Blog / News

INTERAKSI STP (SESI V)

Posted by:

Orang Belanda megah dengan khazanah bangsa mereka. Antaranya ialah kasut kayu yang mereka gunakan sebagai alas kaki harian. Ia dipercayai mengandungi banyak kebaikan untuk kaki dan kesihatan. Industri kasut ini berterusan hingga hari ini.

Adakan masyarakat Melayu mempunyai satu khazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri? Bincangkan dalam 200 patah perkataan sahaja. (Tahun 1)

Tuliskan sebuah pojok dalam 100-150 patah perkataan sahaja dengan menggunakan bahan di atas sebagai mangkinnya. (Tahun 2)

22

Discussion

  1. Shahirah Samsudin  March 5, 2010

    Masyarakat Melayu juga merupakan masyrakat yang bangga dengan budayanya sendiri. Namun demikian, pada pendapat saya, khazanah Melayu yang masih beterusan hingga kini lebih berteraskan kesenian. Mungkin khazanah masyarakat Melayu tidak boleh dibandingakan secara langsung dengan khazanah orang Belanda. Namun demikian, terdapat beberapa warisan Melayu yang kini telah dijadikan satu ‘bisnes’. Antaranya silat. Silat merupakan aktiviti seni orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia menjadi warisan turun-temurun dan telah sebati dengan adat budaya Melayu. Merujuk kepada soalan, pada pendapat saya, silat merupakan satu warisan yang masih berterusan hingga kini. Mungkin silat belum lagi boleh diisytiharkan sebagai satu industri yang berdiri dengan sendirinya di Singapura. Walau bagaimanapun, silat merupakan salah satu kesenian yang telah membentuk industri olah raga dan seni mempertahankan diri di Singapura.‘Kemajuan’ silat boleh dilihat dari pelbagai kelas-kelas silat yang diadakan di kelab-kelab masyarakat, kolonng blok atau di sekolah-sekolah tertentu. Beberapa sekolah silat telah ditubuhkan di Singapura, antaranya PERSISI, Sendeng pakulan dan tidak lupa juga, Silat Academy dan antara sebab mengapa ia ditubuhkan ialah, untuk mempertingkatkan lagi nilai Silat sebagai satu sukan di mata negara dan dunia.Dengan usaha gigih dan semangat yang kental, tidak menghairankan jika silat pada satu hari nanti menjadi satu industri yang besar di Singapura dan di dunia – sepertimana kasut kayu di Belanda dikembangkan menjadi satu industri yang maju. SHAHIRAH SAMSUDIN S0900017G

    (reply)
  2. shahedabintalib  March 5, 2010

    Khazanah, menurut Kamus Dewan (2006: 782) memberi makna barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan(himpunan) sesuatu. Pada pendapat saya, masyarakat Melayu ada mempunyai banyak khazanah. Namun demikian tidak banyak yang masih dipertahankan ke hingga hari ini sehingga ke tahap industri. Tetapi, terdapat satu khazanah yang masih lagi berjaya dipertahankan dan masih lagi digunakan segolongan masyarakat hingga ke hari ini. Pada pengamatan, khazanah yang masih lagi kekal dan relevan pada masa kini adalah keris. Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei. Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal. Keris juga sering digunakan dalam segi perubatan seperti kedukunan.Pada masa kini, keris masih lagi digunakan dalam industri persilatan. Ia dijadikan bahan senjata dalam latihan dan juga pertandingan. Keris juga dapat dilihat sebagai aksesori pengantin lelaki sewaktu majlis persandingan. Walaupun pembikinan keris semakin terhad, namun demikian, ia masih lagi menjadi khazanah yang menjadi warisan orang Melayu hingga ke hari ini.Shaheda Bte SalimS0900016K

    (reply)
  3. knl  March 5, 2010

    Salam Cikgu.Ini pojok saya. Bulan lepas, suami Minah bawa Minah pergi Negara Belanda. Bukan main hebat lagi peninggalan khazanah mereka. Minah dan suami sangat kagum. Senang kata, apabila Minah melihat khazanah-khazanah itu, terasa kemegahan sesebuah tamadun. Minah lihat macam-macam, seperti kasut kayu, ‘windmills’, melawat ‘The Amsterdam Dungeon’ dan sebagainya. Semasa dalam kesibukan melawat ke sana dan ke sini, Minah terfikir tentang bangsa Minah sendiri. Apakah kebangaan tamadun Melayu? Minah hanya boleh memikirkan tentang beberapa bilah keris dan itupun bukanlah apa-apa yang sangat megah dan hebat. Mana Taming Sari Hang Tuah? Mana jempatan emas Puteri Gunung Ledang? Mana istana peninggalan kerajaaan hebat Melaka sebelum ditakluk Feringgi? Minah hairan… Kita sering cakap tentang kisah-kisah sejarah klasik yang hebat, tapi peninggalan fizikalnya? Mana bukti orang Melayu pernah hebat? Minah pun menjadi lemas dengan soalan-soalan Minah. Hai… Kita kan ada ramai bijak pandai Melayu. Biar merekalah yang menyelesaikannya. – Nurul Fasha

