Blog / News

INTERAKSI STP (SESI III)

Posted by:

Berikan pandangan kamu dalam 300 patah perkataan sahaja bagaimana persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional. Jumlah 300 perkataan tidak termasuk contoh, jika ada. (Tahun 1)

Sila rujuk kepada sajak bertajuk “Tokoh” di blog ini bertarikh 20/09/09. Ciptakan sebuah sajak bertemakan ketokohan atau pilih mana-mana tokoh yang anda anggap wajar ditenunkan sumbangan atau perawakan mereka di dalam sekuntum sajak. Sajak ini mesti dihasilkan di dalam blog masing-masing dan berikan saya pautannya. (Tahun 2)

27

Discussion

  1. IAN SIRNA AZALI  March 3, 2010

    Persuratan Melayu telah lama dikaji dan dijaga oleh pengkaji-pengkaji sedunia. Tapi malangnya ianya tidak dikenalkan dengan lebih agresif dan meluas. Cakupan mereka (masyarakat tertentu) yang mengenali Persuratan Melayu dan seninya hanya segelintir dan terhad kepada pensyarah, penggiat seni, pengkaji dan sasterawan sahaja.Mungkin kita harus mengambil contoh daripada seni persuratan Cina, India dan juga persuratan barat, akan cara-cara mereka memperkenalkan dan menerapkan persuratan itu kepada khalayak dunia. Sehubungan itu, jika dipantau pada sejarah pula, persuratan Melayu telah lama berkembang dan diperkenalkan. Sehingga kini, bekas dari perkembangan itu dapat dilihat di Jepun, Hawaii, Indonesia, England, Amerika Syarikat dan beberapa lagi negara yang mengkaji dan mengajarnya.Di Singapura, untuk memperkukuhkan persuratan Melayu akan merupakan satu cabaran yang hebat dengan adanya persuratan Cina yang telah diperluaskan dan diperkembangkan, sehingga ada dikalangan anak-anak Melayu mendalami seninya. Mungkin cara terbaik untuk memperkenalkan persuratan Melayu adalah melalui media massa, seperti melalui radio, televisyen, akhbar dan majalah. Pihak yang ingin melestarikan persuratan ini perlu bersikap agresif dalam penyebarannya. Jika dilihat akan sebab-sebab mengapa persuratan Cina dikembang dan dikenalkan dengan begitu hebat, adalah kerana keperluan negara untuk memasuki pasaran ekonomi di negara Cina. Cara ini dapat dilihat sebagai penyesuaian untuk menjadi rakan kongsi dalam aspek niaga dan ekonomi. Selain daripada negara Cina, Singapura juga melihat pada faktor keberuntungan yang boleh diraih dari rakyat yang berbangsa Cina yang menetap di negara-negara lain diseluruh dunia. Sepertimana yang kita ketahui, ramai daripada rakyat Cina yang telah mengembangkan sayap mereka di negara-negara asing. Mereka merupakan usahawan dan juga ada dikalangan mereka memegang jawatan tinggi. Lantas, dengan penyesuaian dalam persuratan Cina di Singapura, mereka akan melihat bahawa negara Singapura telah menjemput dan bersedia untuk menerima mereka, dengan tangan yang terbuka, agar mereka dapat menyumbang tenaga dan kemahiran untuk membentuk ekonomi Singapura agar ia lebih mantap dan Singapura dikenali di setiap pelusuk dunia.Tindakkan yang sama pun boleh diikuti oleh masyarakat Melayu dengan fokus kepada negara-negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia, dan juga beberapa negara lain di mana terdapatnya usahawan, ahli niaga dan interlek yang berbangsa Melayu. Jika diambil contoh dari aspek minat dalam memperkembangkan persuratan Cina dan diterapkan kepada persuratan Melayu, ia boleh digunakan untuk memupuk dan memperkukuhkan ekonomi Singapura. Ini adalah kerana di Singapura, aspek ekonomi amat diambil berat dan tiada kompromi yang boleh dilakukan.Mohammad SophianTahun 1S0900011C

    (reply)
  2. Sarah Bakar  March 3, 2010

    Persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dengan mengadakan guru-guru yang mahir dalam penguasaan bahasa Melayu. Guru-guru bahasa Melayu harus dilatih untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Melayu mereka supaya dapat mengajar pelajar-pelajar bahasa yang baik dan baku. Guru-guru bahasa Melayu juga harus bersikap profesional dalam menangani sebarang aktiviti-aktiviti bersama pelajar-pelajar. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting bagi membentuk pemikiran minda dan penggunaan bahasa Melayu para pelajar kerana guru-guru dapat meningkatkan penguasaan bahasa pelajar-pelajar bagi menepati keperluan nasional dalam alam persuratan Melayu.Cara lain untuk meningkatkan lagi persuratan Melayu menjadi setara dengan keperluan nasional adalah menggalakkan anak-anak muda untuk menghantar karya-karya mereka bagi memupukkan minat mereka dalam menulis. Bukan sahaja anak muda yang harus digalakkan menulis tetapi budak-budak di bangku sekolah supaya minat mereka dalam penulisan sudah ditanam awal lagi dan juga minat mereka dalam membaca buku. Ini dapat membantu mereka berfikir secara kritikal dan kreatif. Perkara ini dapat membantu mereka dalam menghasilkan penulisan yang baik.Persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dalam mengadakan peraduan dan sayembara bagi penulis-penulis yang baru berjinak-jinak mahu menulis supaya menggalakkan mereka menulis. Ini dapat memberi mereka semangat dan minat untuk menulis. Selain peraduan dan sayembara, karya-karya yang keluar terbitan haruslah menarik supaya pembaca-pembaca, terutama sekali golongan anak muda, akan rasa tertarik dengan karya tersebut dan juga mendapat pelbagai idea daripada karya tersebut dengan memberi sejuta tafsiran bagi karya tersebut.Pergerakan yang amat penting sekali bagi meningkatkan persuratan Melayu ke peringkat nasional ialah menganjurkan karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis muda yang baru hendak menaikkan nama dalam alam penulisan di peringkat nasional atau antarabangsa supaya penerbitan karya-karya mereka semakin luas dan bukan sahaja di dalam negeri. Ini merupakan sebuah pendekatan baharu bagi penulis tersebut dalam memperkembangkan penulisannya ke luar negara. Satu pendekatan sudah pun diambil oleh pihak multimedia Singapura, iaitu melalui media massa, karya-karya penulis dikenalkan secara drama dan disiarkan di dalam televisyen. Contohnya, rancangan “Projek Cerpen” menyiarkan cerpen-cerpen penulis secara drama melalui media massa. Ia berfungsi hiburan dan dapat menggalakkan anak-anak muda menulis. Para pembiaya harus jujur dan amanah supaya hasil kejayaan itu dapat diperkembangkan lagi. Justeru, sifat kemanusiaan juga memainkan peranan penting bagi membantu menaikkan lagi martabat masyarakat Melayu dalam alam persuratan Melayu.Sitti Maisarah bte Abu BakarTahun 1S0900021A

