap diri sendiri dan mengaibkan orang-orang lain. Sesuatu yang dilarang agama itu pasti mempunyai sebabnya. Lantas, perasaan marah harus dikawal agar tidak merosakkan perhubungan silaturrahim antara manusia dan juga tidak membawa malu kepada diri sendiri. Sesungguhnya perkara yang buruk itu harus dijauhkan.-Puteri Nor' Atika

    (reply)
  17. simplistic_me  March 19, 2010

    “Genius is 1% inspiration and 99% perspiration”-Thomas Alva EdisonThomas Edision bukanlah orang asing dikalangan kita kini. Beliau telah banyak menyumbang pada kehidupan pada abad ke-21 ini dengan ciptaannya. Mutiara kata yang diucapkan beliau ini jelas menyatakan bahawa kepandaian itu tidak datang secara menggolek tetapi hasil usaha dan kerja keras yang kuat. Dapat dilihat bahawa hanya 1 peratus yang menyumbang pada kepandaian yang luar biasa dan sebaliknya 99 peratus usaha yang kuat yang menyumbang pada kepandaian yang luar biasa. Misalnya jika seseorang itu ingin lulus peperiksaan dengan cemerlang. Seseorang itu tidak boleh duduk sahaja dan berharap dia akan lulus. Sebaliknya, megikut mutiara kata ini, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih seperti mempelajari dan mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh. Setelah itu seseorang itu perlu berdoa dan seterusnya tawakal. Kepandaian tidak datang begitu sahaja tetapi berkat usaha seseorang itu. Seseorang yang rajin membaca tentunya akan dapat menimba lebih banyak ilmu dari mereka yang malas membaca. Lantas, seseorang itu perlu ingat bahawa kejayaan datang dari usaha yang gigih, kerja keras dan tekad yang kuat. -Sri SyazwaniM202

    (reply)
  18. Nur Ilham  March 19, 2010

    "All the world's a stage, and all the men and women merely players." – William ShakespeareUngkapan di atas adalah petikan dari karya 'As You Like It', sebuah drama komedi yang dikarang oleh sasterawan Barat terkenal, William Shakespeare.Kehidupan harian yang dilalui oleh setiap manusia itu merangkumi kejadian, peristiwa, senario dan detik-detik yang mewarnai kehidupannya. Sehubungan itu, hari-hari yang dilalui oleh setiap insan itu boleh dilihat sebagai pembinaan sebuah plot yang menceritakan kisah hidup seseorang manusia itu. Setiap insan di dunia memainkan peranan-peranan yang berbeza pada waktu-waktu tertentu berdasarkan konteks ruang dan waktu. Justeru, identiti atau status quo seseorang itu sering berubah-ubah bergantung kepada keadaan seperti di rumah, tempat kerja, sekolah dan sebagainya.Pada pandangan saya, ungkapan tersebut merupakan jurusan pemikiran yang bersifat universal dan relevan di dalam kehidupan manusia.Setiap manusia harus sedar tentang kepentingan memainkan peranan dan 'watak' di atas 'pentas'. Bagaikan sebuah drama, 'lakonan' yang tidak dilakukan dengan baik tentunya akan merosakkan 'jalan cerita'. Sehubungan itu, mereka perlu pastikan bahawa cerita hidup mereka itu bermutu; bagaikan sebuah pementasan drama yang tinggi nilainya.Jika tidak, sia-sia sajalah mereka diberikan tangunggjawab sebagai seorang 'pelakon' di atas sebuah 'pentas segala pentas'.

    (reply)
  19. bintangmagis  March 20, 2010

    I am not afraid of storms, for I'am learning to sail my ship. (LM Alcott)Ungakapan di atas ini sungguh bermakna kerana ia mengingatkan manusia tentang menyingkirkan perasan takut dalam berusaha untuk mencuba sesuatu yang baharu. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, kita tidak harus terlalu memikirkan tentang rintangan yang bakal datang ataupun masalah yang mungkin akan timbul. Asalkan kita sudah berbekalkan semangat dan tekad yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam hasrat mencapai matlamat kita. – Nurul Fasha

    (reply)
  20. sitinoraishasenin  March 22, 2010

    Assalamualaikum cikgu, saya memilih mutiara kata dan penjelasan Nur Syazwani Shaibani(tahun 1) sebagai yang terbaik.Siti NoraishaTahun 1

    (reply)
  21. Hairani Asri  March 22, 2010

    Salam cikgu,Saya memilih mutiara kata SyazwaniHairani

    (reply)
  22. IAN SIRNA AZALI  March 22, 2010

    The path to our destination is not always a straight one. We go down the wrong road, we get lost, we turn back. Maybe it doesn't matter which road we embark on. Maybe what matters is that we embark.(Barbara Hall, Northern Exposure, Rosebud, 1993)Melalui kata mutiara oleh Barbara Hall, ia mengisahkan tentang jalan kemaraan atau kemajuan seseorang itu. Ia mengatakan bahawa setiap jalan yang kita lalui tidak mungkin mudah dan lurus. Kadang-kadang kita harus patah balik daripada jalan yang salah dan menyesatkan. Tidak semestinya jalan yang kita lalui itu yang penting, tetapi tujuan yang hendak kita kecapi melalui jalan itu yang amat penting.Dari kata ini, ia bagai memberi perangsang dan nasihat agar kita tahu akan matlamat sebenar hidup kita. Matlamat hidup setiap insan tidak sama. Hala tujuan setiap orang juga tidak sama. Yang sama ialah keyakinan dan kegigihan untuk mencapai dan mengecapi matlamat itu. Tuhan menjadikan setiap insan sama. Kendatipun tiada satu yang sempurna, setiap insan telah ditentukan tempatnya disisi masyarakat dan masa depan. Yang penting ialah sama ada kita menuju ke arah yang benar dan munasabah. Mohd Sophian

    (reply)
  23. IAN SIRNA AZALI  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya tidak tahu kenapa Mutiara kata yang telah saya muat naikkan pada 14 Mac tidak ada. Mungkin kesilapan teknikal. kini telah saya muat naikkannya sekali lagi.sophian

    (reply)
  24. IAN SIRNA AZALI  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya sokong mutiara kata oleh Sdr. Ilham dan Sdri. Nurul Fasha.MOhd. Sophian

    (reply)
  25. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya memilih mutiara kata Hairani Bte Asri.Nur Syazwani Shaibanis0900012l

    (reply)
  26. Sitti Maisarah  March 22, 2010

    Salam Cikgu,Saya memilih mutiara kata Siti Salmah.Sitti Maisarah bte Abu BakarS0900021A

    (reply)
  27. shahedabintalib  March 22, 2010

    Salam cikgu,Saya memilih mutiara kata SophianShaheda

    (reply)
  28. Abdul  March 22, 2010

    Salam cikgu,Saya memilih mutiara kata Maisarah.-Fattah-

    (reply)
  29. shashasha affan  March 23, 2010

    Salam Cikgu, Saya memlilih mutiara kata Shahirah Samsudin.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  30. Ariff Rizwan Sahab  March 23, 2010

    Salam Cikgu,Saya memilih mutiara kata Maisarah Abu Bakar.SekianAriff Rizwan Sahab

    (reply)

Add a Comment