    (reply)
  4. Ariff Rizwan Sahab  March 5, 2010

    Ukiran kayu atau seni ukir merupakan khazanah seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukiran kayu termaktub dalam Selalatus Salatin yang dikarang Tun Sri Lanang pada abad ke-17. Tulisan Tun Sri Lanang mencatatkan keindahan seni bina ukiran kayu misalnya istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Hikayat Misa Melayu juga mengambarkan mengenai seni ukir Melayu seperti contoh, istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 – 1780).Khazanah seni ukir ini menjadi warisan sehingga hari ini. Misalnya industri ukiran Melayu seperti Kelantan Woods Craf di Temerloh, Pahang Darul Makmur, Malaysia telah menghasilkan ukiran sepasang keris bersarung lengkap yang diukir halus yang dianugerahkan kepada Ratu England oleh kerajaan Malaysia ketika menghadiri sidang Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998.Encik Latiff bin Long adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara, Malaysia. Kini Latiff Long mempunyai perusahaan ukiran kayu yang terkenal di Pasir Tumbuh, Kelantan, Malaysia.Tuan Haji Wan Su bin Othman mahir dengan ukiran kayu. Beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Beliau mempunyai perusahaan ukiran kayu yang terletak di Besut, Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.Kesimpulannya, masyarakat Melayu terbukti mempunyai satu khazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri.Ariff Rizwan SahabS0900003K

    (reply)
  5. Sarah Bakar  March 5, 2010

    Pada pandangan saya, masyarakat Melayu mempunyai khazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri. Malahan, ia masih digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman millieu ini. Salah satu daripadanya adalah kain batik dan kain pelekat. Tersebut merupakan khazanah masyarakat Melayu yang menjadi warisan sehingga ke tahap industri. Ia merupakan satu seni yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran masyarakat Melayu dalam melukis. Hingga hari ini, kain pelekat dan kain batik masih wujud dan dijual di pasaran. Justeru, boleh saya nyatakan bahawa masyarakat Melayu tidak hilang budayanya hingga zaman millieu ini.Selain kain batik dan kain pelekat, terdapat senjata-senjata Melayu yang masih wujud dan disimpan sebagai khazanah yang menjadi warisan masyarakat Melayu. Senjata-senjata tersebut merangkumi keris, pedang, parang, golok, kerambit dan sebagainya. Ini merupakan senjata warisan Melayu yang wujud sejak dahulu lagi. Senjata-senjata tersebut kini masih digunakan untuk latihan seni bagi sukan silat. Ia dikatakan seperti memberi semangat kepada para pesilat untuk berlawan dengan penentangnya. Kesenian juga merupakan satu warisan masyarakat Melayu tetapi ia masih dipraktikkan hingga zaman millieu ini.Kain batik, kain pelekat dan senjata-senjata Melayu merupakan satu kebendaan khazanah masyarakat Melayu yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri. Dari segi pengajaran, ilmu pengetahuan dan seni masyarakat Melayu, sastera Melayu juga adalah sebuah khazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap industri. Bahan-bahan oleh sasterawan telah dikumpulkan, dibuat dalam buku, diterbitkan dan dijual bagi pengkaji-pengkaji yang ingin mempelajari mengenai masyarakat Melayu. Ilmu sastera merupakan suatu perkara amat penting supaya ia menyumbangkan seni dan pengetahuan kepada masyarakat Melayu zaman millieu ini agar ilmu sastera itu tidak pupus dari masyarakat Melayu. Lantas, buku-buku sastera adalah salah satu khazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri.Sitti MaisarahS0900021A

    (reply)
  6. Hairani Asri  March 5, 2010

    Rata-ratanya masyarakat Melayu masih belum lagi sampai ke tahap sedemikian. Industri di dalam hal ini merujuk kepada “perusahaan (biasanya secara besar-besaran) untuk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan” (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007:576). Dengan itu, kita dapat lihat bagaimana masyarakat Cina boleh berbangga dengan industri perubatan Cina atau Traditional Chinese Medicine (TCM) yang semakin mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Manakala masyarakat India pula terkenal dengan industri penghasilan pakaian tradisional mereka seperti sari dan seumpamanya. Hakikatnya, masyarakat Melayu kaya dengan khazanah tapi sayangnya, masih belum terdapat sebarang inisiatif dan usulan untuk menjadikan warisan tersebut ke tahap sebuah industri. Punca utama ialah kurangnya sokongan dan naungan dari segi kewangan daripada pihak pemerintah dan organisasi Melayu setempat. Namun demikian, tidak tepat sama sekali sekiranya masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai sebarang usaha untuk membangunkan sebuah industri yang boleh disanjung oleh bangsa kita sendiri. Terdapat juga usaha untuk memperkenalkan perubatan-perubatan tradisional Melayu seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah ke luar negara, khususnya negara-negara Barat. Masyarakat Melayu memang dikenali kerana penggunaan akar-akar kayu, herba-herba dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang amat meluas memandangkan ianya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Selain itu, lukisan-lukisan batik juga merupakan sebahagian daripada khazanah Melayu yang sedang diusahakan supaya dapat menjadi satu perniagaan bisnes bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia. Kesimpulannya, perusahaan yang dapat mengagungkan khazanah bangsa Melayu harus disokong oleh bangsa kita sendiri. Tiada gunanya menyokong khazanah bangsa lain, jika khazanah bangsa kita sendiri tidak dimajukan bak pepatah, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.Hairani Asri