    (reply)
  3. Ariff Rizwan Sahab  March 3, 2010

    Pada pandangan saya, persuratan Melayu dapat dipertingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional jikalau kita dapat melahirkan penulis yang berkualiti. Seorang novelis Russia, Alexander Solzhenitsyn pernah mengatakan bahawa “Seorang penulis yang agung, adalah untuk bercakap bagi mewakili kerajaan kedua di dalam negaranya. Oleh demikian, tiada satu pun rejim yang menyayangi penulis agung itu kecuali beberapa kerat sahaja”. Kata- kata beliau ini memberi signifikasi bahawa penulis dan tulisannya mampu untuk memberi pandangan alternatif yang baik tanpa mengira mendapat sokongan ataupun tidak. Persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional jikalau kita dapat melahirkan penulis yang berjiwa Alexander Solzhenitsyn.Pada pandangan saya, persuratan Melayu kini kian mundur lantas ia tidak setara dengan keperluan nasional. Kepengaruhan dan penguasaan bahasa Inggeris yang berleluasa menyebabkan penulis Melayu malu untuk menghasilkan persuratan Melayu kerana berkemungkinan tidak akan mendapat sokongan. Namun demikian, tidak ada sebab penulis mesti berasa hina terhadap bahasa serta persuratan Melayu yang sudah menjadi warisan berkesinambungan sejak zaman Srivijaya pada abad ke-7. Malah sebuah epik klasik terpanjang di dunia, La Galigo, berasal dari dunia Melayu Nusantara membawa sekitar 300,000 lirik puisi. Oleh itu, penulis mesti menganggap diri mereka penting dan kedua, menganggap karya-karya mereka hasilkan dapat menjadikan pembacanya bijaksana, luas horizon pengalaman, sensitif terhadap kepentingan orang, berperasaan halus, lebih memahami dunia serta realiti kehidupan dan alamnya. Penulis juga harus berusaha keras untuk menghasilkan penulisan yang segar dan kritis yang seiring dengan keperluan nasional. Pada pandangan saya persuratan Melayu dapat dipertingkatkan dengan penambahan judul penerbitan. Buku-buku Melayu wajar diadakan edisi terjemahan dalam bahasa Inggeris supaya ia dapat diperkenalkan di peringkat nasional dan pameran buku antarabangsa. Selain itu, kursus-kursus pemantapan untuk editior juga penting supaya persuratan Melayu yang diterbitkan mempunyai kualiti.Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa persuratan Melayu belum cukup kuat untuk ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional disebabkan pengaruh dan penguasaan bahasa Melayu yang kian terhakis dalam era globalisasi ini. Maka itu, tidak hairanlah jikalau hari ini ramai yang mengaku diri meraka Melayu tetapi terkial-kial untuk bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya.Wallahualam bissawab.Ariff Rizwan SahabTahun 1S0900003K

    (reply)
  4. Shamira  March 3, 2010

    Sajak saya boleh didapati melalui pautan ini:http://dawn-scribbles.livejournal.com/Nurshamira Johari03 Mac 2010

    (reply)
  5. shahedabintalib  March 3, 2010

    Sememangnya, kita tidak boleh menafikan bahawa dunia persuratan Melayu semakin tidak mengambil tempat di hati orang Melayu terutamanya di kalangan generasi muda masa kini. Ia seolah-olah sudah tidak lagi menjadi bahan yang relevan dengan budaya kita yang semakin terpengaruh dengan budaya orang asing. Setakat ini, amat menyedihkan bahawa persuratan Melayu ini hanya ingin dikaji dan kekal relevan kepada golongan tertentu yang sebahagian besar adalah di kalangan para intelektual sahaja. Namun demikian, kepentingan untuk mengekalkan dan mempertingkatkan persuratan Melayu di Singapura dan sejajar dengan keperluan nasional amat diperlukan. Pertama sekali, demi untuk mencapai sasaran agar persuratan Melayu setara dengan keperluan nasional, kita harus meneliti keperluan itu sendiri agar usaha dapat dilaksanakan. Keperluan utama yang sering digembar-gemburkan ialah mengenai kurangnya mutu dan penggunaan bahasa ibunda termasuk bahasa Melayu. Tren ini amat membimbangkan dan tidak menghairankan jika suatu hari nanti, bahasa Melayu akan pupus dan tidak lagi dikenali oleh generasi-generasi yang akan datang. Pada pengamatan saya, isu ini dapat diringankan dengan adanya sumber-sumber pembacaan dan pertuturan bahasa Melayu yang baik dan menarik.Oleh itu, persuratan Melayu dapat ditingkatkan dengan adanya penyebaran yang sesuai, agar ia dapat kekal relevan untuk masa kini. Antara penyebaran yang relevan untuk masa kini adalah melalui media massa seperti suratkhabar, rancangan televisyen, radio dan Internet. Seperti contoh, usaha untuk mendokumentasikan karya-karya penulis muda tempatan seperti cerpen kepada sebuah drama harus diperbanyakkan agar tontonan masyarakat dapat mempengaruhi umum untuk lebih berkecimpung dalam dunia persuratan Melayu ini dan dapat mempengaruh generasi muda terutamanya untuk menggunakan Bahasa Melayu. Selain itu, persuratan Melayu dapat ditingkatkan dengan wujudnya para penulis yang sentiasa peka dengan isu-isu terkini agar penulisan yang akan dihasilkan dapat menambat hati mereka untuk membaca terutama sekali generasi muda kini yang akan menjadi pelapis kepada generasi mapan.Akhir sekali, persuratan Melayu dapat ditingkatkan dengan adanya gabungan para penulis profesional yang sudah lama berkecimpung dalam dunia persuratan Melayu dan menyalurkan ilmu mereka kepada generasi muda masa kini. Ini harus diadakan kerana dengan adanya penyebaran ilmu ini, ilmu pengetahuan untuk menjana penulisan yang baik tidak terhad dan terhenti di kalangan penulis mapan sahaja. Justeru itu, kita dapat memastikan bahawa terdapat pengganti yang akan meneruskan perjuangan untuk menaik taraf persuratan Melayu di masa hadapan. Secara tidak langsung, ini akan dapat mengukuhkan lagi taraf persuratan Melayu dan juga bahasa itu sendiri agar setara dengan keperluan nasional.Shaheda Bte SalimTahun 1S0900016K

    (reply)
  6. Shahirah Samsudin  March 3, 2010

    Merujuk kepada soalan, persuratan Melayu bererti karya-karya kesusasteraan Melayu. Ia merangkumi pelbagai genre yang luas, dari hasil karya pada zaman purba hinggalah ke hasil-hasil karya moden pada zaman ini. Keperluan nasional pula merujuk kepada apa-apa sahaja yang diperlukan, berguna dan penting bagi seluruh negara atau bangsa. Di sini saya mengenal pasti tiga perkara yang penting bagi sesuatu bangsa atau negara iaitu, pendidikan, bahasa dan seni. Pada pendapat saya, ketiga-tiga perkara ini penting untuk membina sebuah identiti yang kukuh bagi sesebuah bangsa. Adanya ketiga-tiga ini, maka lahirlah sebuah bangsa yang kuat dan boleh bergerak sendiri. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa terdapat faktor-faktor lain juga yang menyumbang kepada keperluan sesebuah negara atau bangsa seperti kestabilan ekonomi dan sebagainya. Namun demikian, secara khusus atau terperinci, saya berpendapat bahawa secara keseluruhan ketiga-tiga faktor itulah yang memainkan peranan sebagai “keperluan asas nasional”. Keperluan pertama ; Pendidikan. Untuk meningkatkan persuratan Melayu supaya menjadi setara dengan pendidikan, sastera Melayu boleh dikembangkan melalui kurikulum atau syllabus sekolah. Ini bererti, format peperiksaan ketas bahasa Melayu bagi peringkat sekolah rendah dan menengah harus diubah – sama ada 1) memuatkan bahagian-bahagian khusus yang menguji tentang kesusasteraan Melayu tradisional contoh sedia ada : bahagian Peribahasa. Contoh baru : bahagian mereka (pembayang atau jawapan) pantun (berdasarkan ciri-ciri pantun) atau 2) mengubah isi bahagian-bahagian yang sedia ada supaya ia berkenaan dengan kesusasteraan Melayu tradsional contoh sedia ada: petikan kefahaman yang berkenaan dengan kesusasteraan Melayu. Contoh baru : bahagian-bahagian prosedur kloz boleh memuatkan petikan-petikan yang berkenaan dengan kesusasteraan Melayu contohnya petikan tentang cerita Mitos dan sebagainya. Ini memastikan bahawa persuratan Melayu akan menjadi setara dengan pendidikan dari segi kepentingan kerana ia bersangkut paut. Kedua, Bahasa. Lazimnya, persuratan atau kesusasteraan Melayu memang berkait rapat dengan penggunaan bahasa. “Bahasa melambangkan bangsa”, lantas menunjukkan kepentingannya dalam sesebuah bangsa kernaia melambangkan keunikan identiti masing-masing. Contohnya; Bahasa Melayu yang menjadi identiti masyarakat Melayu sejak dari dulu lagi. Maka secara tidak langsung ia juga telah mencerminkan kepentingan kesusasteraan Melayu. Kempen Bulan Bahasa dianjurkan sekali dalam dua tahunn. Kempen sedemikian yang berlandaskan kepentingan bahasa seharusnya memuatkan penggunaan kesusasteraan Melayu di dalamnya supaya kedua-dua aspek itu menjadi ssebati. Contoh sedia ada : pertandingan deklamasi sajak (sajak yang telah diberikan). Contoh baru : Peserta (sebaiknya semua pelajar bahasa Melayu digalakkan menyertai kempen-kempen ini) diberi peluang untuk menghasilkan sajak sendiri, mengambil bahagian dalam peraduan berbalas pantun dan sebagainya. Semuanya tentunya dilakukan dengan laras bahasa yang betul.Cara sedemikian akan menjadikan persuratan Melayu sebagai satu sinonim dengan bahasa Melayu – lantas menjadikannya setara dengan kepentingan nasional.SAMBUNG ..( shahirah samsudin)

    (reply)
  7. Shahirah Samsudin  March 3, 2010

    Ahkir sekali, Seni. Seni penting untuk membentuk sesebuah bangsa, sekali lagi, atas sebab-sebab identiti dan budaya. Seni dan hiburan bersangkut paut kerana pengaruh hiburan sangat kuat dalam apa-apa yang berkait dengan seni – contohnya tarian Melayu, muzik tradsional Melayu. Untuk menjadikan persuratan Melayu setara dengan seni (keperluan nasional) ianya harus disemai di dalam seni itu sendiri. Contoh sedia ada ; lirik-lirik lagu yang mengandungi unsur pantun, seloka dan gurindam. Pementasan cerita-cerita Legenda seperti Bisikan Nadim dan pementasan hikayat-hikayat lama seperti Ramayana Revisited (Peranakan). Ramai para belia yang ingin berkecimpung dalam dunia seni seperti muzik dan lukisan. Tidak salah jika mereka mengabungkan unsur sastera dan seni menjadi satu. Peraduan nyanyian dan lukisan yang sedia ada seharusnya menukar tema meraka – tema yang berlandaskan sastera Contoh baru : Mengarang sajak dan setelah itu melagukannya untuk pertandingan nyanyian itu. Mengarang sajak dan setelah itu menghasilkan lukisan yang mencerminkan sajak itu. Contoh sedia ada : GRAFTERA oleh ASAS'50. Cara ini akan menjadikan persuratan Melayu setara dengan seni iaitu satu keperluan bagi sesebuah negara baik dari segi estetik, budaya atau sebagai sumber hiburan sahaja. Shahirah samsudin :)