    (reply)
  7. Mainura  March 5, 2010

    Salam Cikgu, Berikut adalah pojok saya, Petang semalam nenek ada menonton sebuah dokumentari mengenai negara Belanda. Bagus dokumentari tu. Ada tunjuk pasal tempat-tempat menarik, cara hidup dan juga sejarahnya. Maklumlah, nak melancong jauh-jauh ni badan pun dah tak larat. Jadilah, tonton kat TV. Tengoknye-tengok, nenek sendiri terfikir “eh ! orang Melayu ni ada khazanah sendiri tak ? Bayangkan, orang-orang Belanda ada industri kasut kayu itu masih kekal hingga ke hari ini. Tak kagum? Maklumlah, zaman dah moden manalah orang-orang nak pakai kasut yang berat-beratkan. Menariknya, orang Belanda tak berfikiran macam tu. Orang Melayu kita ni tak ikut cara si Belanda. Mungkin tu agak sebabnya bangsa Melayu macam tak ada khazanah. Bukan tak ada. Ada… tapi mungkin jumlahnya kecil agaknya. Tapi, hairannya perkara-perkara yang sering dimegah-megahkan bangsa kita seperti peninggalan tamadun Melayu tak juga kelihatan. Kenapa agaknya ? Hairan jugak, nenek. Ni mungkin pasal tak ada yang nak mewarisi dan mengekalkan agaknya ye. Kalau tak, takkan benda-benda ni tak ada. Takkan dah ditelan bumi kan? – Mainura Mawi

    (reply)
  8. Nur Hafizah Mohd Rashib  March 5, 2010

    Kak Mah ingat nak tukar nama lah. Agak-agak kalau kalau Kak Mah tukar nama Kak Mah jadi Fatimah Fogg mesti glamour. Sesuai dengan hobi Kak Mah. Maklumlah, Kak Mah kan suka merantau macam hero dalam filem ‘Around the world in 80 days’ tu. Hehehehe. Kak Mah baru sahaja balik dari Belanda. Fuh!!! Menakjubkan sangat. Orang Belanda megah dengan khazanah bangsa mereka. Antaranya ialah kasut kayu yang mereka gunakan sebagai alas kaki harian. Ia dipercayai mengandungi banyak kebaikan untuk kaki dan kesihatan. Hari ini, penghasilan kasut kayu itu sudah menjadi satu industri yang besar. Tatkala melihat khazanah bangsa lain, Kak Mah teringat akan bangsa sendiri. Adakah masyarakat Melayu mempunyai satu khazanah yang menjadi warisan sehingga ke tahap sebuah industri? Hmm… Bagi Kak Mah, kesusasteraan Melayu adalah khazanah bangsa kita yang sebenar. Misalnya kitab Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah banyak merakamkan sejarah, adat dan budaya Melayu. Kitab-kitab ini masih dicetak dan diterbitkan sampai hari ke ini kerana mempunyai banyak pengajaran yang dapat memanfaatkan manusia. Malahan, kesusasteraan Melayu semakin berkembang dengan terhasilnya sajak-sajak moden dan pertubuhan-pertubuhan penulis sastera seperti ASAS ’50. Tidak mustahil kesusasteraan Melayu akan menjadi sebuah industri yang besar suatu hari nanti. Renung-renungkan lah…Kak Mah Fogg @ Nur Hafizah Rashib

    (reply)
  9. Nur Ilham  March 5, 2010

    Baru-baru ni, Mat telah berkunjung ke negara Belanda bersama rakan-rakan . Mat ke sana pun kerana ada urusan pekerjaan, tapi sempat jugalah Mat ‘rounding’ keliling bandar Amsterdam. Maklumlah, sambil menyelam minum air. Seronok jugalah lihat pemandangan baru di sana, sebab selalunya Mat mengelilingi dunia melalui internet saja. Cepat dan murah. Sekarang Mat nak ceritakan sikit tentang pengalaman Mat di sana! Cuaca di Amsterdam tu, sejuk sangat, sampai Mat terpaksa memakai tiga helai baju tebal. Tetapi bahagian kulit yang tidak tertutup seperti di muka, tetap merasakan kesejukannya! Yang peliknya, Mat ternampak ada juga di kalangan penduduk Amsterdam yang memakai pakaian yang santai sahaja; kemeja tee dan seluar jeans. Hebat! Mat rasa, mereka tentunya sudah terbiasa dengan kesejukan di negara sendiri. Selain dari itu, Mat lihat bandar Amsterdam ini mempunyai banyak ‘rumah-rumah merah’ dan kafe-kafe yang menjual bahan-bahan yang jelas dilarang di Singapura! Tapi, keadaan di Amsterdam tetap tenang sahaja. Para penduduk berlalu-lalang tanpa menghiraukan kegiatan sedemikian di sekeliling mereka. Mat pasti ini juga adalah suatu perkara yang biasa bagi mereka, macam cuaca sejuk yang Mat katakan tadi. Mat kagum sungguh dengan budaya orang-orang di bandar Amsterdam ni!