    (reply)
  8. Hairani Asri  March 3, 2010

    Fenomena globalisasi yang sedang berlaku pada zaman milieu ini semakin menghimpit dan kadangkalanya menerjang masyarakat setempat kerana Singapura semakin menjadi sebuah ‘kampung dunia’ yang amat kecil. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini khususnya masyarakat Melayu Singapura menjadi lebih sibuk memburu kemewahan dan kebendaan, sedangkan kesenian dan hasil sastera Melayu itu sebenarnya mampu untuk memenuhi keperluan yang mereka ingingkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1549), persuratan adalah “perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan.” Dengan itu, persuratan Melayu yang mendapat tempat kukuh di tengah-tengah sesebuah masyarakat yang sedang membangun itu lazimnya mencerminkan masyarakat yang berakal budi dan yang memiliki sahsiah bangsa yang tinggi. Ini kerana masing-masing bertungkus-lumus mempertahankan hasil persuratan Melayu yang semakin lenyap ditelan zaman. Di samping itu, wujud juga golongan birokrasi termasuk sesetengah pertubuhan-pertubuhan Melayu di Singapura yang telah diamanahkan untuk membina dan memperkembangkan kebudayaan dan kesenian Melayu termasuk meningkatkan nilai persuratan Melayu yang sedia ada. Namun demikian, birokrasi budaya sedemikian gagal memenuhi fungsi dan tanggungjawab mereka. Kegagalan mereka barangkali disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan wang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan budaya dan seni ataupun tidak mendapat sokongan dan naungan yang diinginkan oleh masyarakat setempat. Seiringan dengan faktor yang telah disebutkan tadi, perkembangan agen lain seperti peranan media massa amat marginal. Ada kalanya, media massa seperti saluran radio Warna dapat membantu untuk meningkatkan persuratan Melayu Singapura dengan adanya slot bagi rancangan-rancangan sedemikian. Walau bagaimanapun, sesetengah media lebih senang menimbulkan polemik dan isu yang tidak relevan dengan budaya dan kesusateraan Melayu atas alasan memancing perhatian khalayak, khususnya untuk melariskan jualan akhbar dan majalah terbitannya.bersambung…… (Hairani Asri)

    (reply)
  9. Hairani Asri  March 3, 2010

    Demikianlah senario budaya dan sastera di Singapura buat masa kini. Namun demikian, kita tidak harus bersikap pesimistik kerana masih ada ruang lagi untuk meningkatkan dan memperbaiki tahap persuratan Melayu di sini. Antaranya ialah peranan proaktif satu-satunya gerakan Melayu setempat, iaitu Asas ’50 dalam memperjuangkan dan melestarikan budaya serta kesusasteraan Melayu di Singapura. Berbekalkan sokongan kewangan daripada syarikat Asia Pacific Breweries, Asas ’50 terus mara dengan menjalankan program-program yang berteraskan sastera di sekolah-sekolah. Bahkan, mereka juga telah banyak menghasilkan buku-buku berkenaan persuratan Melayu supaya dapat dijadikan bahan bagi pihak lain yang ingin mengkaji sedikit sebanyak tentang budaya dan sastera Melayu.Berdasarkan pengalaman saya sendiri selaku menjadi pemudah cara di bengkel penulisan dan beberapa kegiatan sastera sperti Heartland Poet anjuran Asas ’50, ternyata ramai anak-anak muda kita hari ini yang semakin kurang fasih berbahasa Melayu, apatah lagi menulis dalam bahasa ibunda. Ini satu gejala yang tidak sihat dan kemungkinan besar berpunca daripada sisterm pendidikan Singapura yang tidak lagi memberikan penekanan kepada bahasa ibunda. Dengan itu, guru-guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang teramat penting dalam memupuk minat di samping menambah nilai terhadap bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid. Guru-guru bahasa Melayu harus mendalami karya-karya lama dan mengubahsuai kerelevanannya supaya ia dapat dijadikan sebagai alat atau bahan untuk mendidik. Dengan kaedah sebegini, persuratan Melayu dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi dan setaraf dengan kedudukan bahasa-bahasa lain.Selain itu, Taman Warisan yang terletak di Arab Street harus mengoptimumkan potensinya supaya tidak menjadi ‘gajah putih’. Pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesusasteraan Melayu boleh dijalankan di tempat tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa Taman Warisan merupakan tapak bangunan yang bersejarah, tapi peranannya tidak harus sahaja tertakluk sebagai pusat sejarah Melayu Singapura semata. Banyak yang boleh dilakukan seperti mengadakan pameran-pameran yang berkaitan dengan persuratan Melayu, menyokong pelancaran hasil karya-karya Melayu setempat dan sentiasa meyumbang kepada pembangunan seni dan sastera di Singapura. Dengan cara ini sahaja persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional.Akhir sekali, dalam pembinaan dan pengembangan budaya dan sastera Melayu, tidak ada maknanya jika bidang karya kreatif sahaja yang mendapat tempat dan fokus dalam persuratan Melayu, sedangkan kritikan sastera terabai sama sekali. Seharusnya, kedua-dua bidang tersebut kekal seimbang dan rancak kerana dengan cara sedemikian, taraf persuratan Melayu tidak mendatar sahaja dan tidak didominasi oleh golongan penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Generasi muda harus tampil ke hadapan dan berani memperjuangkan budaya dan sastera Melayu supaya ia berada di peringkat yang lebih tinggi lagi daripada yang sebelumnya.Hairani AsriTahun 1S0900006A