    (reply)
  10. Abdul  March 5, 2010

    Di Singapura mahupun di Malaysia, orang Melayu mempunyai koleksi pelbagai seperti keris, alat muzik Melayu, permainan Melayu dan sebagainya. Biasanya orang-orang sedemikian berasa puas apabila orang lain berpeluang menikmati dan melihat sama barang-barang kepunyaan mereka. Jikalau keris, ia seringkali dihubungkaitkan dengan seni pertahanan seperti silat.Namun demikian, pada pendapat saya, pantun merupakan satu khazanah Melayu yang boleh dijadikan warisan masyarakat Melayu. Ini kerana, kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Antara pantun yang dimaksudkan adalah seperti berikut:Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,Budi yang baik rasa nak junjung. Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.Puas sudah kutanam padi,Nenas juga ditanam orang;Puas sudah kutanam budi,Emas juga dipandang orang. Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.

    (reply)
  11. Abdul  March 5, 2010

    Bahasa Melayu adalah Bahasa ibunda kita. Ada satu peribahasa yang mengatakan " Bahasa itu menunjukkan bangsa" . Maka dengan itu tanpa bahasa tiadalah bangsa itu . Sudah berabad-abad lamanya bahasa Melayu kita digunakan oleh beratus juta penduduk nusantara seperti di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan lain-lain negara di Asia Tenggara.Kalau kita tidak tahu berbahasa Melayu , kita tidak dapat menjalinkan persaudaraan di antara orang-orang Melayu kita. Sebelum Singapura dijajahi oleh bangsa Inggeris, bahasa Melayu begitu penting dan luas digunakan. Disebabkan kepentingan Bahasa Melayu , ia dijadikan bahasa kebangsaan negara kita sejak kemerdekaan.Begitu penting Bahasa Melayu sekali sehinggakan pahlawan lagenda Melayu kita Laksamana Hang Tuah pernah mengatakan '" Bahawa tidak Melayu hilang di dunia , bahasa ibunda kita tetap menjadi bahasa perantaraan kita.Di Singapura bahasa Melayu adalah Bahasa penting selain dari bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Ia digunakan di Singapura sebagai bahasa untuk mempereratkan masyarakat Singapura yang terdiri daripada berbagai kaum.Sehinggakan lagu kebangsaan kita juga ditulis dalam Bahasa Melayu .Sambil berjalan di tepi sawahTinggal sekejap di warung Mak Nyonya,Menang tak salah Laksamana Hang TuahBahasa Melayu tak akan hilang di dunia.Masyarakat Melayu juga harus senantiasa meneroka cara-cara untuk menjadikan warisan Melayu termasuk bahasa dan budaya Melayu satu kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Salah satu cara lagi ialah melalui muzik Melayu, tidak kira yang moden atau tradisional. Lagu-lagu Melayu seringkali mencetuskan pemikiran serta budaya orang Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) telah mengaturcarakan pertandingan mencipta lagu dan peraduan menyanyi lagu-lagu puisi tulisan Allahyarham penyair terkemuka, Masuri S.N, dan puisi tulisan para peserta sendiri. Turut diadakan ialah Bengkel Lagu-Lagu Melayu Asli dan Dondang Sayang. Dari segi projek ilmiah, Perkamus merancang menerbitkan penyusunan glosari karyawan muzik Melayu Singapura sejak tahun-tahun 1940-an. Oleh itu, pelbagai cara yang boleh diterokai oleh orang Melayu untuk memperkayakan lagi khazanah budaya mereka. Pantun boleh diterapkan dalam lagu untuk mempromosikan budaya serta daya fikiran orang-orang Melayu sedunia. Jika direnungkan, orang-orang Melayu juga terkenal dengan amalan-amalan animisme mereka yang begitu menakjubkan. Sehingga hari ini, orang masih percaya kepada bomoh, jampi mantera, dukun dan sebagainya yang mana mereka mampu menghasilkan kekuatan di luar dugaan manusia. Jika negara barat mempunyai orang-orang seperti David Blaine dan David Copperfield, maka tidak hairanlah sutau hari nanti masyarakat Melayu mampu menghasilkan seseorang yang setaraf dengan kebolehan kedua ikon barat tersebut. Akhir kata, kewujudan orang Melayu di dunia ini bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”.

    (reply)
  12. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 5, 2010

    Masyarakat Melayu sememangnya mempunyai khazanah yang masih berterusan hingga ke hari ini. Tetapi bagi tahap industri yang besar, mungkin tidak. Baju Melayu, baju kurung dan kebaya masih lagi digunakan hingga ke saat ini. Tentu sekali ada industri yang kecil-kecil menghasilkan pakaian-pakaian ini. Berkaitan dengan pakaian ini adalah kain batik yang halus cara pembuatannya. Hingga ke hari ini khazanah ini masih kekal dan masih digunakan oleh masyarakat Melayu, terutama sekali pada Hari Raya. Hari Raya adalah suatu hari di mana semua masyarakat Melayu akan berpakaian cantik sedemikian. Inilah warisan budaya Melayu yang masih berterusan. Bukan Hari Raya sahaja ia terus dipakai, pada majlis perkahwinan juga, ianya tradisi kita untuk berpakaian sedemikian, lantas, khazanah Melayu masih tetap kekal di Singapura.Selain itu, keris juga adalah khazanah Melayu yang masih kekal hingga ke hari ini. Keris ada kaitannya dengan silat, iaitu sebuah seni mempertahankan diri. Keris digunakan juga dalam seni mepertahankan diri ini kerana ianya adalah khazanah Melayu dari zaman nenek moyang kita lagi. Ramai masih mengenali dan mengetahui, apa itu keris. Keris juga dipandang sebagai khazanah Melayu yang agung kerana cara pembikinannya yang amat halus. Ada segelintir orang Melayu di Singapura yang masih menyimpan koleksi keris kerana hobi atau kecantikkannya. Namun demikian, saya pasti, di Singapura, tiada industri yang besar yang menghasilkan keris-keris sedemikian. Seringnya, peminat keris akan memperoleh keris-keris ini hanya di luar negara dan itulah yang amat menyedihkan kerana Singapura inginkan khazanah ini terus berlanjutan, namun demikian, tiada yang masih membuatnya.Nur Syazwani ShaibaniTahun 1S0900012L

    (reply)
  13. syahirah nabilah  March 5, 2010

    salam cikgu, berikut ialah pojok saya:Hari tu kak senah pergi bercuti dengan suami akak ke Melaka. Sesekali nak makan angin juga dengan abang tersayang . Singapura tu tak habis-habis dengan sibuknya. Di Melaka, sedara kak senah adalah bawa pergi muzium Melaka. Macam-macam benda ada di situ termasuklah pameran adat dan budaya perkahwinan orang dulu-dulu. Menarik juga, tapi tiba-tiba kak senah terfikir, mana perginya khazanah Melayu yang selalu diperkatakan macam jambatan emas puteri gunung ledang dan istana Melaka? Yang kak senah nampak cuma manuskrip dan pameran-pameran yang mengimbas kembali sejarah Melaka. Kalau nak nampak yang betul-betul daripada sejarah tu memanglah susah. Teringat pula kasut kayu yang kak senah ternampak masa pergi belanda cuti yang lepas. Orang Belanda ni megah dengan khazanah bangsa mereka dan kasut kayu ni merupakan identiti mereka. Jadi, identiti Melayu ni apa ya? Keris? Manuskrip? Atau setakat pameran yang ditunjukkan di Muzium? Fikirlah sendiri ya.-Kak senah atau Syahirah Nabilah

    (reply)
  14. IAN SIRNA AZALI  March 5, 2010

    Melayu yang diperkatakan di sini, merangkumi kepulauan dan negara-negara di nusantara. Nusantara pula menurut Moores, merangkumi negara-negara dan kepulauan di Malaysia, Indonesia, Filipins, Singapura, Brunei dan juga sebahagian daripada Papua New Guinea. “To many, the region is known as the Malay Archipelago but to Indonesians as Nusantara… . The region belongs to six states: the Republic of Indonesia, the largest (1.92million km2)… the Republic of the Philippines (296 000 km2)… East Malaysia (201 082 km2), in Borneo; the Sultanate of Brunei-Darussalam (5765 km2), also in Borneo; the island Republic og Singapore (621 km2)… and Papua New Guineaon the E portion of New Guinea..”(Moores, Fairbridge; : 377) Fokus pada industri khazanah Melayu yang diperkatakan di sini adalah lebih kepada sumbangan khazanah yang telah ada sejak berkurun lama. Khazanah, menurut Kamus Dewan (2006: 782) memberi makna barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu. Lantas, produk kecantikan yang diperbuat daripada herba-herba, alat kesenian seperti busana tradisi, senjata, dan alat muzik, dan barangan perubatan merupakan antara khazanah Melayu yang telah diindustrikan. Industri menurut Kamus Dewan (2006: 576) adalah sebuah perusahaan (biasanya secara besar-besaran) untuk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan. Dalam memfokus kepada khazanah Melayu yang telah diusahakan secara produksi, khazanah Melayu juga boleh dilihat dari segi kesenian persembahan atau upacara keagamaan seperti tarian, dikir barat, hadrah dan sebagainya. Oleh sebab fokus adalah pada bidang industri atau perusahaan, akan dibincangkan secara ringkas mengenai perkara yang telah disebutkan di atas. sambung…