    (reply)
  10. ¡Mþ€rf€çt£¥ ߀åût¡Fü£♥  March 3, 2010

    Persuratan Melayu kian luput akibat masyarakat Melayu yang enggan meneruskan khazanah kita ini. Oleh itu, pada pendapat saya, ini adalah beberapa cara supaya persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional.Persuratan Melayu terbahagi kepada beberapa aliran, iaitu penulisan karya, seperti sajak, cerpen, novel, sastera tradisional dalam bentuk penulisan dan sebagainya. Pendekatan yang terbaik adalah untuk mendekatkan generasi muda dengan karya-karya persuratan Melayu. Mereka harus didedahkan dengan penulis-penulis Melayu dan karya-karya Melayu. Kemudian, kita harus menggalakkan mereka supaya menghasilkan karya seperti sajak yang lebih mudah dahulu supaya daya imaginatif mereka dapat digerakkan. Generasi muda ini akan lebih terpengaruh untuk menghasilkan sesuatu apabila hasil kerja mereka itu dihargai. Semangat yang kita berikan kepada mereka akan merangsangkan mereka untuk terus berkarya dan menarik lagi perhatian remaja dan generasi muda yang lain untuk terus menceburi bidang persuratan Melayu dengan lebih cenderung.Selain itu, seorang guru juga memainkan peranan supaya persuratan Melayu lebih tersebar. Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah boleh diubahsuaikan dan digunakan untuk melakukan sebuah pementasan atau pun deklamasi sajak, cerpen atau sebagainya, supaya dapat disebarkan lagi tentang persuratan Melayu kepada anak-anak Melayu kita ini yang akan menjadi pewaris khazanah Melayu.Akhbar juga memainkan peranan bagi meningkatkan lagi persuratan Melayu di Singapura. Meletakkan cerpen, sajak atau apa sahaja karya yang berkenaan dengan sastera Melayu, ianya telah dapat membantu meningkatkan sebaran khazanah Melayu sebegini kepada golongan Melayu yang kurang didedahkan kepada persuratan Melayu. Peraduan atau sayembara akan menggalakkan lagi minat generasi muda untuk mencuba menghasilkan karya mereka sendiri. Generasi muda adalah golongan manusia yang gemar akan cabaran dan peraduan, kerana ini menguji daya pemikiran mereka dan juga semangat jiwa untuk menghasilkan yang terbaik supaya dapat memenangi sesuatu daripada karya yang telah dihaslkan. Sekaligus, ini merangsangkan golongan ini untuk mempraktikkan persuratan Melayu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan mereka yang sebaya dan seumur dengan mereka.Demikian, saya harap, persuratan Melayu akan terus membangun dan setara dengan keperluan nasional kerana persuratan Melayu itu begitu agung dan amat menyedihkan jika ia harus luput dek zaman akibat tiada penerusan persuratannya itu. Bak kata pepatah Hang Tuah, ‘takkan Melayu hilang di dunia. ‘Nur Syazwani Binte ShaibaniS0900012L

    (reply)
  11. syahirah nabilah  March 3, 2010

    Salam Hormat Cikgu,Sajak saya boleh didapati di pautan berikut:http://irahz90.wordpress.com/2010/03/03/sajak-tokoh-buat-masuri-s-n/-Syahirah Nabilah

    (reply)
  12. shashasha affan  March 3, 2010

    Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Singapura dan ia penting untuk perpaduan kaum di sini. Jika diperhatikan, di zaman moden ini, masyarakat Melayu Singapura amat dipengaruhi dengan negeri Barat hingga mengabaikan bahasa ibunda mereka sendiri. Kebanyakan daripada mereka lebih mementingkan bahasa Inggeris kerana mereka memandang rendah terhadap bahasa mereka sendiri. Alasan seperti bahasa Melayu tidak penting untuk kehidupan mereka sudah menjadi lumrah di kuping telinga. Apa yang menyedihkan lagi ialah pelajar-pelajar di Singapura juga mengatakan dengan bahasa Melayu, mereka tidak akan ke mana. Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50) masih tegap berdiri di Singapura hingga hari ini demi kepentingan masyarakat Melayu Singapura. Ia merupakan sebuah pertubuhan kesusasteraan yang bersejarah dan bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran kreatif, inovatif, produktif dan komited untuk melestarikan persuratan Melayu di sini. Para anggotanya terdiri daripada penulis muda dan veteran. Asas ’50 merupakan salah satu persatuan yang telah banyak menyumbang untuk memartabatkan bahasa Melayu di Singapura. Asas ’50 sudahpun setaraf tahap nasional di negara-negara Asia. Dengan bergading bahu dengan Belia Asas ’50, ia masih giat mengadakan pelbagai bengkel untuk sekolah-sekolah, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya ialah Penyair Marhaen dan Bengkel Penulisan Cerpen. Para pelajar Melayu yang terlibat bukan sahaja dapat mempelajari tentang bahasa Melayu dengan lebih mendalam, malah juga dapat memupuk minat mereka untuk bahasa Ibunda mereka sendiri. Persuratan Melayu dapat ditingkatkan dengan mendapat sokongan daripada Yayasan Mendaki, Mercu dan juga pertubuhan-pertubuhan Melayu di Singapura dengan bergading bahu dengan Asas ’50. Dengan cara ini, bukan sahaja masyarakat Melayu di Singapura dapat berkumpul secara kelompok besar, mereka juga dapat menguatkan lagi tenaga manusia di kalangan masyarakat Melayu Singapura agar dapat menjadi setara dengan keperluan nasional.Menjana sokongan daripada Majlis Seni Kebangsaan(NAC), Lembaga Perpustakaan Negara(NLB), Kementerian Pendidikan(MOE) juga dapat meningkatkan keperluan nasional. Asas ’50 dapat mengembangkan sayap mereka ke rantau dan antarabangsa kerana sokongan tersebut adalah genting untuk memartabatkan persuratan Melayu di kalangan bangsa-bangsa lain. Ia juga dapat memajukan negara Singapura secara tidak langsung. Misalnya, NAC bertujuan untuk mengumpulkan penulis-penulis antarabangsa ke Singapura dengan mengadakan pelbagai acara. Antaranya ialah melibatkan masyarakat Melayu dapat memupuk sikap membaca dalam diri generasi muda merupakan salah satu cara untuk meningkatkan minat mereka terhadap bahasa dan sejarah Melayu. Mereka juga akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan.NLB pula dapat mengadakan pameran buku-buku Melayu dan pertandingan penulisan sajak atau cerpen antara sekolah-sekolah di Singapura. Kreativiti dan bakat yang mereka ada dapat dilihat dalam penulisan mereka. Selepas itu, mereka juga dapat mengumpulkan karya-karya mereka dan menerbitkannya di dalam buku. Dengan cara ini, ia dapat menepati keperluan nasional.-Shahirah Bt. AffanS0900018D

    (reply)
  13. sally  March 3, 2010

    Persuratan Melayu bererti hal-hal bersurat hasilnya daripada tulis-menulis. Persuratan juga bermakna bahasa Melayu yang digunakan dalam penulisan dan dalam karya kesusasteraan.Pada pandangan saya, persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dengan membuat beberapa dokumentasi tentang bahasa Melayu yang tertua. Bahasa Melayu mendapati pada prasasti yang ditemukan di Sumatra dan Jawa. Bahasa Melayu yang diperkaya dengan perkataan Sanskrit itu boleh digunakan untuk meneliti dan menilai bahasa Melayu yang kian lama ada di dunia ini. Dengan cara ini, bahasa Melayu akan dijadikan setara dengan keperluan nasional kerana bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai khazanah nasional yang membentuk orang Melayu. Setelah itu, orang berbangsa lain dapat mengetahui tentang bahasa Melayu yang masih wujud dalam dunia ini. Pandangan saya yang kedua mengenai persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dengan peranan guru di sekolah. Guru-guru harus membantu dan mengajar secara kreatif serta innovatif untuk membangkitkan bahasa Melayu yang semakin hilang di dunia ini. Sebagai contoh, guru boleh mengajar dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk permainan atau menonton cerita-cerita lama. Sebagai contoh, cerita-cerita lama yang boleh digunakan di dalam kelas Melayu adalah cerita bujang lapok, penarik beca dan sebagainya. Khazanah Melayu ini dapat menhidupkan kembali jika guru-guru memperkenalkan kepada anak-anak Melayu sekarang. Cara ini dapat mengembangkan bahasa Melayu kerana generasi muda akan ada perasaan minat tentang bahasa Melayu. Justeru, guru harus ada tanggungjawab untuk memastikan bahawa murid-murid mereka akan meminati bahasa Melayu dan mengajak mereka untuk mengembangkan bahasa Melayu untuk menghasilkan karya mereka. Karya-karya mereka boleh dihantar kepada berita minggu. Jikalau karya mereka memang antara yang terbaik, karyanya akan dipilih dan diterbitkan di dalam berita minggu. Justeru, karya-karya yang terbaik boleh dijadikan satu tahap bagi menghidupkan bahasa Melayu dan mempertingkatkan bahasa Melayu untuk menjadi setara dengan keperluan nasional.

    (reply)
  14. sally  March 3, 2010

    Sambung (Siti Salmah)Pandangan seterusnya mengenai persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dengan pertolongna mayarakat Melayu. Masyarakat Melayu tidak boleh terus lena kerana tiada ada orang lain yang akan mengembangkan bahasa Melayu yang akan pupus pada masa hadapan. Sebagai contoh, Angkatan Sastwerawan ’50 (Asas’ 50) telah giat mengadakan bengkel di sekolah-sekolah menengah dan memperkenalkan sastera Melayu kepada generasi muda. Hal ini dapat membangunkan bahasa Melayu. Anak-anak Melayu ini akan didedahkan dengan sebanyak mungkin tentang sastera Melayu lalu menghasilkan sebuah karya tersendiri. Setelah itu, karya mereka akan dicetak di sebuah buku dengan bantuan Asas '50. Buku-buku ini akan menjadi khazanah Melayu dan ia boleh dijadikan menjadi setara dengan keperluan nasional. Pada pandangan saya, persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional dengan memperkenalkan bahasa Melayu bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga di puluhan universiti seperti di Eropa, Australia, New Zealand, Amerika Utara, dan sebagainya. Cara ini dapat mengembang bahasa Melayu di peringkat nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenalpasti bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Seorang penyarah dari Amerika Syarikat telah mengunjungi kedai buku di negara Belanda untuk membeli buku bahasa Melayu karangan penulis Indonesia terbitan Malaysia untuk dibahagikan kepada mahasiswa-mahasiswa pensyarah itu. Mereka akan membaca buku-buku tersebut lalu membuat kajian tentang bahasa Melayu. Justeru, bahasa Melayu boleh dijadikan satu tahap tinggi untuk dijadikan setara dengan keperluan nasional.Natijahnya, terdapat pelbagai cara persuratan Melayu dapat ditingkatkan menjadi setara dengan keperluan nasional. Orang-orang Melayu harus melakukan sesuatu untuk menggerakkan persuratan Melayu agar bahasa Melayu tidak akan pupus di dunia ini. Siti Salmah Bite HamidS0900020D

    (reply)
  15. Abdul  March 3, 2010

    Sasterawan atau pujangga yang unggul adalah pujangga yang memperjuangkan falsafah budi dan konsep keindahan bersama tanpa penonjolan nilai diri dan kepentingan peribadi.Ini membentuk konsep kepengarangan bersama (joint-authorship) dan hak milik bersama (joint ownership).Ini jelas sekali dengan melihat contoh pujangga Melayu yang tidak dikenalinamanya yang telah menghasilkan pantun dan peribahasa Melayu yang tinggi nilai falsafah dan keseniannya tanpa menghiraukan hak peribadinya sebagai pencipta.Setiap orang bebas menggunakan atau mengubah hasil ciptaannya asalkan dasar atau formula seni itu dipertahankan.Yang penting, hasil ciptaannya tersebar luas dan disenangi oleh orang ramai.Penerimaan masyarakat sudah cukup membuktikan kehebatan pengaruh karyanya dan ini juga merupakan pengiktirafan masyarakat terhadap sumbangan seninya.Demikianlah beberapa cara untuk mempertingkatkan lagi persuratan Melayu kepada peringkat nasional.Peribahasa Melayu ada berkata, “bahasa jiwa bangsa”. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari sistem atau struktur linguistiknya semata-mata. Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