    (reply)
  15. IAN SIRNA AZALI  March 5, 2010

    Barangan kecantikan telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu, terutama sekali ia dipraktikan oleh kaum wanita. Perihal kecantikan ini sering berkaitan dengan penggunaan herba-herba atau hasil alamiah untuk membantu tubuh seseorang itu menjadi lebih menarik baik dari segi paras ataupun rupa. Antara perusahaan yang telah maju dalam mempromosikan produknya ialah Mustika Ratu. Ia adalah antara jenama yang telah memperkenalkan produk kecantikan yang diperbuat daripada barangan alamiah seperti herba-herba, buah-buahan dan sebagainya. Mustika Ratu telah berjaya menembusi pasaran serantau pada tahun 1978, tiga tahun setelah ia bermula menapak. Sehingga kini, Mustika Ratu masih mempunyai pelanggan yang tetap dan percaya akan keberkesanan produknya. Negara-negara yang boleh terdapat produknya serta konsumernya adalah seperti Indonesia, Czech Republik, Bulgari, Malaysia, Jepun, Canada dan Singapura (Sumber: Mustika Ratu). Kini, produk kecantikan telah dikembangkan daripada barangan kosmetik hingga kepada barangan urutan dan juga spa. Selain daripada barangan kecantikan, busana Melayu juga merupakan industri yang telah dipertahan dan diperkembangkan. Siapa yang tidak kenal pada nama Second Chance. Kini, 2nd Chance Properties telah berkembang sebagai perusahaan yang besar dan merangkul bidang busana, barang kemas dan pelaburan hartanah. Ia bermula dari sebuah perusahaan kecil-kecilan yang menjahit pakaian lelaki pada tahun 1975. Oleh sebab terdapat kekurangan daripada hasil bisnesnya, Encik Mohamed Salleh pelopor perusahaan ini telah mengambil langkah baru untuk membuka kedai busana siap-sedia atau ‘ready-to-wear fashion clothes’ pada tahun 1979. Bisnesnya yang fokus pada busana tradisional telah dapat diterima ramai dan telah berkembang maju. Selain daripada Singapura, kedai busana Second Chance telah dibuka di Malaysia dan kini, Second Chance telah memiliki 36 cawangan dengan membawa jenama First Lady. (Sumber: 2nd Chance Properties) Secara ringkas, dapat kita lihat bahawa dengan adanya pelaku-pelaku yang bijak mengatur strategi untuk mengusahakan khazanah warisan Melayu, ianya akan dapat pemasaran yang hebat dan sekaligus boleh dijadikan industri yang menguntungkan. Mustika Ratu dan Second Chance merupakan antara industri yang telah berjaya untuk mengindustrikan khazanah Melayu ketahap antarabangsa dan mereka akan terus berusaha untuk melestarikan khazanah Melayu dalam bentuk industri yang mereka miliki.Rujukan:___________ (2005) Kamus Dewan: Edisi Keempat; Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.Moores, Eldridge M., Fairbridge, Rhodes Whitemore (1997) Encyclopedia of European and Asian Regional Geology; Chapman & Hall, London (Ditukil dari lelaman http://books.google.com/books?id=aYRup5mRcGsC&lpg=PA377&dq=%22malay%20archipelago%22%202%20million%20km%C2%B2&pg=PP1#v=onepage&q=&f=false pada 5 March 2010 )http://www.mustika-ratu.co.id [dilayari pada 5 March 2010]http://www.secondchance.com.sg [dilayari pada 5 March 2010]

    (reply)
  16. Shamira  March 5, 2010

    Helo semua anak-anak dan cucu-cucu Nek Yah di kota Singa! Nek Yah sekarang sedang berada di Belanda ni. Cuti sakan dengan anak menantu! Semalam masa Nek Yah rounding kota Amsterdam, Nek Yah singgah kejab di kilang membuat kasut kayu. Mereka percaya kasut kayu mendatangkan banyak kebaikan untuk kesihatan. Rupa-rupanya, industri ini sudah menjadi warisan orang-orang Belanda. Terpegun Nek Yah seketika! Orang Melayu kita ada tak meninggalkan khazanah bangsa sampai ke tahap menjadi sebuah industri? Macam takde ye! Kalau setakat keris tu, takde apa yang nak dibanggakan sangat. Keris Taming Sari itu pun agaknye dongeng saja! Nek Yah rasa seni tari Melayu merupakan khazanah bangsa yang boleh dikembangkan hingga ke peringkat global. Cubalah buka kelas-kelas tarian Melayu untuk si mat dan minah Mat Salleh ni belajar. Kan menarik! Nek Yah dah bosan lihat mat dan minah kita yang terkinja-kinja macam berok kena belajan joget tarian hip-hop Mat Salleh tu! Pakai pon macam tak cukup kain. Hai…entahlah apa yang seronok sangat tarian hip-hop itu. Maklumlah, selera orang tua macam Nek Yah ini kan selalu dikatakan kolot…Nek Yah Siber @ Nurshamira Johari