    (reply)
  16. Abdul  March 3, 2010

    … sambunganSelain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti.Peranan bahasa nasional dalam pembangunan telah banyak kali diperkatakandi seluruh dunia sekurang-kurangnya sejak kurun ke-18M lagi. Mungkin yangpertama terkenalnya dalam isu ini ialah oleh ahli matematik dan ahli falsafahPerancis-Jerman Williuam Leibnitz pada awal kurun ke-18M apabila beliauberhujah dengan lantangnya tentang perlunya Jerman membina sainsnya dalambahasa Jerman. (masa itu bahasa ilmu di Eropah ialah bahasa Latin danPerancis). Kemudian orang yang kedua terkenalnya membicarakan soal inidengan lebih mendalam lagi, dan tentunya lebih masyhur lagi ialah ahli falsafahJerma pada zaman Weimar tahun 1920-an iaitu Spengeler. Beliaumembicarakan pengaruh budaya terhadap sains dan berpendapat Jerman bolehmengatasi sains negara lain dengan membina dasar-dasar sains yang cukupberorientasikan kebudayaan Jerman: penJermanan sains. Pembangunan sainsjepunsejak di bawah Emperor meiji kurun ke-19 juga perlu disebut sebagaicontoh yang perlu diiktibari. Ketiga-tiga contoh ini ialah contoh pembangunansains nasional yang terbukti berjaya. Satu lagi contoh pembangunan sainsnasional yang tersendiri ialah projek peMarxisan sains pertanian di bawahkelolaan ahli genetik Rusia yang bernama Lysenko pada tahun 1950-an tetapikali ini dasar pembangunan sains nasional ini termasyhur dengan kegagalannya.

    (reply)
  17. Abdul  March 3, 2010

    … sambunganSemua ini adalah contoh-contoh yang terkenal tentang betapa sains itu bukannyabitara sifatnya. Tetapi kajian yang berpusatkan kepada grafisejarah sains denanlebih konkret lagi yang menunjukkan tidak bitara atau tidak neutralnya sainsberjaya ditunjukkan oleh Thomas Kuhn pada tahun 1968. Sejak itu ratusankajian demi kajian yang menyokong tesis ini. Kini sudah diterima umum,walaupun banyak ahli sains kita dan cendikiawan kita di nusantara ini yangtidak menyedari hakikat ini, bahawa sains memang tidak neutral. Maka itulah,sejak tahun 1970-an, timbul gesaan kepada pempribumiaan sains,pengetnosainsan, penginsanan sains, dan pengIslaman sains. Beberapa jurnalkhas bagi memuatkan makalah-makalah yang sesuai dengan tabii sains initelahpun wujud.Bahasa Melayu dan Pembangunan Sains Nasional 737Persoalan ini dalam konteks Malaysia dan bahasa Melayu boleh dikatakanagak baru dibicarakan iaitu selepas tahun 1993, setelah bahasa Melayu dilandakegawatan besar akibat perubahan dasar bahasa dan pendidikan kita,khususnya yang bermula dengan ucapan Perdana Menteri kita pada akhir1993 yang membenar dan menggesa IPTA menggunakan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar dalam bidang S & T. Dahulunya bahasa Melayutidak pernah dibicarakan dalam konteks keperluan untuk pembangunan tetapikeperluannya hanya dipertahankan demi identiti bangsa, kepribadian nasional,jati diri negara, dan demi perpaduan negar atau integrasi nasional sahaja. Bahasasebagai pencetus dan alat pembangunan (terutama secara langsungnya) tidakpernah ditimbulkan. Keadaan ini dapat dilihat dalam buku Asrat (1996), “ManifestoBudaya: Pupus Bahasa pupuslah Bangsa” dan pungutan kertas kerja“Kongress Bahasa Melayu Sedunia” (1995). Walaupun penulisan tentangpengIslaman Ilmu di negara kita ini juga agak banyak sejak penubuhan AkademiSains Islam Malaysia 1977, namun rujukan spesifik keapda peMalaysiaan sainsdan Pempribumian sains di Malaysia ini hanya dilakukan oleh beberapa orangsarjana dalam masa dua-tiga tahun ini sahaja. Umpamnya polemik terbukatentang perkara ini tercetus antara sarjana linguistik, Abdullah Hassan dengankolumnis Wong Pui Nam yang diikutsertakan oleh penulis ini hanya berlakudalam akhbar pada akhir 1995 sahaja (lihat Straits Times 24 Januari 1996).

    (reply)
  18. Abdul  March 3, 2010

    …sambunganPenulis ini sendiri hanya terpanggil untuk memperkatakan isu ini dalambeberapa penulisannya dalam masa setahun-dua ini juga, seperti dalam kertaskerjanya, “Pembangunan Sains dan Teknologi di Malaysia Menerusi BahasaMelayu,” yang dibentangkannya di Siri Syarahan Raja Ali Haji 1996, “Towardsa quantum jump in the development of Islamic Science in Malaysia”yang dibentangkan di Seminar “Science and Development ” oleh IKIM 1994(diterbitkan dalam 1997), “Pembinaan Sains Melayu-islam” yang dibentangkandi “Seminar Peradaban Melayu Abad 21” pada 1 Mac, 1997 di UKM, dansebahagian daripada kertas tersebut disiarkan dalam akhbar Berita Harianpada 18 Jun, 1997 berjudul, “Mencerna Sains Mengikut Acuan Alam Melayu-Islam”, “Penerokaan judul asli dan pribumi dalam sains di Malaysia” di SeminarKebangsaan Penerbitan Ilmiah pada 2-3 April, 1997.Di sini penulis mahu memaparkan semula peranan bahasa dalampembangunan sains dan status bahasa Melayu dalam perkara ini serta membuatsyor-syor untuk pembangunan sains dalam acuan Malaysia, ringkasnyapembangunan sains-Malaysia.Pembangunan sains-Malaysia bermakna pembangunan sains dalam acuanrupa bangsa dan budaya Malaysia yang berteraskan Melayu-Islam. Ini berupaproses memindah, menganut atau mendokong, menyesuai, mengubah-suai,menganut, mendidik, menerbit atau menjanakan sesuatu konsep, prinsip,premis, aksiom, hipotesis, teori, dan sebagainya atau mereka-cipta sains yangdilakukan oleh mereka yang berbudaya Malaysia, menghayati nilai-nilai Ma738Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Vlaysia, dan bertasawur Malaysia yang oleh itu antara lainnya ialah yangsemestinyalah berwahanakan bahasa Melayu dan berkepentingan alam Melayu.Oleh itu pembangunan sains-Malaysia sudah semestinyalah membabitkanpeMelayuan, pempribumian dan pengIslaman sains.Pembangunan sains-X, khususnya sains-Malaysia, semestinya berlakumenerusi beberapa tahap pembangunannya secara evolusi. Tahap-tahaptersebutlah yang dibicarakan dengan terperincinya di sini dengan mengupaskedudukan sains-Malaysia kini.Abdul Fattah

    (reply)
  19. sitinoraishasenin  March 3, 2010

    Persuratan, iaitu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1549), adalah “perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan.” Melihat kepada hal ini, persuratan Melayu di Singapura tidak begitu menyerlah di dalam era moden ini. Ada beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku. Antaranya adalah kerana keperluan bagi persuratan Melayu oleh masyarakat Melayu dan juga secara nasional tidak dititikberatkan. Pokoknya, persuratan Melayu semakin tidak relevan. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengenalpasti keperluan nasional terhadap persuratan secara amnya dan menyesuaikan persuratan Melayu dengan keperluan hari ini. Bahasa Mandarin adalah bahasa yang semakin mendominasi bidang bahasa setempat. Keperluan berbahasa Mandarin dalam keadaan ekonomi global yang semakin dikuasai negara Cina menjadikan ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri mengabaikan Bahasa Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin. Oleh itu, minat terhadap seni persuratan Melayu perlu dipupuk daripada bangku sekolah. Malah seharusnya dimulakan daripada sekolah rendah. Namun begitu, dapat diakui bahawa adanya usaha oleh sesetengah guru Bahasa Melayu yang telah merangsang minat anak murid dalam penulisan sajak, pantun dan sebagainya. Namun begitu, hasil-hasil karya murid-murid hanya dapat dikenali di dalam sekolah ataupun dalam kelasnya sendiri. Lantasan itu, pendedahan kepada arena yang lebih kompetitif dapat menunjukkan kepada golongan muda bahawasanya ada tempat dan harapan bagi hasil-hasil karya mereka. Persaingan dapat menyemarakkan bidang persuratan kerana daripada ini dapat memperlihatkan bahawa persuratan Melayu adalah sesuatu yang serius dan bukan hanya untuk "syiok sendiri". Kebelakangan ini pula, ada usaha daripada ASAS '50 dalam menyemarakkan persuratan Melayu di sini. Pertandingan Eja tepat, GRAFTERA dan sebagainya telah memberikan semangat bagi golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang persuratan Melayu. Secara nalurinya, rakyat Singapura gemar bersaing dalam segala hal baik dalam bidang ekonomi, hiburan, pendidikan dan sebagainya. Lantas, sikap persaingan ini haruslah digunakan oleh badan-badan persuratan Melayu untuk menjadikan persuratan Melayu setara dengan keperluan nasional. Selain itu, penterjemahan karya-karya Melayu kepada bahasa Mandarin dapat menarik minat orang Melayu yang telah mempelajari bahasa Mandarin malah, dapat menarik minat orang Cina. Dengan ini, sayap dan pendedahan persuratan Melayu di sini dapat diperkembangkan dan memenuhi keperluan nasional. Siti Noraisha Binte Mohamed SeninS0900019A

    (reply)
  20. Nur Hafizah Mohd Rashib  March 3, 2010

    Salam Cikgu Pitchay,sajak saya boleh didapati di pautan berikut;http://feezarashib.blogspot.com/2010/03/pahlawan-bangsa-gugur-sebagai-bunga.htmlTerima kasih.-Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

    (reply)
  21. MissVanity  March 3, 2010

    Assalamualaikum Cikgu Pitchay,Sajak saya boleh didapati di pautan berikut:http://puterinoratika.blogspot.com/Terima Kasih.-Puteri Nor' Atika

    (reply)
  22. knl  March 3, 2010

    Salam Cikgu.Pautan blog saya:http://bintangmagis.livejournal.com-Nurul Fasha samsudin

    (reply)
  23. aida norliza  March 3, 2010

    Salam CikguPautan Blog saya:http://aidanorliza.blogspot.com/2010/03/sajak-menjunjung-budimu_02.html-Norliza

    (reply)
  24. Abdul  March 3, 2010

    http://fattahsci-fi.tumblr.com/ Pautan di atas bagi sajak dan cerpen saya.Abdul FattahTahun 1

    (reply)
  25. Nur Ilham  March 3, 2010

    Salam Cikgu,Sajak saya boleh didapati di pautan berikut:http://adaapadenganpuisi.blogspot.com/Salam ukhwah.

    (reply)
  26. Mainura  March 3, 2010

    Salam Cikgu, Ini pautan ke blog saya:http://mainura2010.blogspot.com- Mainura Mawi

    (reply)
  27. simplistic_me  March 3, 2010

    salam cikgu.si sini saya lampirkan pautan sajak saya.http://wani-ohh-wani.blogspot.com/2010/03/sajak-tokoh.htmlwasalam. terima kasih.

    (reply)

Add a Comment