    (reply)
  17. aida norliza  March 5, 2010

    Cik Za ni, hari-hari duduk di Singapura naik bosan jugak rasanya. Maklumlah, bila nak dekat cuti sekolah, mula menggian nak pergi melancong. Mulalah masuk ke alam siber. Terbaca pula tentang kemegahan masyarakat Belanda terhadap kahazanah-khazanah mereka. Kasut yang diperbuat daripada kayu. Hmm… menarik sebab kasut itu dipercayai mempunyai kebaikan untuk kaki dan kesihatan. Rasa-rasa kalau ke sana nak juga beli dan bawak balik ke Singapura. Yelah, makin hari makin tua, kaki pun nanti dah tak kuat. Bagus jugak ya orang Belanda ni memelihara kepercayaan terhadap khazanah mereka. Kalau industri kasut kayu ni masih berterusan, tentulah kepercayaan mereka tu terbukti. Sekarang ni Cik Za masih cergas, belum sakit, patut juga tengok negara Belanda tu. Takkan lah nak tunggu kaki dah tak kuat kesihatan an terjejas, baru nak cari ubatnya. Memang kesihatan tu penting. Kalau ada duit banyak tapi badan tak sihat, hai.. Memang hidup merana lah nampaknya.-Cik Za (Norliza)

    (reply)
  18. sitinoraishasenin  March 5, 2010

    Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai khazanah termasuk kraftangan, keris, makanan dan sebagainya. Antara khazanah warisan Melayu yang telah berjaya menjadi sebuah industri ialah industri batik. Kepelbagaian jenis dan corak batik memberikan keunikannya yang tersendiri. Batik ialah seni yang bermutu tinggi dan dikenali di seluruh dunia. Batik wujud sejak ratusan tahun lamanya. Hakikatnya, batik boleh dihayati dan dinikmati tanpa mengetahui dan mengenal latarbelakang sosio-budaya masyarakatnya. Ia adalah salah satu warisan tradisi yang memiliki keupayaan daya cipta yang kental. Motif, rekabentuk dan corak-corak batik mengemukakan satu ekspresi hubungan antara manusia dengan alam semula jadi dan sekitaran serta ekspresi hubungan antara manusia dengan alam semula jadi hingga lahir hasil karya penuh dengan daya cipta yang bermutu tinggi. (Sarkasi Said, 2001)Keindahan dan kepengaruhan batik telah diungkapkan dalam petikan di atas. Walaupun industri batik masih lagi dalam tahap permulaan, pendedahannya sudah meluas di peringkat antarabangsa. Tertubuhnya World Batik Council adalah bukti bagi perkembangan industri ini. Selain itu, industri perusahaan batik dapat berkembang sealiran dengan perkembangan industri fesyen terkini. Contohnya terdapat di http://www.folio-gothichippy.com di mana kain batik digunakan untuk menghasilkan rekabentuk yang terkini. Oleh itu, warisan ini akan dapat kekal dalam masa-masa akan datang kerana sifat versatilnya dan akan terus berkembang maju sehingga tertubuhnya industri batik yang gah.Siti Noraisha Binte Mohamed Senin(tahun 1)S0900019A

    (reply)
  19. shashasha affan  March 5, 2010

    Salah satu khazanah masyarakat Melayu yang masih menjadi warisan hingga hari ini ialah Taman Warisan di Singapura. Taman Warisan juga dikenali sebagai Istana Kampong Gelam bukan sahaja bangunan biasa, ia mempunyai banyak sejarah di sebaliknya. Taman Warisan menjadi tarikan ramai terutama sekali untuk pelancong atau warga asing yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Sejarah Melayu. Ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ali 162 tahun yang lalu dan hingga ke hari ini, ia masih berdiri tegap. ‘Intinya’ taman warisan mempunyai 9 galeri yang mempamerkan akar orang Melayu, sejarahnya dan budaya masyarakat Melayu Singapura. Taman Warisan juga telah mengadakan pelbagai acara seperti rumah undangan Hari Raya, Pesta Raya dan pertemuan penulis-penulis Melayu Singapura mahupun antarabangsa. Taman Warisan tidak begitu terkenal di kalangan bangsa lain di Singapura kerana hanya sekali sekala sahaja ia mengadakan acara-acara secara besar-besaran. Taman Warisan juga tempat komersial untuk para peragawati. Walaupun ia dilihat sebagai satu-satunya monumen masyarakat Melayu, ia kekurangan sesuatu, iaitu tempatnya gagal menunjukkan ciri-ciri tempat tinggal masyarakat Melayu (kampung). Bangunan tersebut telah diubah elok hingga kita tidak dapat lihat ia sebagai warisan Melayu. Para warga asing yang datang untuk mengunjung hanya dapat menggambarkan kampung Melayu dengan menggunakan imaginasi atau melihat gambar-gambar yang tertera. Taman Warisan Melayu sudah kehilangan daya tarikannya kerana tidak dapat menarik perhatian umum.Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  20. sally  March 5, 2010

    Masyarakat Melayu telah lama menghasilkan beberapa benda yang masih mempunyai pelbagai kahazanah yang menjadi warisan hingga hari ini sehingga ke tahap sebuah industri. Saut-satunya adalah bahan-bahan seperti dalam ciptaan lagu, rakaman video dan sebagainya. Seorang yang bernama P. Ramlee telah melakukan semua pada tahun 1980-an. Hasil karya P. Ramlee boleh dijadikan satu khazanah Melayu kerana karya-karyanya boleh dijadikan teladan dan pengajaran bagi seseorang yang giat dalam budaya Melayu. Sebagai contoh, P. Ramlee telah melakukan sebuah cerita mengenai Pendekar Bujang Lapok (Hantu Jepun). Di dalam cerita ini, ada satu peristiwa bahawa P. Ramlee telah pergi ke kubur untuk mendapat kekuatan oleh mambang-mambang. Hal ini dapat dinilai bahawa orang Melayu dahulu telah percaya dengan benda-benda karut ini. Dengan cara ini, orang Melayu pada milleu ini dapat mengkaji bagaimana orang Melayu berfikir dan mempercayai perkara-perkara ini. Ia juga boleh meletakkan unsur didaktik pada orang Melayu sekarang agar tidak melakukan perkara bodoh ini.Setelah itu, lagu juga boleh dijadikan sebagai khazanah Melayu hingga hari ini kerana dahulu orang Melayu telah menghasilkan beberapa buah lagu untuk satu cara untuk menyenangkan hati dan juga buat hiburan orang Melayu. P. Ramlee adalah satu contoh yang baik kerana dia boleh bermain beberapa alat muzik seperti guitar, trompet dan sebagainya. Dia adalah satu idola Melayu hingga hari ini kerana dia mengajak orang-orang Melayu generasi muda untuk membuat demikian agar mereka boleh membuat lagu ciptaan sendiri. Justeru, khazanah telah mengembangkan minda anak-anak Melayu ini untuk rajin berusaha untuk mengejar impian mereka.Siti Salmah Binte HamidTahun 1S0900020D

    (reply)
  21. MissVanity  March 5, 2010

    Salam Cikgu,ini pojok saya:Baru-baru ini rakan pena Kak Idah dari Belanda yang Kak Idah kenal sejak berumur lima belas tahun dulu datang ke Singapura. Jalan-jalan kat sini buat beberapa hari. Kak Idah banyak juga bertukar-tukar pengetahuan dengannya tentang budaya-budaya kita yang berbeza masa dia singgah kat rumah Kak Idah ni. Wah! Bukan main bangga dia dengan kasut kayu di negara Belanda tu! Katanya, kasut tu dipercayai mengandungi banyak kebaikan untuk kaki dan kesihatan. Jadi tak hairanlah ia dijadikan khazanah bangsa yang berkekalan hingga hari ini. Hai..Kalaulah bangsa Melayu juga bangga macam tu juga dengan khazanah kita, mesti budaya Melayu dikenali di seluruh dunia.Tak perlu lagi susah-payah menjelaskan pada orang-orang asing apakah itu bangsa Melayu sepertimana yang Kak Idah kene lakukan semasa baru-baru kenal dengan rakan Belanda Kak Idah ni. Jadi, adik-adik di luar tu rajin-rajinlah promosikan budaya Melayu ye?-Puteri Nor' Atika

    (reply)
  22. simplistic_me  March 5, 2010

    Salam Cikgu, ini pojok saya.‘Celoteh Nek Pah’“Takkan Malayu Hilang di Dunia…”. itulah kata-kata Hang Tuah. Tetapi Nek Pah hairan lah betul ke bangsa Melayu ni betul-betul wujud. Kalau betul, mana tamadun bangsa Melayu ni? Mana peninggalannya? Hai… pening Nek Pah nak cari jawapannya. Apa taknya, kelmarin apabila Nek Pah ke perpustakaan, Nek Pah ada terbaca tentang negara Balanda. Jangan pandang Nek Pah sebelah mata, Nek Pah pun pergi perpustakaan buat ‘research’ tau. Nek Pah terbaca mengenai negara Belanda yang megah dengan khazanah bangsa mereka. Antaranya ialah kasut kayu yang mereka gunakan sebagai alas kaki harian. Kasut ini bukan sembarang kasut tau. Kasut ini dipercayai mengandungi banyak kebaikan untuk kaki dan kesihatan. Hingga hari ini masih berterusan industri kasut ini. Tengok tuu… betapa mereka menghargai khazanah mereka.Serta-merta Nak Pah terbayangkan masyarakat kita. Itu yang buat Nek Pah terfikir. Alangkah bangganya kalau kita ada peninggalan seperti itu. Sedangakan bangsa Cina pun ada khazanah mereka sendiri. Sedih betul Nek Pah. Jadi, Nak Pah harap kita dapat melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini. Jika tidak, tidak mustahil untuk masyarakat Melayu hilang di dunia ini.Nek Pah-Sri Syazwani

    (reply)

Add a Comment